#Chapter 36#

230 17 3
                                    

"Lepas tu macam ni?"

"Yup. Kalau nak tukar, tekan dekat sini je"

"Situ je?"

"Iya!"

"Ooooo" panjang bunyi 'o' Mirae. Terangguk-angguk dia cuba melakukan balik apa yang diajar bapa saudaranya tadi. Laju jari-jemarinya berlari diatas papan kekunci. Jimin pula dari tadi sibuk mengelap habuk-habuk didalam bilik itu dengan bulu ayam. Dia bukan tak nak ajar Mirae, tapi dia tak berapa minat kerja-kerja pejabat walaupun dia sendiri bekerja di pejabat. Nak buat macam mana, sayang ayah punya pasal.

Kalau diberi pilihan, Jimin mahu menjadi pensyarah. Dia betul-betul berminat mahu menjadi pensyarah. Sejak dari umurnya 14 tahun lagi dia sudah memilih bidang apa yang mahu dia ambil tapi semuanya musnah apabila ibu bapanya menyuruh dia menggendalikan syarikat keluarga mereka. Dari situlah Jimin terpaksa mengubah fikirannya.

Namun entah kenapa Jimin tidak kecewa. Baginya walaupun tidak dapat mencapai cita-citanya, sekurang-kurangnya hidupnya terjamin. Dia tahu walau seteruk mana pun dia dalam pembelajaran  dia tetap akan bekerja dibawah ayahnya. Lain sekali dengan orang seumurnya yang masih berpenat lelah mencari kerja yang sesuai dengan kelulusan mereka.

Mata Jimin yang tadinya ralit mencari debu-debu untuk disapu terpandang beberapa bingkai gambar pelbagai saiz yang disorokkan di atas rak pada bahagian paling hujung sekali dalam keadaan terbalik. Keningnya bercantum. Dia terus mencapai bingkai itu.

Kerutannya mengendur seraya senyuman kecil terlukis dibibirnya. Tiga bingkai yang berbeza itu dibelek satu persatu. Suka dia melihat gambar keluarga Mirae. Keempat-empat mereka berada di dalam gambar-gambar itu.

Jimin mengelus gambar Taehyung. Tiba-tiba dia diserang rasa rindu. Dia dan Taehyung sangat rapat sampai satu tahap orang ingat mereka gay. Walaupun Jimin terpaksa belajar diluar negara, hubungannya dengan Taehyyng tetap akrab. Jarak jauh antara mereka bagaikan sebesar satu langkah sahaja. Setiap hari pasti salah seorang akan menelefon. Ada sahaja cerita dan rahsia yang mahu dikongsi sehinggalah dua bulan Taehyung menyepi. Jimin telefon, tak diangkat. Jadi dia meminta kebenaran ibu bapanya untuk menyambung pembelajarannya di korea pula. Ya, dia risaukan Taehyung sampai sanggup merayu kepada kedua-dua ibu bapanya untuk pulang semula ke tanah air.

Berbeza dengan adiknya Jihyun, Jimin ditawarkan untuk belajar di sana. Semua perbelanjaan ditanggung kecuali makan minum dan beberapa keperluan lain. Jihyun pula pergi dengan arahan ibu bapa mereka jadi kosnya lebih tinggi. Sebab itulah mereka agak keberatan untuk membiarkan Jimin kembali ke sini. Bukan calang-calang orang dapat terpilih untuk pergi ke sana.

Jimin mengeluh kecil. Dia meletakkan bingkai itu ke atas sofa namun baru sahaja dia mahu menyambung menyapu habuk disitu, dia ternampak dua lagi bingkai gambar yang besar di celah-celah antara sofa dengan dinding. Laju sahaja Jimin menarik kedua-dua bingkai itu lalu dipusingkan.

Betullah tekaan Jimin. Gambar ini juga gambar-gambar keluarga Mirae. Jimin memandang Mirae. Gadis itu masih sibuk dihadapan komputernya. Jungyoung juga sama, sibuk mengajar Mirae satu persatu fungsi-fungsi yabg terdapat didalam komputer itu.

Tidak mahu menganggu dua beranak itu, dia meletakkan bingkai-bingkai besar itu bersama-sama dengan bingkai-bingkai kecil tadi. Nanti-nantilah dia tunjukkan pada Mirae. Dia sambung mengemas sedikit lagi bilik itu.

Namun baru sahaja dia mengangkat bulu ayam itu, telefonnya berbunyi. Dahi Jimin berkerut. Dia mengeluarkan telefonnya sebelum melihat nama pemanggil.

Without You ◆pjm◆ ||Completed||Where stories live. Discover now