Jongin tersenyum. "Ya, saya masih belum berpuas hati." dia bergerak mendekati hakim yang sibuk membelek bahan-bahan bukti itu.
"Jiyeon, boleh saya tahu dimana bahan bukti ini dijumpai?" Jongin memgangkat plastik berisi pistol dan pisau ke arah Jiyeon selepas meminta dengan hormat dari Hakim.
"Dalam rumah mangsa lah,mana lagi?" Jiyeon menjawab malas. Lengannya disilangkan kedada. Geram pula dia dengan pendakwa raya muda dihadapannya ini.
"Rumah mangsa yang mana satu?"
"Rumah Baek Daehyun dan Kang Leesun."
Jongin tersenyum senget. Perangkapnya mengena. "Kenapa pistol dan pisau ini ditinggalkan disitu?"
"Sebab Taehyung bodoh."
Mirae menggigit bibir. Jawapan sambalewa dari ibunya betul-betul menggelegakkan hatinya. Sudahlah abangnya difitnah, dicop bodoh pula oleh ibu sendiri! Tapi untuk tidak menganggu suasana yang sedang hangat ini, dia diamkan diri sahaja. Karang dia pula yang kena masuk dalam penjara. Wuish mintak jauh.
"Baiklah, yang mana satu dijumpai di rumah Baek Daehyun dan yang mana satu dia rumah Kang Leesun?" Soalan perangkap dikeluarkan lagi.
Sehun sekali lagi secara mengejut berdiri. "Manalah dia tahu kalau bukan dia yang buat! Lagipun hasil siasatan polis—" namun bekum sempat mempertahankan Jung Jiyeon, bicaranya dipotong.
"Maaf, tapi yang arif saya mahu bertanya kepada Jiyeon seorang. Saya hanya mahu jawapan dari dia sahaja" sambil berkata begitu, matanya tajam memanah kearah Sehun yang sekali lagi berdiri dimejanya. "Peguam bela, duduk"
Sehun menahan dirinya dari mencarut. Mahu sahaja dia keluarkan kata-kata kesat kepada Jongin. Dia tahu Jongin sengaja menyoal begitu untuk memerangkap Jiyeon. Dia pun tak sangka Jiyeon sebodoh itu untuk menjawab semua soalan Jongin dengan jujur.
"Saya ulang soalan saya, yang mana satu dijumpai di rumah Baek Darhyun dan yang mana satu di rumah Kang Leesun?" Soalannya diulang lantang. Wajah Jiyeon yang mulai berubah takut dipandangnya dengan senyuman lebar. Mungkin wanita itu baru dapat menangkap soalan Jongin yang jelas ingin memerangkapnya.
"M-mana saya tahu"
"Baiklah" Jongin mengangguk-angguk. "Dimana awak pada hari kejadian?"
Jiyeon terdiam. Terkebil-kebil dia merenung muka Jongin. "Mana saya ingat, setahun lepas kut. Saya tidur mungkin?" Kepalanya digaru. Kalini dia betul-betul jujur. Manalah dia ingat dia berada di mana pada masa itu. "Lagipun bukan sekaligus budak tu merompak. Dia pergi satu rumah setiap malam. Lagilah saya tak ingat saya dekat mana masa tu"
Jongin mengerutkan kening. "Ya tak ya juga" paket pistol diangkatnya "berdasarkan apa yang saya tanya polis semalam, Taehyung guna benda jni untuk merompak di rumah Kang Daehyun. Betulkah?"
"Bukan, dia guna pistol dekat rumah Kang Leesun" Jiyeon menjawab. Sekejap matanya membulat mendengar jawapannya sendiri. Terus bibir bawahnya digigit.
Si Pendakwa raya memberi reaksi terkejut yang dibuat-buat. "Oh, jinjja? My bad. Tapi macam mana awak tahu ya?"
"Dia tahulah. Pihak polis ada memaklumkan pada dia semasa Taehyung ditangkap" Si peguam bela bangun membela kliennya sekali lagi. Kalini dia betul-betul tidak boleh duduk. Sinar kemenangan memang jauh sekali dari gapaiannya, tapi biarlah sekurang-kurangnya dia cuba buat yang terbaik.
"Oh ya? Bukankah maklumat sebegini sewajarnya dirahsiakan? Atau Jung Jiyeon membayar polis lagi?" Muka paling innoncent ditayangnya untuk memprovok pihak lawannya.
Kalini Sehun terdiam. Ya maklumat ini sememangnya dirahsiakan polis dari orang awam. Hanya orang atasan sahaja yang mengetahui hal ini. Sehun sendiri terpaksa merayu untuk mendapatkan maklumat-maklumat lengkap ini untuk dijadikan modalnya di mahkamah nanti.
YOU ARE READING
Without You ◆pjm◆ ||Completed||
FanficTanpa awak, mustahil saya boleh tersenyum. Tanpa awak, mana mungkin saya dapat mengharungi masalah keluarga saya . Tanpa awak, mungkin saya dimasukkan ke hospital sakit jiwa akibat tekanan melampau. Tanpa awak, mungkin tiada lagi Kim Mirae di dunia...