Bagasi dikemas rapi sebelum zip ditarik rapat. Setelah empat hari menjadi tetamu di kota Seoul, Park Jimin berangkat pulang ke kampungnya yang dihantar mak sunya ke lapangan terbang. Sebelum berangkat, Jimin singgah di sebuah kedai serbaneka di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimpo untuk membeli sedikit makanan ringan buat mengalas perut ketika dalam perjalanan kelak. Keropok udang menjadi pilihan. Lima paket keropok udang dicampak ke dalam bakul kecil. Mata melilau mencari manisan kegemaran ramai dan juga bagi dirinya. Dua bar coklat Cadbury dicapai bersama sepaket Kiss Me. Sebelum membuat pembayaran di kaunter, Jimin sempat membuka peti sejuk dan mengambil dua tin coke serta sebotol air mineral. Dia membuat bayaran lantas berlalu pergi. Jam penerbangannya masih tersisa setengah jam lagi. Park Jimin mencari tempat duduk untuk menunggu flightnya.
Sementara menunggu, sepaket keropok udang dicarikkan, lalu selamat mendarat kedalam mulutnya. Habis sebungkus, dicari paket yang kedua buat mengisi perut nipisnya. Sesekali mata mengerling ke arah jadual penerbangan. Dek kerana bosan menunggu, Park Jimin bingkas bangun lalu ke cermin lut sinar di tempat menunggu tersebut. Dia dapat melihat dengan jelas beberapa buah kapal terbang yang tidak bergerak serta sebuah lagi sedang membuat pendaratan. Wajahnya dilekatkan ke cermin itu buat seketika. Tiba-tiba di teringatkan sesuatu.
"Ubat ni makan sejam sebelum kamu naik flight. Pastikan kamu tak makan apa-apa sebelum makan ubat ni, faham?" Mak su cuba mengingatkan anak buahnya.
"Alamak, lupalah! Dah lah aku bantai keropok udang habis dua paket, coklat bar separuh lepastu minum coke pula tu. Alahai." Jimin mengomel sendiri sambil tangan cuba membuka zip bahagian tepi bagasinya. Botol ubat dicapai lalu membuka penutup botol. Sebiji pil berwarna putih dikeluarkan dan ditelan bersama air mineral. Pengumuman dibuat menandakan waktu flightnya sudah tiba.
Park Jimin mengambil tempat duduk. Setelah lima belas minit berlepas, dia berasa seperti tak cukup oksigen. Badannya mula berpeluh dan tekaknya terasa amat mual. Park Jimin bingkas bangun dan menerpa ke bilik air. Dia memuntahkan isi perutnya. Mungkin disebabkan dia terlewat mengambil ubatnya dan tindakbalas oleh minuman berkarbonat yang diminumnya. Wajahnya berubah pucat serta merta. Badannya mulai lemah. Dia berjalan kembali ke tempat duduknya dengan nafas yang tengelam timbul. Langkah kakinya terasa makin berat yang menyebabkan dia berpaut pada tempat sandar para penumpang. Hampir sampai ke tempat duduknya, tiba-tiba BUKK. . . .
Park Jimin rebah di lantai pesawat. Tubuhnya dicempung oleh beberapa orang pramugari dan penumpang yang prihatin. Pesawat terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Gimpo akibat hal kecemasan. Tindakan pantas seorang pramugari segera menelefon ambulans dan tiba sebaik saja pesawat selamat mendarat. Kecoh bunyi sirens ambulans di lapangan terbang itu. Semua orang terpinga-pinga. Park Jimin diusung naik ke dalam ambulans dan tiba di hospital dengan segera.
Mata cuba dibuka perlahan-lahan meskipun keadaannya sangat lemah. Park Jimin menghembus nafas melalui mulutnya yg sudah ditutup dengan topeng oksigen. Matanya kini celik sepenuhnya. Tiba-tiba pintu dikuak dan datang seorang doktor yang dibawa bersama seuncang beg plastik berwarna putih lalu diletakkan di atas meja kecil hujung kaki Jimin.
"Apa ni?" Doktor itu cuba menyoal sambil memandang beg plastik itu. Park Jimin hanya mendiamkan diri dan seperti endah tak endah saja.
"Kenapa degil tak nak dengar cakap orang ni. Berapa kali mak su dah cakap yang Jimin tak bole minum minuman berkarbonat. Tak faham-faham ke? Dah jadi macam ni sape yang sakit? Kamu jugakkan? Sape yang susah? Kamu jugakkan? Takkan dah sampai nak. . ."
"Sampai nak mati? Hah? Bukankah Jimin memang dah nak mati ke? Kan mak su?" Sesi membebel oleh mak sunya cuba dipotong. Topeng oksigen dtanggalkan. Nada Jimin mulai mengundang sebak dihati wanita itu. Doktor Park hanya mendiamkan diri dan cecair jernih sudah bertakung di tubir matanya. Dia mengatur langkah keluar dari ward yang didiami anak buahnya itu.
"Mak su! Jangan bagitahu ibu dengan Nana pasal yang dah jadi dekat Jimin semalam." Langkah tiba-tiba terhenti sebaik suara lembut Jimin menyapa telinganya. Air matanya galak menimpa pipi dengan lebat. Terus dia pergi meninggalkan ward itu. Pintu Exit dikuak dan doktor Park menangis semahunya di tangga yang digunakan sekiranya berlaku kecemasan. "Kenapa aku tak boleh buat supaya dia tak menanggung semua ini? Kenapa?" Pahanya ditumbuk-tumbuk dan menyalahkan dirinya kerana tidak dapat menolong anak buahnya sendiri dari menanggung derita ini. "Doktor Park tak guna!" Perkataan itu dilafaznya berulang kali.
Nombor Seok Jin didail laju. Rasa kesal terhadap papa masih terbuku dihati. Aku sangat bencikan keputusan papa yang hendak menganggu hal jodohku. Jodohku, biarlah aku yang tentukan sendiri. Kenapa papa sibuk nak ambil tahu. Jika papa hendak jodohkan aku dengan orang yang aku kenal, mungkin aku boleh pertimbangkan. Inikan kenal, jumpa pun tak pernah. Tiba-tiba nak jadi suamiku. Memang tak masuk akal.
Sesungguhnya entri kali ini agak suram muram, dan kelaut kecundang. Tapi apa-apa pun sis akan tetap completekan story ni. So. . .
Let's make love. . .
YOU ARE READING
Just 3 Days _[Park Jimin]
De TodoKisah pasangan berumah tangga yang direstui keluarga. Tetapi si isteri terlalu membenci si suami. APA SEBABNYA?!! "Kau tak payah tunjuk baiklah depan aku. Pada mata aku kau tetap jijik. Aku benci kau sampai kau mati" -Shin Lara "Izinkan saya mencint...