Aku menanggalkan kasut dihadapan rumah, lantas berjalan menghentak kaki dengan kuat. Tanda bengang. Dengan siapa? Dengan dua makhluk itulah. Suka sangat bagi aku badmood.
Soalan dari si ibu aku tak endahkan. Sibuk layan perasaan. Aku masuk ke dalam bilik mandi lalu memulas pili air. Tak lama aku berada di dalam bilik mandi. Kemeja ketat berwarna merah jambu aku sarungkan ke tubuh. Digayakan dengan skinny jeans berwarna blue black tampak aku lebih kemas.
"Seronok akak main basketball?" Soalan yang tiba-tiba muncul sewaktu aku asyik menjamah sekeping roti gandum.
"Bolehlah! Sekadar nak melepaskan gian." Aku capai kepingan yang kedua. Susu segar aku hirup sedikit.
"Kenapa hidung akak merah tu?" Park Nana kembali menyoal. Budak ni banyak mulutlah. Dahlah orang tak ada mood nak bercakap ni.
"Tak ada ape! Akak picit nak keluarkan blackhead tadi. Itu yang nampak berbekas merah." Aku tetap menjawab. Tak hendaklah mengecilkan hati gadis comel itu. Segaris senyuman terpaksa aku lemparkan ke arahnya.
Pandangan aku halakan kepada dua lelaki yang berada bertentangan dengan aku dan Nana. Masing-masing buat muka blur. Tambah pula dengan si Tae Hyung, rasa mahu lempang aje.
"Sojin! Panggil Jin masuk bilik saya sekarang!"
"Baik, Presiden Kim!" Kedengaran suara gadis di talian. Talian disambungkan kepada Jin.
"Hello, pa!" Jin menyambut panggilan Presiden Kim.
"Masuk bilik papa sekarang!" Tegas Kim Hong Jae.
"Baik!"
"Ada apa papa?" Kim Seok Jin mula menyoal.
"Kamu dah pergi jumpa Uncle Sang Byun?"
"Dah pa!" Ringkas jawapan Jin.
"Jadi apa kata putusnya? Kenapa tak laporkan kepada papa dengan segera?"
"Uncle Sang Byun tak nak berkerjasama dengan kita. Dia tolak mentah-mentah proposal tu!"
"Apa? Tak guna betul. Papa dah berhabis banyak duit nak dapatkan tender dengan syarikat dia. Ini yang papa dapat. Tak apa. Secara lembut kita tak boleh dapatkan, kita dapatkan dengan secara kasar. Papa akan pastikan kita akan dapatkan balik sepuluh kali ganda modal tu. Kamu kena tolong papa."
"Tolong apa papa?"
Kalau sudah nafsu menguasai minda, apa saja mereka sanggup lakukan. Sikap manusia yang tak senang melihat manusia lain senang.
"Lara! Awak masih marahkan saya?"
Aku tak bersuara.
"Lara! Cakaplah! Jangan diam saja. Makin rasa bersalahlah saya." Jimin cuba berlembut walaupun dia tahu yang aku jenis tak makan saman.
Aku sudah meluat mendengar rayuan si Jimin. Aku bangun dari pangkin yang terletak di hadapan rumah lalu berjalan menuju ke kawasan sawah berhampiran sungai kecil di seberang jalan. Aku tahu pasti yang Jimin mengekoriku dari belakang.
Aku berjalan melalui tali air yang agak bersih dan jalannya sedikit bengkang bengkok. Pokok padi yang mulai tumbuh sekitar lima ke enam inci aku pandang dengan penuh rasa tenang. Benar kata mama, mata bila melihat warna hijau , otak seperti segar. Iya, selama ini otak aku selalu letih. Mana taknya, bangun pagi hadap bangunan tinggi-tinggi. Di Seoul, mahu mencari tanah lapang dan hijau? Ke padang bolalah. Itupun sangat terhad. Di sini, aku merasa seperti bebas bernafas sehingga hujung dunia. Tiba-tiba teringatkan kekasih hati, Jin. Sudah lama dia tak hubungiku. Aku juga sebenarnya merinduinya. Aku tersenyum-senyum sendiri.
YOU ARE READING
Just 3 Days _[Park Jimin]
RandomKisah pasangan berumah tangga yang direstui keluarga. Tetapi si isteri terlalu membenci si suami. APA SEBABNYA?!! "Kau tak payah tunjuk baiklah depan aku. Pada mata aku kau tetap jijik. Aku benci kau sampai kau mati" -Shin Lara "Izinkan saya mencint...