"BODOH!"
Perempuan itu menjerit sambil menghentak kuat mejanya. Dua bunyi itu bergabung lalu bergema di dalaam bilik yang sunyi itu.
Lelaki dihadapannya dipandang tajam. Gelas ditangannya dilempar marah lalu mendarat betul-betul disebelah lelaki itu. Percikan kaca terkena sedikit pada lelaki itu tetapi diendahkan sahaja.
Lelaki itu diam menikus. Tidak berani membuat sebarang bunyi walaupun bunyi menghembus nafas. Sungguh perempuan dihadapannya membuatkan dia rasa bagaikan roh terpisah dengan jasad. Tangannya yang terluka kecil akibat percikan kaca sebentar tadi langsung tidak dihiraukan. Rasa sakit, yang orang lain semestinya sudah cepat-cepat ubatkan, langsung tidak menjadi perhatiannya.
Dia terlalu takut. Takut.
Nyawanya bagaikan berada didalam genggaman perempuan dihadapannya. Muka bengis perempuan teesebut mampu membuatkan wajahnya pucat.
Perempuan itu mengeluh marah. Dia bangun dari duduknya lalu berjalan ketingkap. Dia berdiri memandang pemandangan diluar yang indah,jauh sekali beza dengan tempatnya berdiri sekarang.
"Salah aku juga, sebab ambil orang macam kau ni buat kerja-kerja macam tu" Suaranya dikendurkan sedikit, tetapi tetap menakutkan di telinga lelaki malang itu.
"Kau mentah lagi." Dia bersuara lagi.
Lelaki itu menggigit bibir. Pantang dirinya dilabel mentah.Tapi dia hanya mendiamkan diri. Tidak berani untuk suarakan ketidakpuasan hatinya.
"Dahlah, lepas ni kalau diorang jumpa dan tangkap kau, jangan sesekali sebut nama aku. Jangan masukkan aku langsung. Kau tanggung semuanya 100%." Dia memandang Lelaki itu tajam. Jarinya dituding ke arah lelaki itu.
Lelaki itu hanya mengangguk lemah. Perempuan itu tersenyum.
"Kalau ada apa-apa, aku call kau. Dahlah, kau boleh balik Jungkook"
🔪🔪🔪
Aku memandang jasad kaku appa. Mataku merah.
Semuanya terjadi begitu cepat.
"WOI KAU SAPE?! APA KAU BUAT KAT SINI?" Aku bertanya marah bercampur curiga.
Dia kelihatan terkejut melihatku. Pintu wad dibuka dari luar. Jimin memasuki bilik itu dalam keadaan agak tergesa-gesa. Mungkin kerana aku menjerit tadi.
Lelaki itu semakin cemas. Dia mula mengemas sedikit barangnya sebelum berlari ke arah kami. Jimin dan aku menghalang pintu. Tetapi senang saja kami dirempuh oleh badan sasanya.
Jimin jatuh kebelakang. Beberapa orang jururawat datang apabila terdengar kekecohan yang berlaku. Aku membantu Jimin bangun semula.
Jimin terus mengejar lelaki tersebut.
"cik kenapa ni?Apa terjadi?"
"Tadi saya masuk wad ayah saya. Lepas tu saya nampak ada orang nak letak sesuatu dalam benda yang masukkan air kedalam badan ayah saya.Saya-"
Belum sempat aku meneruskan penerangan, Jururawat yang bertanya tadi terus berlari masuk ke dalam wad ayahku.
-
"Nasib ayah awak tak apa-apa. Dia tak sempat nak masukkan benda ni-" Dia berhenti bercakap sekejap sambil menunjukkan aku something yang aku langsung tak tahu apa tu. "-dalam badan ayah awak. Kalau dia masukkan benda ni, kemungkinan untuk ayah awak masih hidup hanyalah 20%"
YOU ARE READING
Without You ◆pjm◆ ||Completed||
FanficTanpa awak, mustahil saya boleh tersenyum. Tanpa awak, mana mungkin saya dapat mengharungi masalah keluarga saya . Tanpa awak, mungkin saya dimasukkan ke hospital sakit jiwa akibat tekanan melampau. Tanpa awak, mungkin tiada lagi Kim Mirae di dunia...