#Chapter 29#

273 21 2
                                    

AUTHOR's POV

Walaupun dipujuk berkali-kali, Jimin tetap menolak pujukan ibunya untuk balik ke rumah ibu bapanya. Dia perlukan masa bersendirian. Setelah berjanji tidak akan membuat benda bodoh , akhirnya ibunya memberi keizinan.

Bukan dia tak nak berada dekat dengan Mirae tapi dia tak sanggup. Tak sanggup nak tengok jasad tak bernyawa Mirae. Dia dah hilang Taehyung, kenapa Mirae juga pergi? Merekalah orang yang terapat dengan dia, mana dia tak sedih, mana dia tak rasa kehilangan.

Teringatkan Taehyung, dia rindukan sahabatnya itu. Banyak persamaan Mirae dengan Taehyung. Kehilangan mereka berdua bagaikan batu besar jatuh menghempap dadanya. Dia rasa sesak, terhimpit, dan.....kosong.

Dia mengeluh berat. Hidup perlu diteruskan. Takkan Mirae dengan Taehyung nak tengok dia bunuh diri sebab mereka kan? Jadi dia mesti tabah untuk lalui hari mendatang seorang diri. Lagipun Jimin masih waras, tak sanggup dia nak bunuh diri.

"Mandilah" dia bangkit dari sofa dan bergerak kebiliknya. Baru sahaja ingin memulas tombol pintu biliknya, dia terpandang pintu bilik Mirae yang dibiarkan terbuka sejak hari kehilangan Mirae. Mana tahu ada bahan bukti yang dijumpai didalam bilik tu kan?

Senyuman lemah muncul dibibirnya. Dia menapak masuk ke dalam bilik tetamu yang sudab diubahsuai untuk dijadikan bilik Mirae.

Walaupun Mirae lebih muda darinya, Jimin mengaku yang pemikiran Mirae jauh lebih matang. Dia membesar dengan pembantu rumah kiri kanan pun still boleh buat kerja rumah yang Jimin sendiri terkial-kial nak buat.

Badannya dihempas ke atas katil Mirae. Sejak kehilangan Mirae, inilah tempar tidur dia untuk melepaskan rindu. Tak sangka yang selepas ini dia takkan berjumpa dengan Mirae lagi.

Nampaknya rindu oppa dekat Mirae takkan pernah terubat kan?

Dia tersenyum hambar. Sekeliling bilik Mirae dipandang. Matanya menangkap satu bingkai gambar kecil di meja belajar Mirae. Dia mengecilkan mata untuk melihat gambar itu dengan jelas.

Setelah mengenal pasti gambar itu, Jimin tersenyum. Ada dua gambar yang Mirae gabungkan dalam satu bingkai. Gambar diatas ialah gambar yang diambil pada hari pertama Jimin bekerja manakala gambar dibawah diambil pada hari pertama permulaan kehidupan Mirae di kolej. Macam mana sebelum ni dia tak perasan bingkai gambar tu?

Dia menggeleng kecil. Punyalah seminggu geladah bilik Mirae, bingkai gambar tu pun dia tak perasan.

Katil Mirae yang masih melekat bau Mirae terasa begitu selesa buat Jimin. Kalau diikutkan katil dibiliknya lebih mahal dan empuk dari katil ini tapi entahlah, mungkin aura Mirae yang membuatkan dia rasa lebih selesa.

"Ah tak boleh tak boleh!" Dia bangun sambil menggeleng-geleng. "Tak boleh baring nanti mesti tidur. Aish mandi mandi!" Dia mengingatkan diri sendiri. Baring diatas katil Mirae lagilah buat dia rasa lali. Dia nak mandi dulu baru tidur, kalau tak nanti dia mimpi buruk. Lagipun nanti badan dia melekit, tak selesalah. Dengan gigi tak gosok lagi.

Jimin terus mencapai tuala dan bergerka ke bilik air. Dia dah penat sangat tapi dia betul-betul rasa miang dan nak mandi. Tapi baru je dia nak masuk dalam bilik air, telefonnya berbunyi. Jimin mendengus. Masa ni jugaklah ada orang call!

Melihat nama pemanggil, Jimin tak jadi nak marah. "Hello omma?"

"Jimin.." Dia berjeda seketika.

Without You ◆pjm◆ ||Completed||Where stories live. Discover now