#Chapter 5#

393 29 5
                                    

Back to Mirae POV

Aku membeli jjangmyeon dan sebungkus air milo ais. Aku tak mahu makan dikedai,lebih baik makan dirumah. Ibu aku takde malam ni-tak setiap malam dia takde.

"Cik makanan cik dah siap. Bayar di kaunter ye?" Seorang pelayan meletakkan dua plastik diatas meja . Aku tersenyum tanda terima kasih. Pelayan itu turut tersenyum.

Perlahan aku bangun,plastik diambil lalu kakiku melangkah ke kaunter. Penjaga kaunter tersenyum.

"Kenapa lama tak datang?"

Aku tersenyum mendengar soalan Uncle Hong. Dia pemilik kedai ni tapi dia tetap bekerja,sebab tu semua pekerja dia suka dia.

" Ada masalah lah Uncle" Aku mengeluh. Uncle Hong tersenyum. Dia berdiri dan menepuk bahuku lembut.

"You're too young for this,dear.Be strong nae?"

Aku mengangguk. " Berapa semua ni Uncle?"

" Untuk Mirae, Uncle bagi diskaun 40% " Uncle Hong mula mengira harga makanan.

" Takpelah Uncle, tak perlu diskaun" Aku berkata separuh merayu.

"Tak boleh. Ada diskaun jugak"

" Yelah Uncle" Aku mengalah.

"Appa! Timun dengan Lada dah ha-Mirae?" Aku memandang figura dibelakang Uncle Hong,kembar Taehyung.

Hong Jisoo

Kenapa kembar Taehyung? Sebab tarikh lahir diorang sebijik, 30/12/1995. Diorang pun memang kamcing gilalah!

Tapi lepas Taehyung masuk penjara, aku sendiri tak pasti apa yang dia fikir tentang Taehyung.

Aku tersenyum memandang Jisoo atau lebih mesra dipanggil Joshua,senyuman kekok. Aku takut dia berpendapat seperti kawan Taehyung dan kawan aku,menganggap kami licik dan tak boleh dipercayai.

Aku takut dia tak boleh terima aku kerana aku adik kepada seorang pembunuh.

Tapi sebaliknya berlaku. Joshua keluar dari kaunter dan terus memelukku erat. Aku agak tergamam pada mulanya sebelum aku juga memeluk dia.

" Aigoo... kenapa lama tak datang sini?"

Aku tergelak kecil. Sejujurnya,aku rasa lega kerana dia dapat menerima kehadiran aku.

Joshua menarik aku masuk ke dalam ruang pekerja. Uncle Hong hanya tersenyum.

Joshua menarik aku kebilik yang kelihatan seperti bilik bos. Dia mengunci pintu sebaik sahaja kami masuk ke dalam. Sekali lagi dia menarik aku untuk duduk dikerusi di dalam bilik tersebut.

Apa yang sedih? Aku tinggal makanan aku kat luar

"Cerita apa yang sebenarnya terjadi sampai hidup Mirae jadi serabut sangat ni?" Dia bertanya lembut sambil menggosok kepalaku.

" Emmm nak mula dari mana eh? Ok senang cerita, Papa excident then koma. Mama gila harta jadi dia perangkap Taehyung oppa sampai oppa masuk penjara. And lastly dia cuba langgar Mirae tadi. The end?" Aku mengangkat bahu diakhir kata. Joshua mengerutkan kening.

Without You ◆pjm◆ ||Completed||Where stories live. Discover now