#Chapter 38#

189 15 4
                                    

"Mirae nak pergi kelas ke esok?"

"Nak"

"Lepas tu office pun nak pergi jugak?"

"Haah"

Jimin mengeluh. Mirae yang khusyuk membuat kerjanya ditenung tidak puas hati. Apa gila Mirae ni semua dia nak pergi? Elok aje tiga hari ini gadis itu bergilir ; sehari pergi pejabat keesokannya pergi kelas tapi entah kenapa Mirae meroyan nak pergi dua-dua esok.

"Serius?"

"Iya. Dah oppa pergi tidur sana esok nak jadi driver Mirae" dengan muka yang langsung tidak terkalih dari buku, Mirae membuat gaya menghalau dengan tangan.

"Hamboi" Jimin bercekak pinggang. "Mirae 'driver'kan oppa?" dia mendekati Mirae lalu kerusi gadis itu ditarik sedikit supaya Mirae dapat melihatnya.

Mirae tergelak kecil. Dia mencuit pinggang Jimin, membuatkan lelaki itu terjerit kecil, lalu bersuara. "Apa salahnya. Dua tiga hari ni kan oppa jadi tukang hantar ambik Mirae." dia tergelak lagi.

Jimin mendengus. Kata-kata Mirae diabaikan. Matanya ditalakan ke arah kertas-kertas di atas meja Mirae. "Banyak lagi ke?" bibirnya dijuihkan ke arah kertas-kertas itu.

"Tak banyak sangat. Yang ni prof nak minggu depan tapi Mirae ingat nak at least siapkan 20% dulu malam ni. Dah lama dah Mirae tangguh kerja ni, menyesal pulak" dia mengeluh di akhir kata. Kerusinya kembali dipusingkan sebelum dia menyambung kerjanya sebentar tadi.

"Tulah tangguh kerja lagi. Ha padanlah muka" Jimin terkekek. Dia berjalan meninggalkan Mirae untuk ke katil. Mirae berdecit perlahan. Kalau nak tolong takpe jugak ni nak menganjing pulak.

Tapi Mirae mengaku, rasa menyesal jugalah tangguh kerja lama-lama. Kenapa? Sebab kerja ni diberi 2 minggu sebelum dia kena culik dan minggu depan dah kena hantar. Tapi dia tangguh tangguh tangguh dan bam, banyak gila kerja dia. Dengan perihal syarikat yang dia baru tahu sikit-sikit, dengan Jimin yang mengada tak nak balik rumah, haih pening kepala Mirae. Jimin pun satu, nak kahwin tu buatlah cara nak kahwin. Geram pula Mirae rasa. Walaupun dia tahu Jimin akan berkahwin dengan orang lain, dia tak suka Jimin bersikap sambalewa begitu. Lagilah bakal isteri Jimin nanti ialah sepupunya. Sudahlah mereka baru berkenalan tahun ini.

Bunyi roda-roda kerusi ditarik mendekatinya membuatkan Mirae berpaling. Jimin yang memegang dua mug air sambil menyepak-nyepak kerusi beroda itu dipandang dengan kening terjongket. "Amboi, sepak je?"

"Dah tangan penuh" selambanya. Dua mug itu diletak di atas meja sebelum dia membetulkan kerusinya lalu punggungnya dilabuhkan disitu. "Jangan perasan eh, oppa nak teman je tak nak tolong buat" satu mug ditolak ke arah Mirae beserta sengihan. Mirae mendengus kecil. "Ya tahu"

"Hehe"

Jimin menongkat dagunya. Wajah Mirae direnung dari tepi. Dia suka melihat gadis itu tekun membuat kerja. Nampak matang. Senyuman kecil terbit dibibirnya. Rambut Mirae yang diikat tocang dimain-mainkan dicelah jarinya. Mirae hanya membiarkan.

Kemudian barulah Jimin teringat sesuatu. "Eh sayang" panggilnya. Mirae berpaling sebelum mengangkat kedua-dua keningnya. "Bila nak cek mata?" soalnya.

Kening Mirse bercantum sekejap sebelum gadis itu mengangkat bahu. "Entah. Mirae sibuklah minggu ni. Nanti ada masa Mirae pergilah" balasnya malas. Kepala yang tidak gatal digaru-garu sebelum kembali membuat kerjanya. Bukan apa, dia mengantuk jadi tak gatal pun rasa nak garu.

Semalam Mirae ada mengadu yang dia pening-pening dan kalau ada tulisan yang berada agak jauh, dia nampak kabur-kabur. Jimin ingat nak bawa Mirae cek mata harini tapi gadis itu sibuk pula-silap, gadis itu sibuk lagi.

Without You ◆pjm◆ ||Completed||Where stories live. Discover now