Oppa tak balik harini
8.03 p.m.Ok
8.37 p.m.√√ seen
Mirae mengeluh. Tangannya dijatuhkan ke atas pehanya. Matanya dibawa keluar kereta, fikirannya mula melayang mengingati Jimin.
"Lagi sembilan hari Mirae, cukup kut untuk dia lupakan kau" gumamnya perlahan. Tiba-tiba pintu kereta belah pemandu dibuka. Dia berpaling sekilas.
"Dah. Jom pergi cinema" Pakcik Jungyoung lekas-lekas memakai tali pinggang keledar dengan tangan kiri manakala tangan kanan memulas stereng. Kereta itu mula keluar dari petak parkir lalu meluncur di atas jalanraya.
Tiada respon dari Mirae. Dia hanya memandang keluar tingkap. Fikirannya melayang teringatkan hal universitinya dan hal kerjanya. Umur dia belum pum mencecah 20, macam gila pula dia nak handle dua-dua sekali gus.
Tapi kalau nak berhenti belajar rasa sayang pula. Dia ingat lagi betapa excitednya dia dengan Jimin semasa surat tawaran ke universiti itu tiba je peti surat rumah Jimin. Malam tu diorang tak tidur kut, pergi karoake lah, bowling lah, wayanglah, dating tepi tasiklah. Jadi kalau nak berhenti macam tu je macam sayang sangat. Macam semua usaha dia selama ni berhenti macam tu je.
Kalau nak berhenti uruskan syarikat appa pula lagi sayang. Appa dah usahakan sungguh-sungguh, takkan nak biar jatuh ke tangan orang lain ataupun gulung tikar terus. Kesian lah appa. Nak bagi pada pakcik Jungyoung, rasa tak sedap pula. Dia takut pakcik Jungyoung jadi macam omma. Memang tak baik untuk Mirae fikir macam tu tapi nak buat macan mana? Pengalaman mematangkan . Dia tak nak pisang berbuah dua kali jadi kena fikir betul-betul baru boleh ambil tindakan.
"Mirae?"
Mirae tersentak. Lantas dia berpaling. Kedua keningnya diangkat. "Ya?"
"Fikir apa? Diam je dari tadi"
"Taklah." Mirae menarik nafas dalam. "Macam, gilalah kalau Mirae nak belajar lagi handle syarikat appa lagi. Jadi Mirae terfikirkan yang mana Mirae patut tinggalkan dulu" dia kemudiannya mengeluh.
Pakcik Jungyoung terdiam. Rasa nak gulingkan biji mata pun ada. Tadi dia yang ajak tengok wayang tiba-tiba dia yang matikan mood nak tengok wayang. Kalau Mirae tiba-tiba cancel nak tengok wayang, dia hantar Mirae balik naik Uber je tak pun Grab. Cubalah chill, nak hilangkan stres tapi pergi tambah pula.
"Buat jelah dua-dua apa susah" balasanya acuh tak acuh.
Mirae berdecit. Berkerut keningnya. "Mana boleh! Penatlah. Baru berapa hari Mirae buat macam tu pun dah nak pengsan."
"Taklah, maksud pakcik macam home-schooling. Ambil private tutor. Kan senang. Bila busy takyah belajar, bila ada masa panggil dia datang."
Mirae tersentak sekejap. Kenapa dia tak boleh terfikirkan hal itu?
"Lagipun Mirae kan kaya sekarang mesti ramai je sudi jadi private tutor Mirae" Pakcik Jungyoung menambah. "Jap-jap sebelum Mirae fikir pasal tu ni pakcik nak tanya, nak tengok wayang tak?"
"Mestilah nak!"
"Ok"
Pakcik Jungyoung memulas stereng kereta memasuki kawasan parkir di shopping mall itu. Sementara itu, Mirae mula memikirkan tentang cadangan pakciknya tadi. Bernas juga idea tu.
YOU ARE READING
Without You ◆pjm◆ ||Completed||
FanfictionTanpa awak, mustahil saya boleh tersenyum. Tanpa awak, mana mungkin saya dapat mengharungi masalah keluarga saya . Tanpa awak, mungkin saya dimasukkan ke hospital sakit jiwa akibat tekanan melampau. Tanpa awak, mungkin tiada lagi Kim Mirae di dunia...