#Chapter 27#

217 21 0
                                    

AUTHOR's POV

"Tembak je! Kan senang, bang ,mati terus" Si abang memberi cadangan. Dia serabut sebenarnya. Tak faham yang adik dia ni nak bunuh Mirae ke tak? Kalau tak biar dia jelah yang buat!

"Mana boleh! Sakitlah dia nanti" Puan Kim cepat-cepat menggeleng. Cukuplah dia seksa Mirae selama ni  dia tak nak seksa Mirae lagi dah.

"Mati mana yang tak sakit?" Si lelaki mulai berang.

Puan Kim menikus. Abangnya memang seram bila marah , dan dia rasa berganda takutnya sebab dia dah curahkan minyak ke api kemarahan abangnya.  Tapi masalahnya, dia tak sanggup! Taehyung dah mati, Mirae je harta terpenting dia sekarang.

Tak dia tipu, dia lagi pentingkan wang. Kalau tak macam mana dia boleh setuju dengan rancangan penculikan Mirae ni? Jungkook yang dari tadi berdiri dipintu bilik itu menjulingkan mata.

Lelaki separuh abad itu mendengus. Kusut kepalanya melihat adiknya sekarang.

"Ehem" Jungkook berdehem perlahan, menarik perhatian kedua-dua beradik itu. "Saya ada cara" dia berkata perlahan.

"Apa?" Kasar suara si abang berbunyi. Dia kurang percaya pada Jungkook sebenarnya tapi dia tiada bukti untuk singkirkan Jungkook dari senarai orang yang boleh diharap adiknya.

Jungkook menarik nafas dalam sebelum meletakkan sesuatu diatas meja dihadapan dua orang teratasnya. Dengan jelas dia mula menerangkan fungsi bahan tersebut.

Dalam diam, dia berdoa rancangannya dengan seseorang  itu berjaya.

🔪🔪🔪

Mirae sekali lagi cuba menahan tangisnya. Beginikah hidupnya akan berakhir? Di tangan ibunya sendiri? Tragik .

Dia mengeluh. Tadi Jungkook datang suap roti dengan air lagi tapi kalini dia berlembut sedikit, tak berkasar macam selalu.

Mirae mula teringatkan Jimin. Macam mana Jimin agaknya? Ingat lagikah Jimin padanya? Ataupun sudah bahagia bersama Hyemi. Mirae tersenyum kelat. Dia perlu terima kenyataan yang Jimin takkan pernah jadi miliknya. Tiba-tiba dia harap dia mati sekarang. Sudah-sudahlah dia menganggu hubungan Jimin dengan Hyemi selama ini. Dia rasa teruk sangat.

Teringatkan lelaki tua yang masuk ke memeriksanya tadi dia mula tertanya-tanya. Ayah Hyemi ke tu? Bapa saudaranya? Kenapa ibunya tak pernah beritahu pun pasal bapa saudaranya tu?

Banyak mana lagi rahsia omma?

Sedar tak sedar, banyak rahsia ibunya yang tersimpan kukuh. Banyak yang sudah dia ketahui tapi nampaknya banyak lagi yang tersorok dari pengetahuannya.

Bunyi pintu dibuka mematikan lamunan Mirae. Terkebil-kebil dia memandang tiga manusia yang baru keluar dari bilik kecil itu. Pelik, bilik didalam bilik? Tapi Mirae abaikan sahaja, mungkin ini markas ibunya dan...emmm..pakciknya? Mirae sendiri kurang pasti.

Mata Mirae jatuh pada Jungkook yang menayang muka kosong;tak berperasaan. Kalau biasanya Mirae boleh mengesan perasaan seseorang  melalui mata, dia tak dapat berbuat demikian pada Jungkook. Mata Jungkook terlalu kosong. Apa yang dia fikir agaknya?

Lama dia dan Jungkook berpandangan. Dia cuba mencari maksud tersembunyi disebalik pandangan kosong Jungkook. Tak tahu kenapa tapi dia rasa ada benda yang Jungkook sorokkan dari dia.

Jungkook memandang kelain selepas beberapa saat bertentang mata dengan Mirae. Dia mengikut langkah kedua-dua ketuanya yang sudah bergerak keluar bilik.

🔪🔪🔪

Jimin mengusutkan rambutnya. Matanya terpejam dek cuba untuk menahan marah. Marah pada diri sendiri.

Kalaulah aku tak lambat haritu.

Kalaulah aku datang awal ambil
dia haritu 

"ARGHH!" Fail-fail diatas meja ditolak ketepi sehingga jatuh.

Bodoh betul sape yang culik dia.

Jimin dah buat laporan polis. Masuk hari ini sudah 4 hari Mirae hilang dan polis masih lagi tak beri Jimin sebarang berita yang positif.

Dia mendengus. Punggungnya dihempas kasar pada kerusi kerja sebelum dia duduk menyandar. Kepalanya dipicit-picit geram.

Telefonnya tiba-tiba berdering. Cepat-cepat dia mencapai telefonnya dan melihat nama pemanggil. Mana tahu polis itu sudah jumpa sesuatu yang boleh membantu mereka mencari Mirae.

Tapi dia hampa. Dengusan kuat sekali lagi dilepaskan melihatkan nama Hyemi terpampang di skrin. Nak tak  nak dia jawab juga.

Hyemi pon sama-sama risau dengan kehilangan Mirae. Pelik juga dia kenapa Puan Kim langsung tak beritahu dia pasal ni. Puan Kim dah  mengesyaki dia ke?

"Ada apa-apa berita?"

"Takde" Jimin menjawab lemah.

Hyemi mengetap bibir. Dia mengaku dia bencikan Mirae dulu tapi sekarang dia dah mula sayangkan Mirae. Hampir setiap hari Mirae mesej dia untuk beritahu apa yang Jimin suka makan, minum, pakai dan apa semualah. Macam Mirae betul-betul nak tolong dia supaya bersama dengan Jimin walaupun Jimin tak nak.

"Saya risaulah"

"Aku pon"

Kedua-dua mereka terdiam. Jimin sebab dia tak nak cakap lama-lama dengan Hyemi, Hyemi pula sebab dia mulai rasa canggung dengan Jimin. Janggal yang amat.

Beberapa saat kedua mereka mendiamkan diri, Jimin menamatkan talian. Buat apa lama-lama kalau takde apa nak cakap?

Dia mengurut kepalanya, cuba memikirkan kemungkinan dimana Mirae berada.

Mirae mana awak?

Saya rindu awak

🔪🔪🔪

Sorrrrrrrry!

Lama gila tak update huhu






Without You ◆pjm◆ ||Completed||Where stories live. Discover now