#Chapter 2#

476 30 14
                                    

Suasana dalam kereta sunyi. Hanya bunyi radio yang kedengaran. Jimin hanya fokus untuk membawa kereta. Kami sedang menuju ke hospital, tempat dimana appa berada.

Jimin dari tadi mencuri pandang aku. Mungkin takut aku nangis lagi kot. Aku hanya mengabaikan semua tu. Yang penting sekarang hanyalah appa.

Sebaik sahaja kereta diparkir, aku terus membuka kunci(?) pintu dan keluar daru kereta. Aku berlari melintas jalan tanpa menoleh langsung kekiri dan kanan.

Bunyi kereta mendekati aku membuatkan aku terkejut. Aku berpaling . Mataku membukat memandang kereta yabg semakin menghampiri aku.

Entah dari mana datangnya keberanian aku, aku terus berlari sehingga ke seberang. Aku terjatuh di penghadang(?) jalan. Mungkin kerana terlalu cemas sehingga aku tak sedar aku terpijak batu dan terjatuh.

Kereta tadi berhenti. Pintu belah pemandu dibuka.

Omma?

Aku terkejut. Ya, sangat terkejut. Apa dia buat dekat sini? Dia ada buat something kat appa ke?

Aku harap tak

Dia tersenyum sinis sambil menyilangkan tangan kedadanya. Belakang badannya disandarkan ke belakang kereta.

Dia berdiri menghadap aku yang masih lagi terduduk diatas tanah. Aku terkaku. Tak tahu nak bereaksi macam mana.

"omm-"

"Kat sini kau hari hari ya?"

Aku mengetap bibir. Perlahan aku cuba bangunkan diri aku.

ah

Baru aku perasan.Kaki aku luka. Terkena batu time jatuh tadi kut.
Tapi aku tetap bangun. Aku memandang omma aku. Langsung aku tak mahu menjawab soalannya.

"Jawab bila aku tanya!" Dia meninggikan sedikit suaranya. Matanya turut dijegilkan-cuba untuk menakutkan aku.

Aku terkebelakang sikit. "h-haah"

Omma hanya tergelak kecil. Sarcastic.

"Aku ingatkan,tumbanglah seorang lagi pesaing aku." Dia tersenyum sinis. Dia mula berjalan perlahan mendekatiku.

"Tapi sayangnya, dia masih selamat" Dia tersenyum sinis lagi. Tangannya diangkat kepipiku. Cuba untuk gosok pipiku untuk menakutkan aku lagi.

Tapi, belum sempat tangannya menggosok pipiku , pergelangan tangannya terlebih dahulu disambar oleh seseorang.

Dia melepaskan kasar tangan ibuku. Dia kemudiannya menarik kasat tanganku supaya berdiri dibelakangnya.

Aku mengaduh perlahan. Genggamannya pada pergelanganku terlalu kuat. Dia masih lagi menggenggam pergelangan tanganku walaupun aku sudah berada dibelakangnya.

Aku terdengar ibuku ketawa mengejek.

"Pandai kau cari ya? Yang handsome jugak kau amik jadi savior kau." Dia tergelak sinis lagi. Matanya memandang aku yang berada di belakang badan Jimin. Aku mengetap bibir dan melarikan mataku kearah lain.

Aku tak nak pandang dia.

Jimin mengetatkan lagi genggamannya pada pergelangan tanganku. Aku mengaduh lagi. Kalini agak kuat supaya Jimin tersedar dan melonggarkan genggamannya. Tapi tak. Dia langsung tak dengar.

Aku ketepi sedikit untuk memandang Jimin. Mukanya merah. Nafasnya tak teratur. Dari mukanya, aku dapat tangkap yang dia sedang marah.

"Puan, maaf saya tak nak kurang ajar, tapi boleh tak kalau puan berambus dari sini" Jimin bersuara. Suaranya cuba ditahan daripada marah.

Without You ◆pjm◆ ||Completed||Where stories live. Discover now