#Chapter 35#

237 18 8
                                    

Jung Jiyeon, isteri kepada Kim Sejun dipenjara

Tajuk besar didalam surat khabar itu ditenungnya penuh minat. Akhirnya perempuan tua itu diberi pembalasan yang setimpal! Terus dia membelek kemuka surat yang dinyatakan.

Tersenyum dia membaca artikel yang ditulis itu. Nampaknya bukti yang dijumpai bapa angkatnya hari itu memang betul. Setelah diselidik sendiri oleh pihak mahkamah, bukti menunjukkan bahawa Jiyeon sendiri yang pergi merompak bersama dua orang suruhannya. Jelas terdapat cap jari Jiyeon pada 60% daripada bukti yang dijumpai.

Dia sendiri terkejut. Tidak sangka wanita itu sanggup berbuat begitu. Hanya kerana wang, sanggup dia berbuat begitu. Ya Jiyeon diugut, tapi perlukah sampai sanggup membunuh?

"Amboi sukanya dia" suara seseorang yang sangat dia kenali membuatkan dia menoleh.

"Oh kai." Dia mempersilakan Jongin duduk dihadapannya. "Terima kasih sanggup tolong aku" bahu rakannya itu ditepuk dua kali. Walaupun Jongin tua 8 tahun daripadanya, hubungan mereka tetap mesra.

"Meh ,memang kerja aku" Jongin menarik kerusi dihadapan kawannya lalu melabuhkan punggung. Kemudian wajah lelaki dihadalannya direnung "dia dah takde, bila kau nak munculkan diri balik?" Wajah Jung Jiyeon yang terpampang didalam surat ditunjuk dengan muncungan sambil dia membetulkan kedudukannya pada kerusinya.

"Entahlah" lambat-lambat lelaki itu menjawab. Wajah Mirae yang turut terpampang disitu diusapnya perlahan. "Aku rindu dia"

"Kalau macam tu jumpalah dia"

Lelaki itu menggeleng sambil tersenyum kecil. Dia tak mahu memunculkan dirinya lagi. Biarlah dia menolong Kim Mirae dari jauh sahaja. Lagipun, dia takut dengan reaksi semua orang nanti. Bagaimana penerimaan semua orang terhadapnya nanti?

"Dua minggu depan Jimin dah nak kahwin"Jongin mengeluarkan kenyataan tentang anak saudaranya. Jari telunjuknya diketuk-ketuk diatas meja. "Mirae perlukan kau"

"Belum lagi Jongin, belum lagi"

♟♟

Ruang tamu rumah Mirae kini meriah dengan kehadiran daripada ahli keluarganya dan juga beberapa ahli keluarga Jimin. Hyemi dan ibunya, Lee Taera juga hadir ke majlis ini. Semua mereka menyambut kejatuhan Jung Jiyeon dan Jung Jaewon. Rupa-rupanya, sudah lama mereka berdua gilakan harta sebegini. Sebab itu jugalah Lee Taera meninggalkan Jung Jaewon, lelaki itu terlalu tamakkan harta sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai suami.

"Tahniah" Puan Park Misun tersenyum mesra seraya memeluk tubuh gadis itu. Mirae yang baru terperasan kehadiran Ibu Jimin terkejut. "Aah.. Thank you auntie" dia membalas. Belakang wanita separuh abad itu digosok-gosoknya kekok.

"Mirae, auntie suka Mirae tapi maaf, auntie rasa Hyemi lagi sesuai untuk Jimin" kata Misun sebaik sahaja melonggarkan pelukan mereka. Wajah gadis muda itu dipandangnya sesal. Ya, dia sukakan gadis itu tetapi baginya Mirae terlalu muda untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri, masih muda untuk bercinta dengan Jimin yang nyata 5 tahun lebih tua.

Mirae hanya tersenyum kecil. Dia menganggukkan kepala sambil memandang kakinya. "Saya tahu auntie, sekarang saya tengah nak pujuk dia untuk terima Hyemi unnie balik"

Hati Puan Park tersentuh. Tak sangka wujud lagi orang sebegini sekarang. Dia sangkakan Mirae akan membuat muka tegang tapi lain benar telahannya dari reaksi sebenar Mirae. Sekali lagi dia memeluk Mirae. "Kalau Mirae tak keberatan, jadi anak angkat auntie?"

Without You ◆pjm◆ ||Completed||Where stories live. Discover now