#Chapter 28#

221 20 7
                                    

JIMIN's POV

Dua minggu kemudian...

Dia jatuh terduduk. Tubuh kaku Mirae direnungnya. Setitik demi setitik air matanya jatuh ke atas tubuh kaku Mirae yang masih diperiksa oleh paramedik disitu.

Aku...terlambat. Akhirnya dia teresak-esak menangis ditepi badan kaku Mirae. Tubuhnya dibaringkan diatas lantai selepas mereka membuka ikatan dikaki, tangan dan perut Mirae.  Mereka menjumpainya diikat diatas sebuah kerusi dengan beberapa wayar dicucuk di lengan dan kakinya. Jimin tak dapat bayangkan betapa teruknya Mirae diseksa disitu.

Dia tak tahu apa yang dia perlu rasa. Marah? Sedih? Kecewa? Semuanya sudah bercampur. Yang paling ketara ialah sedih. Dia betul-betul tak dapat bendung lagi rasa ni. Dia rasa kehilangan, kehilangan yang amat besar.

Dari pada duduk melutut, dia mulai duduk bersila. Paramedik yang memangku kepala Mirae dari tadi dia minta untuk dia pula yang memangkunya kali ini.

Dengan susah payah dia duduk dan memangku kepalanya.

"Sampai hati Mirae" dia menelan liur payah. Susah untuk terima kenyataan bahawa Mirae sudah tiada. Kim Mirae, cinta hatinya sudah tiada.

"Kenapa tinggalkan oppa? " dia menyoal sebak. Rambut serabut Mirae dikuak kebelakang untuk melihat wajah Mirae dengan lebih jelas.

Muka Mirae pucat. Sangat pucat. Bibirnya pula pucat dan merekah.  Pipinya ade kesan tamparan.

Jimin memejam matanya.

Kalaulah dia datang awal haritu...

Kalaulah dia tak lupa pasal Mirae.

Kalaulah..

Kalaulah...

Jimin mengetap bibir apabila dia teringat sesuatu. Kepala Mirae diletakkan berhati-hati di atas lantai. Lantas dia berdiri mencari manusia yang menaikkan anginnya.

Kalaulah dia tak percayakan Jungkook

Tanpa menghiraukan orang ramai disitu , dia menjerit nama Jungkook. Dia tak sangka Jungkook seorang pembelot.

Apabila dia ternampak Jungkook dihujung bilik dengan tangan digari, dia berlari kesitu. Dia tak hirau lagi tentang omma Mirae dan lelaki asing itu disitu. Kolar baju lelaki itu dicengkam.

"Bodoh!" Dia cuba sedaya upaya menahan dirinya daripada memebelasah Jungkook. Dia takkan belasah Jungkook depan polis, cari nahas tu.

Jungkook cuma terdiam. Dia mengaku dia rasa bersalah. Badan kaku Mirae dihujung sana dia pandang lama. Maafkan cikgu.

Dia kembali memandang Jimin. "Maaf aku terpaksa" perlahan dia meminta maaf.

Jimin mendengus. Dia melepaskan kolar baju Jungkook. Tak guna dia marah-marah, bukannya Mirae dia datang balik. Rambutnya diraup kasar.

Dia rasa marah tapi tak tahu marah pada siapa. Dia menarik nafas dalam. Kalau terlalu ikutkan perasaan marah nanti dia sendiri akan menyesal.

Dia menjeling Jungkook buat kali terakhir sebelum berlalu keluar tempat usang itu. Jimin sendiri tak tahu apa nama tempat itu. Macam rumah tapi bila masuk dalam macam gudang. Yang pasti tiada sesiapa tinggal didalamnya.

Dari pintu tempat itu Jimin sudah nampak ibunya sedang berdiri dengan muka tidak beriak manakala Hyemi sudah berbolak-balik dihadapan kereta sambil menggigit jari. Dia tak sanggup masuk. Takut kalau-kalau jangkaannya yang Mirae sudah tiada itu betul.

Jimin tersenyum hambar. Kalau Hyemi pun dah macam ni cemasnya, dia apa lagi? Cuma dia tak nak tunjuk. Dia tak nak risaukan orang lain pula.

Melihatkan Jimin berjalan mendekati mereka , Hyemi berhenti bergerak. Matanya terkelip-kelip cuba meminta jawapan dari Jimin. Puan Park juga memerhari Jimin. Dia tak kenal Mirae tapi berdasarkan cerita Hyemi tadi, dia tidam sukakan Hyemi. Dah tahu hak orang nak rapat lagi buat apa? Dia rasa Miraelah penyebab Jimin sudah tidak sukakan Hyemi, orang yang dirasanya paling sesuai dengan anaknya. Tapi nak marah, Jimin terlalu sayang Mirae. Lagipun ini kali pertama dia berjumpa Mirae.

Mata Hyemi berair apabila Jimin menggeleng lemah. "Kita......lambat" katanya lemah. Wajah Hyemi yang sudah memerah langsung tidak dipandangnya . Sebaliknya tanah yang dipijaknya kosong dan kotor itu juga menarik perhatiannya. Dia tak mahu orang tahu yang dia sedang menangis.

Kenapa satu-satunya orang yang faham aku, tinggalkan aku? Takdir begitu kejam.

🔪🔪🔪

Semua bukti-bukti yang diletakkan dalam fail berasingan tentang kesalahan Puan Kim yang Jungkook sengaja sorokkan ditempat ini sudah dijumpai polis. Mereka terkejut apabila mengetahui belang sebenar Puan Kim atau nama asalnya Jung Jiyeon. Tak sangka muka baik yang diatayang setiap kali berucap dimana-mana majlis hanyalah penipuan semata.

Lagi mereka terkejut apabila menjumpai video rakaman Puan Kim menekup muka suaminya yang koma dihospital. Dari fail-fail itu juga mereka dapat tahu yang pihak hospital yang menjaga bahagian keselamatan dibilik CCTV diugut supaya tidak memberitahu sesiapa tentang perkara itu. Paling mengejutkan, bekas banduan mereka yang sudah dihukum gantung, sebenarnya tidak bersalah!

Sebagai anggota polis, mereka berasa sangat teruk. Mudahnya mereka tertipu dengan permainan Jung Jiyeon dan abangnya Jung Jaewon. Jung Jaewonlah pengedar dadah terbesar Korea yang sudah lama dijejaki polis tapi dia terlalu pandai menyorok.

Tiada siapa menyangka, isteri Kim Sejun, orang ternama Korea rupanya penjenayah licik! Abangnya juga rupa-rupanya penjenayah. Pihak polis mula mengesyaki Jungyoung, adik bongsu mereka pula.

Jungkook dari jauh tersenyum puas. Puas dia melihat muka terkejut anggota-anggota polis disitu. Selama ini mereka dibutakan oleh pangkat yang Jiyeon pegang, sekarang semuanya sudah terbongkar. Dia tak hiraukan lagi pandangan memanah dari Jiyeon dan Jaewon kepadanya, yang penting kebenaran sudah terungkai.

Matanya beralih pada Mirae yang masih diperiksa paramedik. Rasa bersalah mula menerpa.

Maafkan cikgu.

Dia terpaksa buat begini, demi kebahagian Mirae sendiri

The End








ACAH JEEEE

SEBENARNYA BANYAK LAGI TAU ;) SO TUNGGULAH YAAAA

P/S: kita tengok apa akan jadi dekat Jimin bila Mirae dah takde. Dia bunuh diri juga atau teruskan hidup dengan Hyemi agaknya?

Without You ◆pjm◆ ||Completed||Where stories live. Discover now