#Chapter 32#

270 21 1
                                    

AUTHOR's POV

Hyemi mengeluh berat. Hatinya sakit, terasa bagaikan disiat-siat melihat kemesraan Jimin dan Hyemi. Dia saksikan sendiri betapa bahagianya mereka bercium tadi. Dan...dirinya terasa bagaikan ditikam saat kebenaran hubungan sulit Jimin dan Mirae terbongkar.

Dia rasa ditipu. Sepanjang lebih dari setahun dia bercinta dengan Jimin, tak pernah sekalipun Jimin cuba menyentuhnya. Tapi dengan Mirae, belum sampai setahun pun mereka sudah melakukan hubungan intim.

Air mata yang mengalir dipipinya dikesat kasar. Dia rasa dikhianati. Pakcik Jungyoung juga hanya menghiraukan kehadirannya tadi. Ketiga-tiga mereka berbual tanpa langsung teringatkan kewujudannya didalam bilik itu. Dia tidak salahkan Mirae, dia tahu Mirae langsung tak tahu kewujudan dia disitu. Hyemi nampak yang Jimin sengaja merahsiakan keberadaannya disitu.

Tapi hakikatnya, Hyemi tak boleh membenci Mirae. Macam mana pun dia cuba, tetap tak boleh. Mirae begitu baik baginya. Kalau dia Jimin pun mesti dia pilih Mirae sebagai suri hati. Puas dia cuba mencari kelemahan Mirae tapi setakat ni, tiada kelemahan yang boleh menggugat kedudukan Mirae di hati Jimin. Keluhan berat dilepaskan buat kesekian kali. Dia telah kalah dengan budak sembilan belas tahun, egonya tercalar.

Beg tangan comelnya dibuka untuk mencari telefon. Pukul berapa sekarang ya? Dia sendiri tidak pasti. Selepas dia berlari keluar tadi, dia sendiri tak tahu kemana hala tujunya. Dia hanya mengikut ke mana kakinya membawanya. Disebabkan itulah dia berada di taman permainan sekarang. Taman permainan ini terletak berhampiran dengan hospital jadi mungkin itu sebabnya mengapa kakinya membawa dia kesitu.

3.40 a.m. tertera di skrin handphonenya. Terkelip-kelip sekejap matanya cuba mencerna maklumat baru itu. Sudah hampir sejam sejak dia membawa diri dari hospital tadi. Sekejap sahaja masa berlalu, dia langsung tidak sedar yang dia sudah melebihi satu jam menangis disini.

Telefonnya kembali dimasukan kedalam beg tangan. Badannya disandarkan pada bangku sambil dia memejam matanya. Dia penat, dia betul-betul perlukan rehat tetapi tak boleh. Bayangan Jimin dan Mirae pasti akan menghantuinya.

Sungguh, dia begitu sayangkan Jimin. Lelaki itu terlalu sempurna baginya. Dan bila teringatkan sebab mengapa dia mencurangi Jimin, dia rasa mahu menyumpah diri sendiri. Sebabnya simple, hanya sebab Jimin tak boleh nak puaskan gelodak nafsunya dia mencari lelaki lain. Jimin terlalu baik, too innoncent . Dia hormat Hyemi sampai dia langsung tak sentuh Hyemi.

Hyemi cintakan Jimin. Sangat-sangat. Dengan Taehyung dahulu pun perasaan cintanya tidak sekuat ini. Tapi dulu dia buta, hanya nampak Jimin semata untuk menjadi pemuas nafsunya tapi sayang Jimin selalu menolak.

Pada hari dirinya ditangkap oleh Jimin bersama lelaki lain, Hyemi begitu terkejut. Tak sangka yang tembelangnya akan pecah. Dia yakin dia begitu berhati-hati merancang segalanya tapi dia silap, dia tetap tertangkap oleh Jimin.

Dia betul-betul terdesak pada waktu itu. Dikelilingi kawan-kawan yang hidup bebas menjadi penyebab utama dia begitu terdesak. Bayangkan, kawan-kawan korang semua cakap pasal satu perkara tu tapi kau sorang je macam tak tahu apa-apa. Macam itulah rasanya. Rasa terpinggir membuatkan dia begitu terdesak.

Tiba-tiba Hyemi dikejutkan dengan suara seseorang menegurnya.

"Noona? What are you doing here?"

Hyemi mengurut dada. Terkejut bukan kepalang. Yelah tengah pagi buta boleh pulak ada orang tegur dia secara mengejut macam ni.

Jihyun menggosok belakang lehernya sebelum mengambil tempat disebelah Hyemi.

Without You ◆pjm◆ ||Completed||Where stories live. Discover now