#Chapter 16#

234 16 0
                                    

Btw kan rumah Jimin tu apartment ok? Aii lupa dah cakap ke belum yang rumah dia apartment

MIRAE's POV

Appa dah selamat dikebumikan. (I know korean tak tanam mayat kan? Tapi kita anggap dia tanam je hoho)

Aku duduk melutut diddepan kubur appa. Terasa separuh nyawaku sudah hilang. Omma awal-awal lagi dah cabut lari, sakit kepala katanya. Nampak benar tipunya.

Tak seperti kebanyakan kisah didalam novel, harini cerah, sangat cerah bagaikan dunia betul-betul tak mahu memahami aku; tak sedar dengan kewujudan aku.

"Mirae jom balik" suara lembut seseorang dibelakangku membuatkan aku menyeka air mata aku. Aku berpaling dan mengangguk. Perlahan-lahan dia bantu aku untuk berdiri.

"Tch oppa memang tak sedar diri ya? Dah nak kahwin tapi still menggatal dengan perempuan lain?" suara yang asing bagi aku 'menegur' dari belakang.

Kedengaran Jimin mengeluh sebelum dia pusing badan kami menghadap perempuan itu. Aku hanya terdiam. Appa baru pergi,takkan bala datang lagi?

"Hyemi, ni bukan masa yang baik untuk kita gaduh. Kau sedar tak kita kat mana sekarang?" Jimin menyoal dengan nada rendah tapi dingin.

"Kesah apa. Ingat eh oppa, you're going to be mine jadi tak perlulah cari perempuan lain lagi. Cukuplah saya sorang je yang dapat awak. " kata Hyemi sinis.

Aku diam. Sejujurnya aku takde mood untuk apa-apa sekarang. Kalau boleh nak tidur, biar bangun nanti aku tahu semua ni mimpi. Walaupun semuanya realiti.

"Hyemi, balik sekarang. Kita dekat tanah perkuburan ni, jangan bangang sangat boleh tak?" tangan Jimin dibahu aku bergetar, mungkin menahan rasa marahnya.

Hyemi tersenyum sinis. "Saya bangang? Awak tu yang bengap. Dah jadi tunang orang pon still peluk-peluk perempuan lain. Tak malu ke?"

Aku mengeluh. "Apa akak nak sebenarnya?" aku akhirnya mengangkat muka memandangnya.

"Sape kakak kau?"

"Maaf, Cik nak apa sebenarnya? Hidup dia, biar dia lah nak drngan sape. Cik paksa mak dia buat dia terima cik, tak nampak macam desperate sangat ke? Tak malu ke jadi macam perigi cari timba?" akhirnya aku meletus. Jujurlah, aku marah tapi terlalu penat untuk marah jadi aku cuma keluarkan ayat pedas-yang-tak-berapa-nak-pedas je.

Dia terdiam. Bibirnya digigit dan matanya dilarikan memandang tempat lain yang pastinya bukan kami.

"Ak-aku bukan desperatelah! Ka-kau yang rampas dia dari aku!"

Eh minah ni main putar belit cerita pulak

Aku mengeluh lagi dan menarik lengan Jimin ke luar tanah perkuburan.

"Nak pergi mana? Kita tak habis lagilah! Tunggu!" hyemi menjerit.

Aku abaikan dia dan tarik Jimin lebih laju kekereta. Sampai dikereta aku terus lepaskan tangan dia dan masuk dalam kereta. Dia juga cepat-cepat ketempat pemandu. Enjin dihidupkan dan keretanya mula bergerak meninggalkan tanah perkuburan.

Sepanjang perjalanan aku cuma diam. Aku rasa macam-macam sekarang- sedih, kecewa, marah, rindu sampai aku tak tahu nak bereaksi bagaimana. Muka aku betul-betul macam orang takde perasaan. Nampak lifeless.

Sampai dibangunan apartment rumah Jimin, kami sama-sama menaiki lif ke tingkat 5. Sebaik sahaja pintu lif terbuka, aku berjalan meninggalkan dia. Aku betul-betul perlukan rehat.

Petang tadi, semasa melawat Taehyung,pihak hospital telefon. Diorang cakap appa dah takde. Degupan jantung appa hilang secara mengejut padahal selama ni stabil je.

Aku ingat lagi tadi,muka cemas Taehyung melihat aku menangis.
"Ke-kenapa Mirae?!"

"Oppa .. Appa dah takde!"

"Hah?!"

Untuk pertama kalinya sepanjang dia dipenjarakan aku nampak dia menangis. Aku minta dari salah seorang polis(?) untuk bagi Taehyung keluar sekejap je tapi hampa. Dorang tak bagi Taehyung keluar.

Mesti Taehyung lagi sedih kan?

Aku mengeluh.

Oppa, Mirae rindu oppa.

Aku sendiri tak sedar yang aju sudah berada didalam bilik aku. Jauh sangat aku berangan sampai aku jalan kemana pon dah tak tahu.

Punggung aku dilabuhkan diatas katil. Muka aku diraup perlahan.

Aku ingatkan appa akan bangun balik,

selamatkan Taehyung oppa,

gagalkan rancangan omma

tapi nampaknya tak akan jadi.

Wae?

"Mirae..." Suara lembut seseorang mematikan lamunan aku. Aku mendongak.

Jimin tersenyum dan menghulurkan salah satu mug ditangannya kepada aku. Aku menyambut sambil berterima kasih dengan nada berbisik.

Jimin duduk disebelah aku. Bahu aku dipeluk dari tepi. "Sabar ye sayang?"

Aku merehatkan kepala aku diatas bahunya sambil memejam mata.

"Oppa" aku memanggil

"Ye" tangannya mula naik membelai rambut aku.

"Teman Mirae tidur malam ni boleh?" Aku bertanya sambil membuka mata.

Dia nampak terkejut pada mulanya. Yelah haritu aku yang beria tak nak tidur dengan dia harini aku ajak tidur sekali pulak.

Bibirnya mula menarik senyuman manis, menghadirkan rasa berdebar dalam hati aku.

"Boleh je."

Dagu aku dicuit dan bibirnya didaratkan diatas bibir aku. Aku kembali memejamkan mata dan mula melilit tangan aku dilehernya.

Saranghae Park Jimin-ah

🔪🔪🔪

Without You ◆pjm◆ ||Completed||Where stories live. Discover now