Kim Taehyung didakwa melakukan rompakan ke atas beberapa buah rumah . Dia juga turut membunuh beberapa orang mangsa yang....
Keratan akhbar dari empat bulan lepas masih elok tersimpan di dalam laci meja belajar aku.
Semua ni berlaku terlalu pantas. Selepas appa accident dan disahkan koma, semua ni berlaku.
Aku dah penat. Penat menangis dengan semua masalah ni. Penat nak menghadap orang yang pentingkan diri.
appa, kenapa appa tinggalkan Mirae dan Taehyung oppa?
Aku mengeluh.
"Sampai bila kau nak duduk kat sini hah?! Aku panggil kau buat tak tahu je ye?! Aku kata pergi masak kan?. Bodoh"
Aku menunduk sebelum bangun lalu menuju ke dapur.
Omma dah hilang. Mana Omma Mirae? Kenapa Omma buat Mirae macam ni? Kenapa Omma berubah lepas appa koma?
Aku membuka peti sejuk, mencari sesuatu yang boleh dimasak. Tiada. Yang ada hanyalah susu segar dan chocolate diary milk.
Aku mengambil Jaket lalu disarung ke tubuh kecilku.
"Omma, Mirae nak keluar beli barang" Aku memandang wajah omma dengan wajah kosong. Rasa sayang sudah hilang semenjak 4 bulan lepas.
Omma hanya mengangguk sambil membuat gaya menghalau menggunakan tangannya. Matanya langsung tak terkalih dari skrin phonenya.
__________________________
Aku mengambil sepeket daging kisar lalu dimasukkan kedalam troli. Aku ingin memasak spagheti(?) malam ni. Barang lain turut aku beli. Sedang aku berjalan ke bahagian junk food, troli bahagian hadapanku terlanggar seseorang. Nasib aku tak bawa troli laju-laju .
Aku membantu namja yang terjatuh tadi supaya berdiri semula.
"sorry. Sorry sangat sangat. Saya mengelamun tadi . Tak perasan ada orang lalu kat depan. Sorry"
Namja yang aku langgar tadi hanya tersenyum. Dia kelihatan agak terkejut melihat wajahku. Dia mengerutkan kening seperti berfikir sesuatu.
"awak ni..... adik Kim Taehyung?"
Inilah permulaan semuanya
÷÷÷÷÷÷÷÷
Annyeong^^ . So yeah new fanfic ehehehheee. Sorry kalau ada part yang confused ke apa . Well biasalah prolog kan 😂 . jangan marah author naa? mungkin fanfix ni short jaa ;-; . Saya nak completekan I'm Their Neighbour?! secepat mungkin loll . oklag
YOU ARE READING
Without You ◆pjm◆ ||Completed||
FanficTanpa awak, mustahil saya boleh tersenyum. Tanpa awak, mana mungkin saya dapat mengharungi masalah keluarga saya . Tanpa awak, mungkin saya dimasukkan ke hospital sakit jiwa akibat tekanan melampau. Tanpa awak, mungkin tiada lagi Kim Mirae di dunia...