#Chapter 41#

185 16 0
                                    

Klak

Jihyun menoleh. Punat on/off pada telefonnya terus dimatikan. Jantungnya berdegup kencang saat melihat abang sulungnya memasuki biliknya.

"Yah!—"

"Tumpang jap" pinta Jimin ringkas. Tanpa menghiraukan Jihyun, dia terus ke beranda bilik adiknya.

Jihyun menarik nafas lega. Telefonnya kembali dibuka lalu gambar-gambar Hyemi terus dipindahkan ke akaun google drive-nya. Semua gambar itu kemudiannya dipadamkan. Jimin tak boleh tahu tentang ini. Ianya rahsia dia seorang. Kadang-kadang bengang jugalah bila Jimin layan Hyemi nak tak nak je tapi Jihyun faham, Jimin memang macam ni. Dia bukan jenis yang forgive and forget tapi forget but never forgive tapi nak lupakan Hyemi susah. Bukan apa ,omma merekalah yang bersungguh jodohkan Jimin dengan Hyemi.

Melihat Jimin kembali masuk ke dalam biliknya, kening Jihyun terangkat. "Kenapa?"

Jimin berdecit. "Dia tak angkat"

"Siapa?"

"Mirae"

Kalini Jihyun pula berdecit. Jimin yang sudah berbaring disebelahnya dipandang tajam. "Kau ni kan! Dah nak kahwin pun menggatal dengan perempuan lain lagi" marahnya. Mana dia tak marah. Hati crush dimain-mainkan oleh abang sendiri.

"Bukan aku nak pun kahwin dengan dia." Balas Jimin pula selamba. Dia membuka akaun instagram nya lalu skrin telefon di scroll malas. Kedudukannya diselesakan.

"Tak baik tau. Dia suka kau kut." Marah Jihyun lagi. Dia turut menyeselesakan baringnya. Siling bilik dipandang kosong.

"Aish" Jimin berpaling. Dia bangkit dari baringnya dengan kening berkerut. "Kau lupa ke apa dia buat?" Soalnya bersama dengusan kecil.

"Ingat tapi kau sendiri pernah cakap kan, semua orang layak dapat peluang kedua." Jihyun turut bangun. Dia duduk menghadap abangnya.

"Tapi aku sakit hati sangat dengan dia. Banyak tau salah dia kat aku. "  balas Jimin lagi, tak mahu kalah. Keras betul hati dia untuk memaafkan Hyemi. Entahlah, bagi dia, kesalahan Hyemi terlalu berat untuk dia lupakan.

"Aku tahu. Aku pun sayang nenek" Jihyun menunduk apabila teringat cerita Jimin haritu. Kisah dimana Hyemi menampar nenek mereka tapi cepat-cepat minta maaf apabila ternampak Jimin. Mustahillah dia tak rasa marah. Dah melampau kut.

"Pasal nenek tu lagilah aku bengang. Nenek datang semalam pun takut tengok dia tau? Pastu apa dia buat? Buat tak tahu. Patutnya minta maaflah sikit." Jimin mendengus lagi. Geram dia mengingati kejadian itu. Mana taknya, di depan matanya sendiri neneknya ditampar. Dahlah kena dari bekas kekasih dia. Mana tak berapi?

Jihyun turut terdiam. Dia mengaku Hyemi dulu banyak buat jahat dekat abangnya tapi dia tetap suka Hyemi. Biarlah apa orang kata, baginya Hyemi juga manusia. Biasalah tu buat kesalahan sikit. Walau hakikatnya salah Hyemi banyak.

"Hyung tak nampak ke yang Hyemi dah nak berubah? Dia dah lainlah sikit dari apa yang kau cerita dulu." Jihyun masih mahu memujuk. Dia tak nak Hyemi terseksa. Dia tak nak abangnya tak bahagia dengan perkahwinan ini. Dia sayangkan kedua-duanya. Jadi biarlah at least dia tengok dua-dua orang yang dia sayang hidup bahagia bersama. Tapi Jimin nampak macam tak mahu bekerjasama.

Jimij terdiam. Lama dia berjeda memikirkan ayat adiknya. Ya dia mengaku Hyemi sudah lain. Gadis itu tidak lagi tergedik-gedik mahu mendekatinya tapi caranya sekarang nampak lebih matang. Perangai baru Hyemi inilah sedikit sebanyak melahirkan getaran halus dalam jiwa lelakinya.

Lamunan Jimin terhenti apabila telefonnya tiba-tiba berbunyi. Terus nama Hyemi hilang dari fikirannya. Skrin telefon lantas di tekan saat nama Mirae terpampang di telefonnya. Lantas dia berdiri lalu berlari ke beranda. Dia perlukan privasi, Jihyun pula jenis suka curi-curi dengar.

Without You ◆pjm◆ ||Completed||Where stories live. Discover now