Suasana didalam kereta sunyi. Radio juga turut diamatikan. Sesekali terdengar bunyi Jimin mendengus .
Kereta berhenti di lampu isyarat.
"Bodoh betulla" Jimin berkata perlahan,lebih kepada berbisik kepada diri sendiri. Stereng kereta dipukul sebelum dia meraup muka.Aku diam. Takut jika tersalah cakap Jimin akan marah aku pula.
" Asal lama sangat trafic light ni?" Suara Jimin sedikit meninggi. Mukanya merah menahan marah. Stereng kereta sekali lagi diketuk.
Jimin mula menyumpah dengan suara berbisik. Tapi, aku dapat mendengar dengan jelas apa yang diperkatakannya.
Aku menggenggam hujung skirt sekolahku. Ya, sepanjang hari ni aku hanya memakai baju sekolah.
Jimin disebelah dipandang sekilas. Dia mendengus dan terus mengeluarkan kata-kata kesat yang aku tak pasti dia tujukan pada siapa. Kereta dipandu agak laju daripada biasa. Ia agak menggerunkan bagiku.
Kereta berhenti lagi pada lampu isyarat. Jimin menyandarkan badannya pada seat kereta. Dia meraup mukanya.
Aku memberanikan diri memegang lembut tangannya. Dari hospital lagi Jimin berkelakuan begini.
"Oppa... okay?" Aku bertanya lembut. Aku mengurut sedikit lengannya.
Dia menepis tanganku. Tangannya kembali diletakkan dj stereng kereta sebelum pedal dipijak.
Aku terkejut.Agak berkecil hati dengan tindakannya.
Jimin memandang aku sekilas sebelum mendengus lagi." Tak okay. Takkan tak nampak" Jimin menjawab dingin. Suaranya juga lain,lebih garau dari biasa. Aku terdiam sekejap.
" Ke-ke-kenapa?" Aku bertanya lembut. Cuba mengusir rasa kecil hati dengan perangai dinginnya terhadapku.
" Tak payah tahu" Sekali lagi soalanku dijawab dingin.Aku mengeluh perlahan. Tanganku dilipat kedada, badanku dirapatkan ke pintu, mataku memandang keluar kereta.
"Hyemi nak percepatkan perkahwinan oppa dengan dia" Mungkin perasan yang aku berjauh hati, Jimin menjawab pertanyaanku dengan suara yang lembut.Aku memandang Jimin sekilas sebelum memandang ke luar kembali.
"Kenapa oppa tak suka sangat Hyemi? Mirae tengok dia baik je"
Aku bertanya lembut. Mataku masih lagi memandang keluar."Dia menyusahkan." Ringkas sahaja jawapan Jimin.
Aku hanya mendiamkan diri.Mataku menangkap kedai makanan yang paling aku suka pergi.
Aku tersenyum lebar. " Oppa nak pergi kedai tu" Aku berkata teruja. Aku masih lagi kenyang, tapi sengaja membeli makanan untuk makan malam nanti.
Jimin mendengus kuat. Pedal minyak ditekan lebih kuat. Stereng dipulas kasar. Dia memarkir kereta dihadapan kedai yang aku tunjuk tadi.
"Keluarlah! Nak sangat pergi sini kan? Keluar! Kau ni sama je, menyusahkan" Jimin menjerit marah. Aku terkejut. Cepat-cepat aku membuka pintu lalu keluar dari kereta. aku tutup je pintu kereta, Jimin terus menekan pedal minyak
tinggalkan aku,sorang-sorang dekat sini. Jalan ni asing bagi aku. Serius! Walaupun kedai ni kedai kegemaran aku, biasanya aku datang dengan Taehyung atau appa!
Aku meramas rambutku. Fikiranku kusut. Aku rasa sedih, marah, kecewa, sebak semua bercampur aduk.
Aku melangkah perlahan memasuki kedai itu.
🔪🔪🔪
Jimin's POV
Bodoh
Apa aku buat tadi?! erghh.
kau bodoh jimin,bodoh. Kau tahu dia macam mana bila tertekan tapi kau sakitkan dia. nice,really nice.
Aku menyerabutkan rambut. Aku memberhentikan kereta di tepi jalan. Enjin dimatikan.
Aku mendengus. Kepalaku dihantukkan pada stereng.
Semua ni salah hyemi.Aku benci dia!
Erghhh mesti Mirae marahkan aku. Ni semua salah hyemi !
Dia licik,terlalu licik sampaikan mak aku boleh terpedaya.
Tolonglah! she's a b*tch! Macam mana mama boleh terpedaya? erghhh.
Dia bekas kekasih aku. Dia curang. Aku benci dia.
Dia permainkan aku. Kenapa dia masih hidup? kenapa tak mati je?
Tolonglah, dia tak layak hidup.
ⓕⓛⓐⓢⓗⓑⓐⓒⓚ
"what ...... is.... happening?" Aku bertanya sambil memegang kepalaku.
"Jimin,listen. He's nobody to-"
"Stop! Dahlah lee hyemi! Stop!"
"No, ni semua salah faham.Oppa please listen to me-"
Aku menggeleng kepalaku berulang kali,tak percaya dengan apa yang terjadi sekarang.
Dia memegang lenganku meminta simpati."Jangan sentuh aku sial!" Aku menjerit agak kuat. Mataku memandang tajam matanya yang berair meminta simpati. Aku tergelak sinis.
wow! she just kissed other guy ,and she freaking tell me 'ni semua salah faham' . She's unbelievable!
" I hate you" Aku herkata sambil tersenyum sinis.
Hyemi menangis.
fake
you're fake.
i hate you lee hyemi
"we are over" itu kata-kata terakhir aku sebelum berlalu pergi.
I don't know why,but I feel happy. Really happy. macam beban aku dah hilang.
ya hyemi membebankan.
ⓔⓝⓓ
Aku mengeluh berat. Entah apa yang dia buat dekat mak aku sampai mak aku suka sangat dia pun tak tahulah.
Aku kembali menghidupkan enjin kereta. Pedal minyak ditekan. Aku nak betulkan semua ni. Aku tak nak Mirae marah dengan aku. Aku sayang dia.
♤♤♤
short chapter erghh sorry
YOU ARE READING
Without You ◆pjm◆ ||Completed||
FanfictionTanpa awak, mustahil saya boleh tersenyum. Tanpa awak, mana mungkin saya dapat mengharungi masalah keluarga saya . Tanpa awak, mungkin saya dimasukkan ke hospital sakit jiwa akibat tekanan melampau. Tanpa awak, mungkin tiada lagi Kim Mirae di dunia...