#Chapter 30#

279 20 12
                                    

JIMIN's POV

"Apa hubungan Encik Jimin dengan Cik Mirae?" Soalan dari Inspektor yang sudah aku kenal pasti bernama Youngjae membuatkan aku terdiam. Bibir bawah aku digigit. Aku sendiri tak pasti hubungan kami sebenarnya.

"Saya...tak tahu"aku menggeleng kesal. Selama ni tak pernah sekali pun aku dengan Mirae berbincang tentang hubungan kami. "Yang pasti, dia penting sangat-sangat bagi saya"

"Dan awak pun penting bagi dia?"

Aku mengangguk. "Mungkin"

Hyemi dari tadi diam dibelakang kami. Aku ajak dia sekali sebab aku tahu aku tak boleh berseorangan sekarang. At least, ada sorang. Musuh aku pun takpelah asalkan ada. Kenapa? Kalau tak nanti kemungkinan aku terfikir untuk buat benda bodoh.

Sekarang, dengan kehilangan Mirae, aku tahu aku boleh buat perkara yang akan buat sesali di kemudian hari. Sebab tu dekat rumah tadi aku langsung tak menangis. Aku nak buang rasa sedih aku sebab rasa sedihlah yang banyak mendorong aku membuat perkara bodoh.

Perjalanan ke bilik mayat Mirae ditempatkan berlalu dengan senyap. Aku perasan Hyemi sekali-sekala menjeling aku yang sejak dari menjejakkan kaki ke dalam hospital lagi jalan menunduk.

Datang ke hospital bermakna aku perlu teringat lagi tentang pemergian Mirae. Aku menarik nafas dalam. Ok Jimin, kau kena kuat. Aku makin menundukkan kepalaku sambil meneruskan perjalanan. Rasa sayu mula menyelubungi diri.

Tiba-tiba langkah Inspektor Youngjae terhenti,membuatkan langkah aku dan Hyemi juga terhenti. Aku mengangkat sedikit kepalanya apabila Inspektor itu mengetuk pintu bilik tersebut. Gila apa ketuk pintu bilik mayat?

Aku semakin pelik melihat aku bukan berada dikawasan bilik mayat tapi dihadapan wad VIP. Inspektor nak bawa aku jumpa orang lain dulu ke? Hyemi dibelakangku yang turut kelihatan keliru dikerling. Apa semua ni?

Pintu wad dibuka dari dalam. Wajah lelaki 40-an yang sangat asing membuatkan aku melangkah setapak kebelakang. Lelaki itu nampak sangat penat tapi jelas terpancar kebahagian pada wajahnya.

"Dia tak sedar lagi inspektor, tapi masih dalam keadaan stabil"

Inspektor Youngjae tersenyum. Dia mengangguk sebelum masuk kedalam bilik tersebut sambil tangannya membuat isyarat supaya aku dan Hyemi mengikut langkahnya. Dengan muka keliru yang amat sangat, kami berdua membontoti langkah Youngjae. Sempat aku menunduk hormat pada lelaki yang membuka pintu tadi.

"Inspektor, apa kita buat dekat sin-" mata aku membuntang apabila pandangan aku jatuh pada seseorang yang terbaring kaku diatas katil. Seseorang yang sangat aku kenali. Tanpa sedar, kaki aku mengorak langkah menuju ke katil tersebut.
Biar betul?

Terkelip-kelip mata aku memandangnya. Mana tahu mata aku menipu. Aku memejam mata aku . Jimin jangan khayallah. Mirae dah mati ni semua ilusi je. Kat depan kau ni orang lain.

Sebaik sahaja mata aku kembali dibuka, wajah pesakit itu masih lagi Mirae. Aku mula rasa takut. Aku dah jadi gila ke ape?

Aku ingat lagi tadi aku sendiri yang pangku badan tak bernyawa dia. Nadi dia di lengan dan leher dua-dua dah tiada. Jantungnya langsung tak berdegup. Mukanya pucat bagaikan langsung tiada darah didalam badannya. Jadi mustahil, mustahil, kalau Mirae masih hidup. Aku sendiri dah pastikan dia tiada, paramedik tadi pun sama.

Aku memandang Inspektor Youngjae, meminta penjelasan. Mana tahu aku memang betul-betul dah khayal ke. Kalau Inspektor Youngjae sebut nama orang lain, nampaknya aku memang betul-betul dah naik gila.

Without You ◆pjm◆ ||Completed||Where stories live. Discover now