13

366 35 4
                                    

Aku menhenyakkan punggung di kerusi pada meja makan. Papa dan mama sudah menunggu dari tadi. Aku mencapai sekeping roti, tetapi tanganku ditepis papa.

"Dah cuci muka belum?"

"Belum." Selamba aku menjawab. Tak peduli dengan pertanyaan itu aku kembali mencapai sekeping roti. Tetap ditampar oleh tangan papa.

"Cuci muka dulu. Papa nak makan pun tak berselera tengok muka kamu ni. Taik mata pun ada lagi. Dah pergi cuci."

Wah-wah, sedap aje papa cakap aku ada taik mata. Jari-jemari pantas meraba ke mata. Mana ada! Papa tipu! Oleh kerana tak mahu disebat lagi oleh papa, aku bangun ke sinki dapur membersihkan wajah. Sekembalinya aku melihat Park Jimin sudah mengambil tempat dudukku.

"Hey! Ni tempat akulah. Kau duduk sanalah". Aku memberi jelingan maut kepadanya. Entah kenapa rasa menyampah pula kepadanya. Dengan tidak bersalah, Jimin menukar tempat duduknya ke sebelah kerusi yang aku cop dulu tadi.

"Apa Lara ni, cakap macam tu dengan Jimin. Hormat sikit boleh tak. Jimin suami Lara tau." Papa bernada tidak puas hati kerana aku bercakap kasar dengan lelaki itu.

Oh Papa! Memang taklah aku nak hormat dia. Dia tu siapa? Malaikat? Dewa? Ataupun raja? No way! Dia tu manusia yang dah rosakkan hidup aku. Papa dengan Jimin sama je. Disebabkan terlalu geram, aku meneguk jus mangga dengan rakus. Roti aku capai dan sapukan bersama jem blueberry. Syukurlah! Tiga keping roti bersama berlainan inti telah selamat mendarat ke dalam mulut. Jus mangga aku tuang ke dalam gelas kaca lutsinar untuk kali kedua. Ahh! Kenyang!

Papa menyerahkan sepasang kunci kepadaku.

"Apa ni?"

"Ikan siakap! Kunci pun tak tahu."

"Okay pa, tak lawak." Sedikit pun aku tak endah dengan gurauan papa. Seriously! Aku lebih rasa menyampah. Jimin pula senyum-senyum disamping aku. Mental!

"Okay, okay! Calm down! Yang warna silver besar tu kunci gate. Then yang kecil sikit tu kunci rumah."

"Kunci rumah siapa?" Aku sedikit berkerut.

"Haih! Tak faham-faham lagi. Lambat pick up la Lara ni." Mama pula mencelah setelah memilih untuk menjadi patung cendana sejak makan tadi.

"Kunci rumah kamu dan Jiminlah. Tak mungkinlah untuk hamster papa."

"What?"

"Again Lara?" Papa seperti terbiasa dengan cara 'terkejut beruk' aku.

"Jangan cakap papa halau Lara untuk stay kat rumah ni lagi? Papa halau Lara ke ma?"

" Tak payah merapu. Papa nak korang pindah hari ini jugak. Lagipun korang berdua dah kahwin. Takkan nak tinggal dengan kami lagi. Kenalah ada privacy sikit. Baru boleh bagi papa cucu cepat-cepat. Bagi papa cucu banyak-banyak. Anggap sajalah ini hadiah dari papa untuk tiket honeymoon. Okay!"

Ingat aku ni kilang pemprosesan persenyawaan?

Sejujurnya telalu banyak 'kejutan' yang aku dapat akhir-akhir ini. Adakah aku dah sampai ke penghujung hidupku? Dah nak matikah aku ni? Sebelum datangnya Jimin, hidup aku bahagia. Bahagia disamping keluarga, rakan-rakan dan Jin, kesayanganku. Siapa dia? Adakah dia malaikat maut? Dia sebenarnya datang nak jemput roh aku pergi? Dia nak ajak aku mati? Oh tidak, aku tak nak mati.

"Tapi Lara tak prepare apa-apa lagi. Baju tak packing lagi." Sengaja aku mencari seribu alasan.

"Yang itu tak payah kalut. Nanti-nanti pun boleh. Yang penting, rumah tu kena berpenghuni malam ini." Papa si pemaksa. I hate it.

You were the shadow to my light
Did you see us
Another start
You fade away
Afraid our aim is out of sight
Wanna see us
Alive~
Where are you now
Where are you now
Where are you now
Was it all in my fantasy
Where are you now
Were you only imaginary
Where are you now
Atlantis
Under the sea
Under the sea
Where are you now
Another dream
The monsters running wild inside of me.

Sengaja aku kuatkan volumeku pada lirik terakhir lagu dendangan Alan Walker bertajuk Faded. Sepanjang perjalanan dari rumah ke rumah baru aku hanya melalak. Kereta dipandu Park Jimin dengan berhemah pada petang hari. Dia hanya menadah telinga dan sesekali bibirnya aku perhatikan menguntum senyuman. Sah mental!

"Eh kau boleh tak bawak laju sikit. Lembap. Macam perempuan. Hish, meluat betullah." Aku berpeluk tubuh sambil menjeling kearahnya lalu melemparkan pandangan pada luar tingkap kereta. Park Jimin sepertinya langsung tak makan saman malah lebih fokus pada pemanduannya. Aku suka sangat cari kesalahannya. Kenapalah aku benci sangat dengan lelaki yang bernama Park Jimin ini. Aku sendiri seperti tiada jawapan mengenai pertanyaan itu.

Let's make love . . .

Just 3 Days _[Park Jimin]Where stories live. Discover now