"Sudah lamakah kamu sampai? Kenapa tak masuk ke dalam rumah saja?" Datang seorang wanita yang lembut bicaranya sambil membawa sebakul bunga tulip putih. Puan Choi Aien seperti senang sekali dengan kehadiran kami.
"Baru saja bu. Saja hendak mengambil angin di luar sebentar. Nak jugalah betul-betulkan urat yang sudah tegang ni. Ronda-ronda kampung." Jawab Park Jimin sambil menyalami dan memeluk erat tubuh ibu kesayangannya lalu ku susuli menunduk hormat, lantas menyalami ibu mertuaku. Tae Hyung jugak turut menunduk lalu berjabat tangan. Secangkir senyuman seikhlas hati dilontarkan.
"Siapa anak ini?" Ibu menyoal sesudah Tae Hyung menyalaminya.
"Tae Hyung! Kim Tae Hyung! Salam perkenalan mak cik." Sekali lagi senyuman di lontarkan kepada Puan Aien.
"Tae Hyung? Macam pernah den . . ."
"Err bu, jomlah masuk. Dah nak malam kan?" Jimin memotong perbualan ibunya.
"Ish abang ni, nak malam apanya? Baru pukul enam setengah. Tengok, matahari pun masih tersenyum lagi tengok bumi dekat hujung laut tu." Cantas Nana dengan kelajuan maksima.
"Eh, Nana apa tahu? Enam setengah dah malam la. Pandai-pandai saja buat andaian sendiri. Macamlah dia tahu matahari tengah senyum ke, tengah nangis ke? Cikgu mana yang ajar benda mengarut ni?" Sengaja Jimin mahu berlaga dengan adik kesayangan.
"Orang tahulah. Sibuk aje."
"Sudah! Tadi kata nak masuk. Marilah! Suka sangat gaduhlah dua beradik ni." Puan Aien hanya menggeleng kepala dengan perangai kedua-dua anaknya.
"Entah dia ni. Nanti kalau abang dah tak ada, nak gaduh dengan siapalah?" Jimin menggosok rambut depan Nana.
Aku tersentak.
Maksud Park Jimin bergurau itu sangat mendalam. Dalam kata-katanya. Aku perhatikan riak wajah Nana yang girang tadi bertukar pudar. Cepat Nana menyusuri ibunya dengan hati kurang enak dek kerana kata-kata Jimin. Aku dan Tae Hyung setia menjadi pemerhati. Tae Hyung juga setia mengunyah snek ayam dari tadi.
"Jomlah masuk." Jimin mempelawaku untuk menjejakkan kaki buat kali pertama ke rumah nya.
"Kejap lagilah. Aku nak jalan-jalan dekat sana kejap." Jari telunjukku tuju tepat kearah pantai berseberangan jalan depan rumah.
"Ala kau ni, aku penatlah, nak duduk. Kau pergilah. Aku nak masuk dalam rumah dulu. Bye!"
"Suka hati kau lah Tae. Boleh aje aku pergi sorang-orang."
"Tak apa, saya teman awak!" Jimin pelawa diri sendiri.
"Suka hati kaulah!" Tanpa berlengah, aku terus berjalan menuju ke pantai berpasir. Seronok rasanya dapat membiarkan kaki dipukul ombak kecil. Sandal aku tanggalkan sebelum merendamkan kaki ke dalam air laut. Matahari semakin lama, semakin menyembunyikan diri di penghujung laut yang entah dimana titik terakhirnya.
" Nak tengok matahari terbenam tak?" Jimin yang mengekoriku dari belakang tadinya membisu kini bersuara.
" Hurmm, boleh juga."
"Jom ikut saya." Jimin menarik tanganku namun kutepis.
"Kenapa tak tengok dekat sini aje? Boleh nampak ape? Nak pergi jauh-jauh buat apa?"
"Memanglah kat sini boleh tengok. Tapi saya ada satu tempat yang lagi best kalau nak tengok matahari terbenam. Jomlah! Nak tengok ke tak?" Jimin kembali merangkul tangan kananku lalu aku dibawa ke tempat yang katanya 'best' sangat itu.
"Ehh!" Aku ditarik, lalu mengikuti jejak langkahnya tanpa protes.
