You're not alone, together we stand
I'll be by your side, you know I'll take your hand
When it gets cold and it feels like the end
There's no place to go, you know I won't give in
(Ahh, ahh)
No I won't give in
(Ahh, ahh)Tersentak Park Jimin apabila tiba-tiba lagu yang dimainkan menerusi IPhone6 Plus miliknya berhenti dan berdering tanda panggilan masuk.
"Hello!" Lembut saja sapaan Jimin kepada si pemanggil.
"Abang, ibu dengan Nana nak balik Busan hari ni. Minggu depan ada ritual donghaean byeolsin-gut dekat kampung kita. Jadi kami kenalah ada kat sana nanti. Lagipun Abang Chanyeol dah call semalam."
"Capang tu call sebab nak dengar suara Nana saja la. Bukan ada apa pun yang penting." Park Jimin saja bersyak wasangka."Ish, abang ni. Tak baiklah cakap macam tu. Tak de la. Kalau diikutkan memang ibu dah bercadang nak balik hari ni."
"Oh! Nana nak abang hantarkan kat airport?"
"Ehh, tak payahlah abang. Lagipun hari ni kan Ahad, maksu cuti. Dia boleh hantarkan. Nana call sebab nak bagitahu aje. Tak apalah abang, Nana dah nak gerak ni. Nanti bila free, ajaklah kakak ipar balik kampung. Abang, ibu pesan jangan lupa makan ubat. Jaga diri elok-elok. Ibu risau sebab abang dah tak ada dalam pengawasan dia lagi sekarang. Okaylah, bye." Pamit Nana sebelum memutuskan talian. Permintaan Nana untuk Park Jimin membawa isterinya pulang ke Busan agak mustahil. Tapi manalah tahu. . ..
Suasana di Cafe Dimi agak riuh walaupun saiznya kecil. Mungkin dek kerana hari ini hujung minggu. Aku memilih cafe ini kerana memiliki sesuatu yang menarik. Cafe yang menyediakan pelbagai jenis pasta yang hebat dengan sos dan mi buatan sendiri, bersama pilihan beberapa jenis kopi, wain dan bir. Suapan terakhir membuatkan aku sendawa kecil. Jus mangga aku teguk buat yang terakhir. Aku perasan mengapa ada beberapa pasang mata sedang memerhati aku. Hairan! Ahh! Jangan peduli hal orang. Aku terpa ke kaunter untuk membuat pembayaran. Si cashier ini juga aku perasan sesekali jeling ke arahku. Apahal? Nak cari gaduh ke? Setelah aku mendapatkan resit serta wang baki, laju saja aku tinggalkan cafe tersebut.
Aku kembali ke kereta. Belum sempat aku buka pintu, SHIT! Kesan love-bite masih terang kelihatan di leherku apabila aku bersuluh di cermin kereta. Siap banyak tempat pulak tu. Ahh! Sengal la kau Lara, pergi sanggul kenapa rambut tu. Saja nak bagi orang fikir apa yang kau buat semalam? Sengal! Cepat-cepat aku masuk ke dalam perut kereta. Rambut aku uraikan kembali. Bertouch-up sedikit bagi menghilangkan kesan yang tak diundang itu dengan foundation Naked6 yang aku sentiasa bawa didalam tas. Walaupun warnanya tak dapat dipalam dengan sempurna, tapi bolehlah dari biar merah gitu.
Aku terus memandu ke kompleks Coex di Samseongdong. Syurga membeli belah bagi wanita. Tak kurangnya juga pada kaum lelaki yang inginkan koleksi-koleksi jenama antarabangsa seperti Zara, Accessorize, Uniqlo dan Body Shop, serta jenama tempatan kegemaran ramai seperti Codes Combine. Di sini juga terdapat panggung wayang, muzium kimchi, akuarium dan cawangan kedai buku Bandi & Luni's.
Aku berjalan mengharungi kedai-kedai berjenama, dan sesekali mengerling terpesona melihat susun atur bahan pameran di hadapan kedai. Aku masuk ke dalam kedai menjaul alat telekomunikasi. Ingin menukar pelindung skrin telefon yang sudah retak. Tak sampai lima minit menunggu, semua sudah seperti sedia kala. Sebaik saja aku menapak keluar dari kedai terbabit, telefonku berdering. Aku mengeluh lembut apabila membaca nama yang memanggil di skrin.
