Dalam chapter ni ada mature sikit. Sikit je. Sikit je tau. I Jamin sikit je xp. Kalau tak selesa boleh skip kut huhu.
"Saya pakai dress hijau muda ok tak?" Hyemi bertanya. Jimin yang dari tadi memandang skrin telefon dipandangnya serius. Dia nak cepat. Perkahwinan lagi dua minggu tapi macam dia sahaja yang bersungguh, Jimin tak pun.
"Mhm ok" ringkas sahaja Jimin menjawab.
"Tie tuxedo awak dengan baju dalam tuxedo tu warna hijau muda jugak ok?"
"Mhm" Jimin mengangguk malas. Jarinya men-scroll skrin telefonnya laju. Daripada bercakap tentang hal ini, baik dia pergi cek laman lazada. Mana tahu ada barang yang boleh menarik perhatian dia nanti.
"Jimin.." Hyemi menarik nafasnya dalam. Geram dengan sikap sambalewa Jimin. Kalau ya pun tak berminat, berlakonlah sikit depan wedding planner mereka. Ini tak. Mesti wedding planner itu fikir yang Hyemi terdesak mahu kahwin.
"Apa?" Akhirnya dia mengangkat muka. Wajah penat Hyemi cuma dipandangnya malas. "Kau pilihlah apa pun, aku tak kisah" Jimin terus bangkit lalu bergerak ke tangga.
Hyemi mengeluh kuat. Dia mengetap bibirnya sebelum berlari ke arah Jimin lalu merentap lengan lelaki itu. "Awak saje kan nak malukan saya?" Soalnya dalam nada tertahan. Dia tak kisah dilayan teruk oleh Jimin tapi janganlah rosakkan imej dia dihadapan orang luar.
Jimin tersenyum sinis. "Aku? Malukan kau? Kau tahu tak betapa malunya aku nak ada isteri macam kau?"
Hyemi tersentak. Dia menelan liurnya pahit. Dia sudah biasa dengan kata-kata sinis dan pedas dari Jimin tapi entah kenapa harini dia begitu sensitif. Dia cuba menahan rasa perit didalam lehernya untuk menahan tangisannya dari keluar. Jimin hanya berlalu ke atas, meninggalkan Hyemi seorang diri untuk menguruskan semua tentang perkahwinan mereka. Dia mengabaikan Hyemi yang menunjukkan tanda-tanda mahu menangis itu. Malas dia nak layan.
Hyemi memejam matanya sebelum kembali ke ruang tamu. Nasib baik ibunya dan ibu Jimin keluar tadi. Yang ada di rumah ini hanyalah Hyemi, Jimin dan dua orang wedding planner ini sahaja. Jihyun dari pagi lagi keluar tak balik-balik.
"Maaf ya pasal tadi. Kitorang ada gaduh sikit" katanya sambil melabuhkan punggungnya ke atas sofa. Senyuman tawar dihadiahkan buat mereka berdua.
"Eh takpe kami faham. Biasalah kan gaduh-gaduh kecil ni" salah seorang dari mereka berdua bersuara. Dia tersenyum, cuba menyelesakan Hyemi yang jelas kelihatan kekok selepas ditinggalkan tunangnya tadi.
Hyemi tersenyum kecil. Gaduh-gaduh kecil? Huh dah setahun bergaduh tak berbaik lagi. Dia mengendahkan hal itu lalu terus menyambung perancangan perkahwinannya dengan dua orang gadis dihadapannya.
♟♟
Selesai semuanya, Hyemi naik ke atas. Bakal mertuanya awal-awak lagi menjemput dia tidur di sini hari ini. Senang katanya. Yelah, esok masih ada lagi yang perlu dibincang. Nak pilih baju lagi, cincin lagi. Ya, cincin kahwin masih belum mereka beli. Cincin tunang pun Jimin dan campak entah kemana, memang tak lah mereka nak beli cincin kahwin awal-awal.
Pintu bilik tunangnya dikuak perlahan. Serentak itu, kedengaran bunyi selimut ditarik dan jeritan kecil Jimin.
"Hei! Ketuklah dulu" marah Jimin. Dia cepat-cepat mencapai kembali baju t-shirtnya yang sudah dicampaknya tadi selepas membukanya. Dia panas, lagi-lagi dengan kehadiran Hyemi, makin panas rasanya.
"Ops, sorry" walaupun dia meminta maaf, dia dengan selambanya memasuki bilik Jimin. Jimin yang berselubung didalam comforter berdecit. Geram dia dengan Hyemi yang suka-suka sahaja memasuki biliknya.
YOU ARE READING
Without You ◆pjm◆ ||Completed||
FanfictionTanpa awak, mustahil saya boleh tersenyum. Tanpa awak, mana mungkin saya dapat mengharungi masalah keluarga saya . Tanpa awak, mungkin saya dimasukkan ke hospital sakit jiwa akibat tekanan melampau. Tanpa awak, mungkin tiada lagi Kim Mirae di dunia...