#Chapter 43#

174 10 6
                                    

"Mirae!"

Hampir terlompat Mirae akibat terlalu terkejut. Refleks dia memandang ke arah pintunya yang terbuka luas . Dadanya yang berdegup laju diurut-urut. Kus semangat. Melihat lelaki yang memanggilnya tadi cemas, Mirae tertanya-tanya sendiri.

Jimin cepat-cepat kembali menutup pintu. Mirae punya PA pun pakcik Jungyoung je, senang dia nak jumpa Mirae.

"Awat oppa ni? Haih terkejut orang tahu?" Dia menjeling sekilas Jimin.

"Mirae berhenti belajar dah?" Soal Jimin terus. Soalan Mirae dibiarkan tak berjawab. Soalan dia lagi penting!

"Oh oppa dah tahu? Macam mana?" Soal Mirae selamba. Memang pagi tadi dia dan Pakcik Jungyoung sudah selesai menguruskan hal universitinya. Guru private tutor tu pun dah jumpa. Nasib baik jadualnya selepas ini fleksibel, senanglah dia nak buat 2 kerja dalam satu masa.

Jimin berdiri kaku disitu. Tersentak sekejap dengann jawapan Mirae. Jadi memang gadis itu sudah merancang tidak mahu beritahu dia ke? Rasa macam diri tak penting pula.

"Oppa pergi kampus Mirae tadi. Terserempak dengan Nara. Dia cakap Mirae dah berhenti, awak tahu tahu ke? Oppa pun terkejutlah sebab tu oppa datang sini" tanpa sedar, nada suara Jimin berubah sedikit sedih. Sampai hati Mirae rahsiakan perkara penting macam ni.

"....sampai hati Mirae tak bagitau oppa.." Katanya lagi dengan nada perlahan, lebih sedih dari tadi. Bibir bawahnya digigit.

Mirae yang masih duduk di kerudi kerjanya mencekak pinggang. "Ish oppa ni. Cuba cek telefon!" Dia mengarah. Apabila Jimin mula mengeluarkan telefonnya, Mirae berdiri. Dia mendekati Jimin.

"Ha! Banyak kali tau Mirae call oppa pagi tadi. Last-last Jihyun yang angkat. Dia cakap oppa tidur lagi."

Mendengar penerangan Mirae, dia tersengih malu. Pelipisnya digaru. Kenapa dia tak dengar pun telefon dia berdering tadi ek? Pukul 10 pulak tu Mirae call. Kalau pukul 7 boleh tahan juga dia tak jawab.

"Dia bangun lambat salahkan kita pulak", Mirae mengeherotkan bibirnya lalu kembali ke meja kerja. Jimin mengekorinya di belakang.

"Hihi sorry"

Jimin berdiri disebelah Mirae. Tangan kanannya diletakkan di atas meja kerja Mirae manakala tangan kiringa di belakang kerusi Mirae.

"Oppa dah breakfast ?" Soal Mirae sengaja ingin memerli Jimin. Dia tahu Jimin baru bangun. Sekarang dah pukul dua dah pun, patutnya lunch.

Jimin berdecit perlahan. "Dah. Hyemi masak" tanpa sedar, dia memberitahu.

Terhenti pergerakan Mirae. Dia mendongak memandang Jimin sekilas. "Oh" hanya itu balasan Mirae. Perlahan sahaja suaranya.

Jimin menelan air liur apabila menyedari kesilapannya tadi. Dia tak berniat pun nak bagitau cuma dia rasa emm excited? Excited bila dia tahu yang Hyemi sebenarnya suka masak. Memang dia suka memasak, bukan untuk ambil hati Jimin dengan omma Jimin aje. Mula-mula Jimin tak percaya jugak tapi bila tengok betapa cekapnya Hyemi memasak, barulah dia percaya.

Mirae terus menghadap timbunan kerjanya. Riak mukanay dibuat biasa, seolah-olah dia tak rasa apa-apa tentang tadi. Tapi Jimin tahu, gadis itu sedang cuba menyembunyikan lukanya.

"Mirae.." Jimin memanggil lembut. Pergelangan tangan Mirae yang dari tadi sibuk menulis dipegang lembut. Dia tahu Mirae pantang betul orang langgar tangan dia masa menulis jadi sebab itu dia pegang lembut-lembut. Tangannya yang berada di belakang kerusi Mirae memusing kerusi itu supaya menghadapnya. Tak susah sebab memang kerusi di pejabat Mirae boleh pusing 360° .

Anak mata Mirae cuba dicari dengan mata meredup. Pen ditangan Mirae dirampas perlahan lalu diletakkan di atas meja. Dia mahu Mirae menumpukan 100% perhatian kepadanya.

Without You ◆pjm◆ ||Completed||Where stories live. Discover now