#Chapter 33#

236 19 4
                                    

Selamat hari raya!!! Haha

Btw happy jungkook day lmao.

MIRAE's POV

"Ok keadaan dia makin baik" doktor Junmyeon mengangguk-angguk sambil mencatat sesuatu didalam kertas ditangannya. Jimin dan aku berpandangan. Senyuman kecil terukir dibibirnya saat melihat aku yang cemas sampai berpeluh-peluh. Aku takut sebenarnya, bukan takut dengan doktor tapi takut sebab hari inilah hari perbicaraan.

"Dia boleh discharge hari ini"

"Kiranya lepas habis perbicaraan tu, boleh balik rumah?" Jimin meminta kepastian. Bukan apa, sejak seminggu disini, banyak juga Doktor Junmyeon buat lawak . Ada sahaja terkeluar dia punya loyar buruk. Daripada Jimin yang takutkan doktor Junmyeon, sekarang dia meluat pula.

"Yelah." Doktor Junmyeon mengiyakan. Dia tersenyum memandang aku. "Nampaknya tak dapat dahlah awak jumpa doktor handsome ni" matanya dikenyit nakal.

"Ey doktor apa ni?" Jimin mengerutkan keningnya. Tangannya dinaikkan menutup mata aku. "Ni saya punya!"

Doktor Junmyeon tergelak kecil. "Apa-apa jelah. Mirae boleh tukar baju apa semua sekarang. Kena pergi mahkamah pukul 12 kan?" Dia menyoal seraya melirik kearah jam tangan di pergelangan tangannya. "Ada lagi tiga jam, sempat kut awak nak bersedia apa semua"

Aku tersenyum dan mengangguk. "Thanks doc" dia menepuk bahu kanan aku dua kali sebelum membalas. "Sama-sama. All the best untuk awak." Dia tersenyum buat kali terakir sebelum berlalu keluar.

Jimin mendengus. "Sukalah kan dapat pegang doktor handsome?" Aku tergelak kecil. Ini sebab kedua mengapa dia rasa meluat dengan doktor Junmyeon. Sebab pertama dan utama dia ialah kerana betapa hambarnya lawak-lawak Doktor Junmyeon sampai ianya kedengaran annoying pula.

Bagi aku, doktor ni memang kelakar apa. Takdelah hambar sangat pun lawak dia. Aku sampai nak tertidur pun tiba-tiba tergelak seban teringat lawak dia. Jadi dekat sini aku boleh simpulkan bahawa Jimin bila cemburu, memang buta.

"Baju Mirae mana, oppa?" Aku menukar topik. Nanti makin masam pula muka dia jika berterusan berbicara perihal doktor muda itu. Nasib baik Doktor itu sudah berkahwin, kalau tak mungkin lagi teruk cemburu Jimin.

"Ada kat sana. Biar oppa pilih eh?"

"Cari yang nampak formal tapi sesuai dengan orang sakit tau?" Aku memberi arahan. Berkerut sekejap dahinya mendengar arahan aku.

"Gurau je, ambil yang formal" aku tergelak kecil selepas sekali lagi memberi arahan kepada Jimin. Perlahan-lahan kepala aku dibaringkan keatas bantal seraya mataku ditutup. Aku takut sebenarnya. Takut aku kalah dalam mahkamah nanti. Omma boleh upah peguam yang hebat-hebat yang kemungkinan besar ,kacang je bagi mereka untuk kalahkan aku.

Macam mana kalau aku kalah? Walaupun omma dan abangnya akan tetap dipenjarakan, sebabnya lain. Kesalahan yang omma lakukan jauh lebih besar dari apa yang omma dapat. Aku nak omma dipenjarakan atas sebab memberi arahan bunuh, memerangkap orang untuk dijadikan kambing hitam dan paling penting, dihukum kerana membunuh.

Aku mengetap bibir. Penumbukku digenggam apabila mengingati paparan video yang ditunjukkan kepada aku semalam. Video dimana omma menekup muka appa dengan bantal. Hyemi dibelakang omma hanya memerhati. Tindakannya betul-betul menaikkan darah aku. Kenapa dia tidak halang? Atau memang ini rancangan dia? Mahu membuatkan aku membenci omma seorang dan meloloskan dirinya dari kes ini?

Without You ◆pjm◆ ||Completed||Where stories live. Discover now