Jam di tangan aku belek berkali-kali tanpa jemu, manakala aku menggenggam erat stereng kereta.
"Aduh, mesti dia bising ni. Kenapalah suka sngat lupa. Tak pernah pula aku telan semut selama hidup ni." Aku terus mengomel sendiri. Mujurlah jalan tak terlalu sesak. Pedal minyak aku tekan menggunakan kaki kanan sekuat mungkin.
Langkah aku laju melangkah sebaik sahaja tiba di airport. Mata galak mencari kelibat Si Bertih Jagung. Alamak! Handphone tertinggal dalam kereta. Ini semua gara-gara dialah. Aku pula sampai terkejar-kejar masa. Puas dua pusingan aku buat larian marathon, akhirnya aku tewas. Aku kembali ke kereta. Oh Papa, dua puluh tiga missed call. Enam panggilan dari bertih jagung, manakala selebihnya dari nombor yang aku tak kenali. Pelik! Siapa pula call sampai banyak macam ni? Aku memandu pulang ke syarikat Papa. Pulang dengan sedikit rasa hampa dan bersalah.
Aku kembali dihantui rasa kurang enak atas permintaan papa supaya aku ber 'honeymoon' dengan mamat itu? Keputusan papa muktamad. Aku tak boleh berkata 'Uh' mahupun 'Ah'. Usai menjemput Jimin, aku menukar tempat duduk. Biar Jimin memandu pulang.
"Kenapa tak angkat call saya tadi?" Jimin memulakan perbualan.
"Bila masa pulak kau call aku?" Aku juga mengemukakan soalan kepadanya. Kening aku bertaut. Binggung! Memang aku tak tahu bila masa dia call.
"Sampai tujuh belas kali saya call, tak akan tak perasan kot?"
"Oh kau eh, yang call aku sampai banyak kali tu?" Jari telunjuk aku hala ke wajah Jimin. Terkejut budak itu.
"Ye!"
"Sorry! Aku tertinggal telefon dalam kereta, manalah aku tahu. Eh kejap, mana kau dapat no telefon aku?"
"Papa kasi!"
"Asal papa kasi kat kau nombor aku?" Aku mula menyinga.
"Dah awak tak kasi, saya mintaklah dekat papa. Papa pun pelik, macam mana saya boleh tak ada nombor awak. Sedangkan kita tinggal serumah."
Pulak! Apa aku kisah?!
Tiba dirumah, aku tak terlepas pergi memberi ikan-ikan makan. Pelik! Nampak macam ikan-ikan ini sudah diberi makan. Sisa-sisa pun masih ada di permukaan air. Siapa pula yang beri ikan-ikan ini makan?
"Eh, kau ada bagi ikan-ikan ni makan eh sebelum keluar tadi?" Aku bertanya kepada Jimin selepas dia keluar dari perut kereta.
"Tak ada."
"Habis siapa yang bagi makan?"
"Aku!"
Suara serak-serak yang muncul tiba-tiba dari halaman belakang.
"Kau?"
"Yelah aku, habis yang kau pergi ambik dekat airport tadi apa? Kucing Parsi?"
Ewah-ewah sedap je perli aku. Ingat aku tak terasa?
"Eh, macam mana kau boleh ada kat sini?"
"Aku terbanglah. Tadi masa helikopter nak tolong hantarkan, aku je yang tak nak. Sebab ada orang tu dah berjanji nak datang jemput. Last-last pak cik teksi la jawabnya."
"Alah kau ni, tak payahlah nak perli-perli aku. Aku dah cukup rasa bersalah ni. Kaulah, tak tunggu aku. Sampai-sampai je dah lesap." Aku masih berbalah dengan hati terasa sedikit lega dapat melihat dia selamat sampai dan ada di hadapan mata aku.
"Kau cakap aku tak tunggu engkau? Eh, dua jam tau. Orang kalau dah dua jam boleh pergi makan, kalau berak pon lepas tau. Boleh pulak kau cakap aku tak tunggu engkau!"
"Alah, tak payahlah marah. Okay kalau macam tu aku masakkan kau pasta. Nak?" Aku cuba memujuk.
"Kau ni tak habis-habis pasta, pasta, pasta. Tak ada benda lainkah kau nak makan. Makanlah yang berkhasiat sikit. Aku dah lama tau nak makan kimchi dengan bibimbap. Tteobokki dengan sos pedas. Aduh, sedapnya."
"Dah itu aje yang aku tau buat. Takkan aku nak offer kau makan benda yang aku sendiri tak tau nak masak."
"Saya boleh buatkan!" Park Jimin cuba mencelah dengan secangkir senyuman. Ada orang rupanya. Ingatkan berdua. Rupanya kami bertiga.
"Ha nak tanya juga. Kau ni siapa? Adik angkat kaukah Lara? Ke pemandu papa kau? Aku tengok dari tadi lagi diam aje. Dah serupa patung dah. Nak tanya jugak ni, mana Jin?" Aduhai banyak pulalah soalan.
Terdengar saja nama Jin disebut, Park Jimin mencuka.
"Ermm, saya Jimin. Park Jimin. Suami Shin Lara." Jimin memperkenalkan diri dengan begitu detail. Siap nama full aku lagi.
"Suami? Eh, tapi. . ."
"Dah, jom masuk. Bising aje kerja kau." Aku dibuntuti dua jejaka yang tampan. Banyak benda juga aku mahu bersembang dengan dia. Memandangkan sudah agak lama tak berjumpa. Jadi biarlah dia berehat dahulu. Orang kata mengisi minyak. Lagipun kesian pulalah dengan dia disebabkan terpaksa menungguku sehingga dua jam. . .
Let's make love. . .
YOU ARE READING
Just 3 Days _[Park Jimin]
RandomKisah pasangan berumah tangga yang direstui keluarga. Tetapi si isteri terlalu membenci si suami. APA SEBABNYA?!! "Kau tak payah tunjuk baiklah depan aku. Pada mata aku kau tetap jijik. Aku benci kau sampai kau mati" -Shin Lara "Izinkan saya mencint...