#Chapter 25#

270 23 0
                                    

A/N: sorry lama tak update. Takde idea huhu.

Btw, do read my new fanfic : Secret admirer.


AUTHOR's POV

"Kau betul ke tak ni Jungkook? Serius lah weh. Bahaya ni kau tau tak?" lelaki yang memakai topi itu bersuara. Matanya memandang Jungkook risau.

"Betullah apa nak tipunya?" Jungkook menghirup sedikit air mochanya.

"Tapi ni boleh rosakkan hidup kau tau?" sekali lagi dia berkata risau.

"Aku tau. Tapi aku yang setuju mula-mula kan? Salah aku jugak" Jungkook berkata selamba, bagaikan keputusannya itu langsung tidak memberi kesan padanya.

"Tapi kau kena ugut, jadi kau tak salah. " dia cuba mengubah fikiran Jungkook lagi.

"Kalau ikutkan aku kena ugut tu kan, patutnya awal-awal lagi aku dah buat laporan polis. Jadi macam mana pon, tetap salah aku. Aku yang bodoh setuju dengan semua ni"

"Kau tak bodohlah, bodoh. Kau kena ugut" lelaki itu mulai geram.

Jungkook tergelak kecil. Dia mula memandang taman kecil dibelakang rumah keluarga angkat lelaki dihadapannya. Suasana di sini tenang, tiada bunyi hon yang membingitkan telinga, tiada kepulan asap yang menyesakkan dada, tiada lautan manusia yang merosakkan suasana. Berbeza benar tempat ini dengan tempat tinggal Jungkook.

"Aku rasa bersalah" Jungkook memandang lelaki dihadapannya sekilas sebelum memandang air diahadapannya. Jarinya digerakkan mengikut permukaan gelas.

"Aku rasa aku dah rosakkan hidup ramai orang, termasuk kau" keluhan berat dilepaskan. "Jadi kalau plan ni berjaya, at least kuranglah sikit rasa bersalah aku." dia tersenyum hambar.

"Tapi Jungkook, kau ingat best ke duduk dalam tu? Hidup dalam tu lagi teruk dari apa yang kau bayangkan weh" dia mencubit lengan Jungkook.geram pula dengan Jungkook yang ambil mudah dalam kesan daripada tindakan yang bakal dia buat nanti.

Jungkook mengaduh kecil dan menggosok kawasan lengannya yang dicubit. Dia kemudiannya tergelak kecil. "Aku tahu kau sayang aku, tapi takyah ah pondan sangat main cubit-cubit" dia mencebik, sengaja mengejek lelaki dihadapannya.

"Tcch. Berbanggalah aku sayang kau tahu? "

"Bangga apenye duh menyesal adelah"

Kalini bahu Jungkook pula ditumbuk. Jungkook tergelak besar.

"Tapi seriuslah Jungkook, sekali kau masuk situ memang musnah hidup kau tau. Nanti semua orang akan mula pandang serong kat kau" dia meneruskan lagi topik yang terhenti tadi.

"Biarlah, asal rasa bersalah ni hilang , aku tak kesah" yakin benar suara Jungkook berbunyi.

"Sekarang bolehlah cakap macam tu, tengoklah nanti kau akan menyesal." dia masih tak berputus asa. Mana ada kawan yang sanggup tengok kawan merana kan?

Jungkook cuma tersengih sinis. "Takyah tunggu 'nanti', sekarang pon aku dah menyesal. Kesian Mirae tau"

Lelaki yang duduk dihadapan Jungkook cuma mengeluh. Nampaknya memang tak dapat dia halang, keputusan Jungkook sudah muktamad.

"Kau jangan sakitkan dia tau, aku sayang dia dan kau pun sama jaga diri" akhirnya dia mengalah

" aku tahulah"

🔪🔪🔪

Mirae tak boleh tidur. Perbualannya dengan Hyemi tadi masih segar difikirannya.

Dia mengeluh. Perlahan selimutnya ditolak ketepi dan dia muka berdiri. Jimin yang sejak dua jam lepas—lepas Jimin ingat Mirae dah tidur padahal tak lagi— melekat dekat meja kerja dia.

"Oppa" perlahan dia memanggil. Dia meletakkan tangannya dibahu Jimin.

"Eh Mirae terbangun ke?" dia tarik lengan Mirae dibahu dia dan tarik Mirae duduk atas riba dia.

"Emm taklah , tak tidur pon dari tadi" dia menyandarkan kepalanya di dada Jimin.

"Jinjja? Kenapa?" lembut dia menyoal. Yalah buah hati dia ni baru je lepas nangis tadi. Dahlah tak tahu kenapa. Ubun-ubun gadis itu dikucup perlahan.

"Takleh tidur"

"Oh"

Kedua-dua mereka mula terdiam. Mirae betul-betul terbuai dengan bunyi degupan jantung Jimin. Jimin pula terus menyambung buat kerja dia.

"Mana Mirae nak duduk lepas ni" Mirae membuka topik. Entah kenapa dia teringat topik tu.

Jimin berhenti membuat kerjanya. Dia faham maksud Mirae. Dia maksudkan mana dia akan tinggal lepas Jimin kahwin nanti?

Mustahil nak tinggal sekali. Sekarang pon Mirae dah rasa berdosa tinggal sebumbung dengan tunang orang.

"Jangan fikir lagi" perlahan tapi tegas Jimin bersuara. Kepala Mirae di dadanya dicium sekejap.

"Oppa, Mirae rasa Hyemi taklah jahat mana" Mirae mengubah topik. Entahlah, dia rasa dia perlu tolong Jimin terima perkahwinan ni.

Pergerakan Jimin terhenti. "Mirae, oppa dah cakap jangan cakap pasal ni kan" dia memandang Mirae tajam sekilas. Dia tak suka topik ni dibincangkan. Baginya, Hyemi tetap Hyemi, perempuan yang gilakan harta dan pangkat.

"Bagilah dia peluang kedua. Dia manusia jugak" Mirae mengabaikan amaran Jimin. Dia tak tahu kenapa tapi dia rasa memang Hyemi dan Jimin berjodoh. Yelah, banyak gila halangan tapi tetap nak kahwin jugak. Dia? Dia cuma penghalang antara Hyemi dengan Jimin.

Mirae tahu Jimin masih lagi tak tahu tentang kisah Taehyung dan Hyemi. Dia tak nak beritahu. Kalau dia beritahu nanti makinlah Jimin benci dekat Hyemi dan dia tak nak tu berlaku. Dia nak Jimin kahwin dan bahagia. Kalau Jimin kahwin dengan dia pon, dia tetap akan menyusahkan Jimin. Cukuplah dia susahkan Jimin selama ni. Lagipun Hyemi nampaknya sudah berubah.

Tapi Mirae tak pasti. Dia tak pasti yang Hyemi 100% sudah berubah tapi dia yakin Hyemi sanggup berubah untuk Jimin.

Jimin hanya terdiam. Malas dia nak dengar Mirae bercakap tentang bakal isteri yang dia tak rela kahwini.

🔪🔪🔪

Without You ◆pjm◆ ||Completed||Where stories live. Discover now