Deruan angin laut menampar-nampar pipi Park Jimin yang sedang asyik dibuai oleh buaian yang diikat kemas pada dua batang pokok kelapa yang agak rendang itu. Pukulan ombak di tepi pantai mengimbangkan nada yang menyapa telinga Park Jimin. Nyaman sungguh rasanya.
"Abanggggg!" Suara Park Nana menghancurkan suasana damai pada tengah hari itu. Terperanjat Park Jimin dibuatnya. Suara anak gadis yang berusia lapan belas tahun itu sungguh nyaring.
"Ape?" Park Jimin bersuara. Matanya masih tertutup rapat. Tangan kanannya singgah ke atas dahi.
"Ibu panggil makan. Cepatlah! Semua dah siap, tunggu abang je." Kelui Nana yang tercongok di depan pintu rumah. Jarak buaian dari rumah tidak sampai sepuluh meter.
"Yelah!" Segera Jimin tunjal dari buaian lalu menapak ke sebuah rumah kecil yang menempatkan seekor anjing yang bernama Haru.
"Haru-ya!" Panggil Park Jimin manja. Anjing itu tidak kelihatan. Park Jimin memanggilnya sekali lagi. Juga tidak ada. Park Jimin membongkok tubuhnya untuk mencari Haru. Gelap dalam rumah kecil itu.
"Mana pula perginya si Haru ni?" Park Jimin kehairanan. Selalunya, bila Haru terdengar suara Park Jimin, langsung meluru Haru kearahnya. Kali ini sepi.
Dek kerana ketidakpuasan hatinya, Park Jimin terus meniarap di hadapan rumah kecil itu. Disuanya muka ke dalam lubang sebesar bola sepak itu.
Woof! Woof!
Jimin terperanjat kerana hidungnya dijilat oleh Haru. Jimin kegelian. Sengaja Haru ingin bermain dan bermanja dengan tuannya.
Haru adalah dari baka Shetland Sheepdog atau nama kormesialnya Sheltie. Haru berbulu lebat dan gebu yang berwarna Sable & White. Sangat cantik. Sudah tiga bulan dia menjadi sebahagian dari keluarga Park Jimin.
"Hoi, yang kau tidor kat tanah tu kenapa?!" Park Chanyeol menerpa kearah Jimin sambil memegang sebungkus plastik berwarna hitam.
Park Jimin hanya tersengih. Dia membelai-belai bulu gebu Haru. Pantas dia menunjal sambil mendukung Haru.
"Asal time makan je, mesti muka kau muncul." Jimin berseloroh kasar.
"Suka hatilah!" Park Chanyeol sedikit pon tidak mengambil kisah dengan kata-kata Jimin. Baginya sudah lali dengan mulut Jimin yang sepatutnya dicubit biar rabit.
Lagipun, Park Chanyeol bukan tahu malu pun. Diterjahnya rumah siapa yang dia mahu. Satu kampung sudah kenal dengannya. Tak senonoh langsung si capang itu.
Let's make love....
YOU ARE READING
Just 3 Days _[Park Jimin]
RandomKisah pasangan berumah tangga yang direstui keluarga. Tetapi si isteri terlalu membenci si suami. APA SEBABNYA?!! "Kau tak payah tunjuk baiklah depan aku. Pada mata aku kau tetap jijik. Aku benci kau sampai kau mati" -Shin Lara "Izinkan saya mencint...