24

383 27 6
                                    


We don't talk anymore, we don't talk anymore
We don't talk anymore, like we used to do
We don't love anymore
What was all of it for?
Oh,
we don't talk anymore, like we used to do.♪

♡♡♡♡♡

Terkumat-kamit dua ulas bibirku menyanyikan lagu kegilaan ramai itu. Badan yang sudah siap wangi-wangi dan bersih, disarungkan pula jumpsuit berwarna cream pastel dan dipadankan dengan choker diamond yang khas diterbangkan dari negara matahari terbit itu membuatkan aku tampak simple dan berkarisma gitu. Jam tangan keluaran edisi terhad dari Invicta yang ditaburi manik-manik berlian di hujung bingkai menampakkan aura mewah dan elegant.

Aku sedang menuntut janji dari Jimin bahawa dia akan membawa aku bersiar-siar di sekitar ibu kota Busan. Mahu melihat kepesatan ekonomi yang tak kalah sibuk seperti di Seoul.

Seperti biasa, aku takkan pergi berduaan dengan Park Jimin. Kim Tae Hyung dan Park Nana ada bersama.

Bunyi desiran air laut yang membuatkan pendengaranku terbatas. Seluruh badan ditenggelami air laut. Tangan tergapai-gapai mencari tempat untuk berpaut namun yang ada hanyalah sebidang lautan yang tak ada penghujungnya. Nafas yang cuba ditahan, mungkin tak dapat bertahan lama. Pandangan mata juga terbatas. Apa yang dapat dirasakan pada waktu itu hanyalah kematian. Hati meronta-ronta meminta pertolongan dek kerana mulut tak dapat meluahkan kata-kata itu. Air mata yang keluar bercampur aduk bersama air laut. Satu badan sudah terasa lemah dan longlai. Mata juga semakin menutup rapat. Nafas yang ditahan sudah hampir habis. Dapat aku rasakan, ada seseorang yang menarik lengan kananku dan . . .

I just heard you found the one you've been looking
You've been looking for
I wish I would have known that wasn't me
Cause even after all this time I still wonder
Why I can't move on
Just the way you did so easily♪

"Arghh .   .   . Tolong! Tolong saya! Tolong selamatkan saya!" Air mata  sudah berderai jatuh menimpa pipi. Teresak-esak aku menangis dan meronta-ronta. Park Jimin menyambar lenganku dan menampar-nampar lembut pipiku.

Aku terjaga.

Oh Tuhan! Kenapa mimpi itu muncul lagi?

"Awak okay? Kenapa ni? Awk mimpi apa?" Panik Park Jimin setelah aku mengalami mimpi yang ngeri itu. Manakan tidak, sampai meronta-ronta meminta tolong.


"Kau mimpi lagi eh benda tu?" Selamba Kim Tae Hyung bertanya.

"Kita dah sampai ke? Jomlah!" Tak ada satu pun soalan mereka terjawab. Malah aku pula yang menyoal kembali. Malas mahu heboh-heboh.

"Siang-siang pun boleh kau membuta lagi. Ha, padanlah kena mimpi tu lagi." Tae Hyung membidas.

"DIAM!" Aku terus melangkah meninggalkan mereka di parking lot. Entah bilalah yang aku boleh terlelap dalam kereta pula. Rambut yang sedikit kusut , aku lurut-lurutkan.

Berjalan punya berjalan, tak sedar jam dah sampai pada waktu makan tengah hari. Kami berempat singgah di sebuah restoran makanan segera iaitu Mc'Donald.

Sempat juga aku rembat beberapa barang keperluan harian tadi. Usai makan tengah hari, kami sambung membeli-belah. Tiba di satu kedai menjual dessert kesukaan ramai iaitu ice cream gulung. Di Seoul, makanan itu sudah sangat popular.

Just 3 Days _[Park Jimin]Where stories live. Discover now