28

482 36 14
                                    


Tae Hyung tampak berselera menjamah semangkuk injeolmi dan sepotong kek strawberry. Seleranya lain macam berbanding Jimin yang hanya menjamah sebiji pau panas perisa ayam. Pelik pula aku melihat kelakuan Jimin seperti tidak bermaya. Mahu menyuap makanan juga seperti kehabisan bateri. Aku perhatikannya dari tadi sambil mencubit sedikit bun sosej lalu aku daratkan ke dalam mulut.


Hampir tiga puluh lima minit kami berhenti di hentian rehat dan rawat sebelum meneruskan kembali perjalanan. Jam menunjukkan pukul satu sembilan belas minit pagi. Kali ini giliran Tae Hyung pula memandu. Aku iyakan saja kerana dia yang mempelawa dirinya. Aku bersandar puas dia tempat duduk belakang. Perut pun sudah kenyang. Mata juga terasa sudah berat.


Hairan benar. Mengapa Jimin tak bersuara? Tak bersembang? Tak bergerak?


Dalam perut aku sudah seperti angin taufan. Mahu memanggilnya, nampak benar aku mahu mengambil berat. Tak boleh jadi ini. Habislah air muka aku nanti. Hilanglah seorang Lara yang ego dan keras kepala. Aku perlu panjang akal.


"Tae, diam aje? Selalu kau yang heboh sangat. Kenapa?" Aku memulakan misi.


"Aku nak bersembang dengan siapa? Kau? Dari tadi sibuk sapu skrin phone aje aku tengok. Jimin? Dah tergolek dari tadi lagi. Takkanlah aku nak bercakap sorang-sorang. Kang kau cakap aku gila plak. Selalu kau sibuk sangat suruh aku diam. Ini bila aku tak bersuara kau kecoh? Kenapa?"


"Tak adalah! Aku takut kau mengantuk aje. Kang ke lain perginya nanti. Sebab itu aku tanya. Macam pelik ajelah. Tak biasa sangat kau diam membisu kan."


"Kalau macam itu, kau ajelah sembang dengan aku. Laki kau ni masuk-masuk kereta terus tidur tak ingat dunia. Lagipun aku tengah bosan ni. Jom ah sembang!" Ajak Tae.


"Tak nak aku. Sembang dengan kau dari nak balik ke Seoul, kejap lagi tiba-tiba kau corner pergi ke Norway sana pula."


"Agak-agaklah nak ke Norway. Kebas bontot aku. Ini pun ada terasa nak terkentut."


Perangai tak semenggah langsung!


Hampir enam jam perjalanan kami, akhirnya sampai di Seoul. Perjalanan menjadi lama kerana si Tae Hyung asyik berhenti di hentian rehat. Tetapi apapun aku tetap bersyukur kerana selamat sampai dan yang paling aku bersyukur tak perlu lagi tidur sebilik dengan Park Jimin. Tidur di bilik sendiri, apatah lagi di katil empuk kepunyaan sendiri lebih heaven. Aku singgah di rumah Tae Hyung dahulu menghantarnya lalu aku mengambil alih memandu pulang ke rumah.


Aku kejutkan Jimin memberitahu bahawa kami sudah pun sampai dan menyuruhnya membawa keluar segala bagasi yang ada di bonet belakang.


Seperti biasalah. Aku membawa haluanku dan Jimin membawa haluannya. Aku berasa puas dapat landing di atas katil sendiri. Kalau mahu dibandingkan dengan tilam yang menjadi pelapik badanku selama enam hari berada di kampung halaman Park Jimin, tilam milikku berpuluh kali ganda lebih selesa. Jam masih pukul lima setengah pagi, badan yang masih terasa letih, aku baringkan. Entah bagaimana boleh terus terlelap.


Aku terjaga pada pukul sembilan pagi. Langkah aku atur ke dapur dengan wajah yang belum dicuci. Sunyi. Gelap. Aku membuka langsir berwarna kelabu gelap lalu aku ikat kemas-kemas di hujung bingkai tingkap. Matahari sedang memanah masuk cahaya ke dalam rumah. Aku mengecilkan mata kerana silau. Jarang sekali aku membuka langsir rumah. Bukan jaranglah. Tak pernah rasanya. Pelik Lara hari ini.


Aku membuka tudung saji. Ambik kau! Kosong. Hanya tinggal sebungkus roti yang sudah tamat tarikh luput. Berhuhulah Lara dan si perut manja pagi ini. Mahu masak? Lecehlah. Apa sahaja yang aku tahu masak? Buat scramble egg pun hancur. Apa nak makan ini? Tak pernah-pernah mamat tu tak buatkan breakfast. Takkan dia keluar macam itu saja tanpa sediakan dahulu sarapan pagi?


Aku menyelongkar peti sejuk. Ada sekotak cupcake. Di dalamnya hanya tersisa dua sahaja lagi cupcake yang aku beli seminggu lepas. Aising diatas cupcake itu jangan cakaplah, sudah keras membatu. Terpaksalah aku telan juga walaupun aising sudah aku buang. Dua cawan cupcake bersama segelas susu suam, sudah memadai buat aku mengalas perut. Tiba-tiba terfikirkan si Jimin.


Ligat aku berperang dengan rasa tertanya-tanya kemana Jimin pergi pagi ini? Gerak hati aku mengatakan bahawa aku perlu ke biliknya. Betulkah? Takkan egoku terjatuh sekiranya aku masuk ke dalam biliknya? Otak berperang dengan hati? Siapa akan menang?


Aku tetap gagahkan diri masuk ke dalam bilik Jimin. Tombol pintu aku pulas perlahan-lahan. Kalau aku ketuk pintu dahulu sebelum masuk, bagaimana kalau dia tiada di dalam bilik? Sia-sia sahaja. Jadi aku redah sahajalah. Lara makin pelik hari ini.


Bilik yang terpasang penghawa dingin, dengan sekujur tubuh sedang berselimut di atas katil. Dah agak dia belum bangun. Tapi macam pelik aje? Tak pernah Jimin bangun lewat. Aku mendekati lelaki itu.


Wajah lembutnya aku pandang senang. Terjungkit sedikit bibir aku tersenyum. Aku ingin sentuh wajah itu. Wajah yang tak pernah aku pandang dengan hati yang rela.


Tangan kananku semakin mendekat mahu menyentuh pipi gebu Jimin. Mengapa aku tak mampu nak menghalang tanganku sendiri dari terus-menerus mendekat pada wajahnya?


Akhirnya jari-jemariku selamat sampai pada kulit wajah Jimin. Aku terleka. Bibir juga tak dapat dibendung dari terus tersenyum. Malah makin lebar.


Aku mencuit-cuit lembut wajahnya. Terasa berhaba. Lantas aku alihkan tanganku dari menyentuh pipinya. Aku meletakkan tapak tangan kananku ke dahinya.


Oh Tuhan!


Panasnya badan Jimin . . . . . . . . .




Let's Make Love . . .

Just 3 Days _[Park Jimin]Where stories live. Discover now