"Hello! Sweetheart. Apa khabar orang disana? Sihat-sihat kah? Sakit-sakitkah? Apa cerita hidup selepas kahwin? Teruja kah? Merana kah? Sampai hati dirimu tak menungguku pulang untuk meraikan hari-hari indahmu." Bagai peluru soalan diajukan kepadaku. Naik panas telinga.
"Kau dah kenapa, bertih jagung? Kalau aku tampar kau agak-agak boleh jawabkan tak soalan yang kau tanya tu? Memekak! Membebel! Kau dah tak kerja lain ek?"
"Ada! Kacau life kau la ikan piranha." Bunyi mengekek bertandang di telingaku.
" Sesedap sos prego je cakap aku ikan piranha."
"Hehe."
"Kenapa call aku tiba-tiba ni?" Aku tak mahu berbasa-basi langsung bertanya tujuan apa mamat mat saleh celup ni call.
"Aku nak balik Seoul dua hari lagi disamping itu nak mengucapkan takziah! Ehh, tahniah di atas perkahwinan kau yang tak jemput aku tu."
"Buat apa hah kau balik Seoul? Tak payah balik pun tak apa. Kau duduk la kat Singapura tu terus. Balik sini buat pencemaran udara adalah. Lagi satu pencemaran bunyi. Kau boleh didakwa tau sebab buat vandalism." Aku cuba menghasut.
"Peduli apa aku. Republic Korea tu bukan untuk kau sorang aje. Aku anak jati Korea Selatan yang akan membangunkan negara suatu hari nanti. Kau apa tau. Huh!" Semangat betul mamat ni.
Anak jati Korea Selatan konon. Blah la. Aku tertawa kecil dan terasa lapang apabila dapat berbual dengan dia walaupun sekejap. Nak katakan anak jati tu taklah sangat kerana walaupun dia dilahirkan di Korea, semasa umurnya sembilan tahun , ibu dan ayah dia pindah ke Singapura atas urusan kerja. Jadi selama sepuluh tahun menetap di sana, dia fasih berbahasa melayu dan cina. Setelah usianya menjangkau 19 tahun, dia bersama keluarga pulang kembali ke tanah air. Jadi jangka masa dia berpijak di tanah Republic Korea lagi sikit dari dia tinggal di Singapura.
"So, datang ambik aku dekat airport boleh? Hehe!"
"Tak ada masa. Ok bye!" Terus aku mematikan panggilan. Makin melayan mamat wayer putus itu makin aku sakit otak. Sampai hati kau Lara buat si bertih jagung macam tu. Haha!
Aku membeli beberapa barang sebelum pulang. Rasa macam tak nak saja balik. Rasa macam nak duduk saja dalam kereta dan pergi saja ke mana yang aku mahu.
Sampai saja di perkarangan rumah, aku terus meluru ke kolam yang menempatkan ikan-ikan kap lalu memberi sedikit makanan. Berkocak air apabila mereka saling berebut makanan. Aku turut terasa tempiasnya lalu aku lap menggunakan tapak tangan pada bahagian muka. Senang hati bila dapat melihat betapa berseleranya mereka. Tiba-tiba aku disapa Jimin.
"Awak pergi mana baru balik?"
Sedikit pun aku tak pandang pada orang itu, malah aku terus leka memberi ikan-ikan makan.
"Awak dah makan? Kalau belum jomlah masuk. Saya ada masak sikit tadi." Park Jimin terus menyoal.
Aku memberi renungan tajam sebelum terus menapak masuk ke dalam rumah.
"Ambik barang aku kat dalam kereta." Aku melemparkan kunci kereta ke lantai. Pandai-pandailah dia kutip. Park Jimin hanya menurut tanpa sebarang keluhan. Hanya senyuman menggantikan rasa kecewa terhadap aku. Mungkin!
(Ritual Donghaean byeolsin-gut bermaksud ritual meminta limpahan tangkapan)
Let's make love. . .
YOU ARE READING
Just 3 Days _[Park Jimin]
DiversosKisah pasangan berumah tangga yang direstui keluarga. Tetapi si isteri terlalu membenci si suami. APA SEBABNYA?!! "Kau tak payah tunjuk baiklah depan aku. Pada mata aku kau tetap jijik. Aku benci kau sampai kau mati" -Shin Lara "Izinkan saya mencint...