Aku dibawa ke satu tembok untuk membolehkan aku melangkah turun ke sebuah batu besar yang terletak kukuh yang dikelilingi air laut. Aku duduk bersebelahan Jimin. Benar! Tempat ni best. Lokasinya yang sedikit sunyi dan tertutup oleh tembok, membuatkan aku terasa lebih asyik melihat matahari terbenam. Hanya ditemani pukulan ombak membadai pantai. Batu ini juga sedikit tinggi dari tempat lain membolehkan aku melihat dengan penuh matahari yang kian beransur hilang bagaikan ditelan laut dalam. Sempurna.
Langkah kaki pertama masuk ke laman rumah Puan Choi Aien, aku menangkap suara salakan anjing.
Woof! Woof!
Jimin terus ke halaman lapang di satu sudut. Sebaik saja kaki Jimin sampai dihadapan pintu rumah kecil itu, keluar seekor anjing jenis baka Sheltie yang comel dan gebu. Aku juga terasa tertarik untuk ke situ.
"Wah! Comelnya! Siapa nama awak?" Aku mengambil alih anjing itu dari pangkuan Jimin lalu ku usap-usap kepalanya. Manari-nari ekornya, tanda seronok dibelai.
" Haru!"
"Oh, betina?"
"Ya!"
"Kamu berdua pergi mana? Dah pukul tujuh setengah ini, baru nak balik. Kesian dekat Lara. Penat-penat datang dari jauh, kamu dah bawa dia berjalan satu kampung. Biarlah dia berehat dulu. Esok-esok pun masih boleh berjalan kan. Kenapa dah malam baru nak pergi?" Puan Aien sudah berleter. Nasiblah kau Lara, tak pasal-pasal kena ceramah free.
"Eh, tak apalah ibu. Lagipun Lara yang ajak Jimin temankan Lara tengok matahari terbenam. Dah lama tak merasa semua ni. Maaf!" Aku cuba back-up suamiku. Atas motif apa aku sendiri tak tahu. Dia datang secara spontan.
"Ha dahlah, Lara masuk dulu. Pergi bersihkan diri, lepas itu kita makan malam. Ibu nak sambung siapkan makan malam. Mari masuk." Ibu pelawa bersama suara lembutnya, membuatkan aku tiba-tiba teringatkan mama. Haru aku kembalikan kepada Jimin, lalu dia membuntutiku selepas masukkan kembali Haru ke dalam rumah kecilnya.
Makan malam sempurna selepas aku berendam di dalam tub mandi bersama air suam yang membuatkan kulitku terasa segar dan lembap. Pada jam sembilan malam, ibu dan Nana terlebih dahulu keluar pergi yang dibawa bersama sebakul bunga tulip putih. Bingung aku sebaik saja terdengar sayup-sayup bunyi muzik rancak dan tembakan mercun. Hati gelisah dan tertarik ingin tahu.
"Kau nak pergi mana?" Tanyaku kebingunggan sebaik saja Jimin keluar dari bilik berpakaian kasual tetapi kemas dan . . . wangi!
"Nak pergi pantai! Malam ini ada sukaneka." Jelasnya.
Sebenarnya Tae Hyung sudah awal hilang bersama Nana pergi ke pantai. Pantang terleka, sekejap saja hilang. Malas pula aku nak cover perangai alien sesat itu.
"Jadi kau nak tinggal aku sorang-sorang kat rumah ini?"
"Awak nak ke duduk sorang-sorang? Kalau dia cakar dinding macam mana?"
"Wei, kau jangan haa . . . Tunggu kejap, aku nak tukar baju."
" Tak payahlah. Pakai macam ni dah cukup. Dah cukup cantik. Dah cukup sempurna di mata saya."
"Apa kau cakap?" Aku kurang jelas apa yang dikatakan Jimin akibat bunyi dentuman muzik yang sedikit mengganggu pendengaranku.
"Tak ada apalah!"
Let's Make love . . .

ANDA SEDANG MEMBACA
Just 3 Days _[Park Jimin]
AléatoireKisah pasangan berumah tangga yang direstui keluarga. Tetapi si isteri terlalu membenci si suami. APA SEBABNYA?!! "Kau tak payah tunjuk baiklah depan aku. Pada mata aku kau tetap jijik. Aku benci kau sampai kau mati" -Shin Lara "Izinkan saya mencint...