#Chapter 12#

262 17 2
                                    

Kakinya melangkah satu persatu mendaki anak tangga. Keadaan sunyi dia rumah agam itu membuatkan setiap langkahnya menghasilkan gema,menambahkan suasana seram di dalam rumah itu. Wanita itu menelan air liurnya payah. Rasa takut betul-betul menguasainya.

Sampai di tingkat dua, dia berhenti seketika untuk menarik nafas. Jantung dia betul-betuk berdegup laju sampaikan kaki dia menggeletar.

Dia meneruskan perjalanan dikoridor yang suram itu. Lampu tidak dipasang, langsir juga ditutup.

Bilik hujung sekali yang mempunyai pintu paling besar dia aras ini didekati. Dua kali ketukan, bunyi "masuk" dari dalam bilik kedengaran. Dengan berat, tombol pintu itu dipilas dan dibuka perlahan-lahan. Bunyi pintu yang agak uzur itu menghasilkan satu lahi gema yang boleh buat bulu roma terus tegak berdiri.

Wanita itu sekali lagi menarik nafas berat. Langkahnya perlahan mendekati lelaki lingkungan separuh abad yang tenang membaca surat khabar sambil mensisip air tehnya. Sebaik ternampak wanita itu, terus dia berdiri dan mempersilakan wanita itu duduk sambil tersenyum senget.

"Kau datang jugak hmm?" Dia bertanya sekadar untuk berbasa-basi,tapi kedengaran sangat sinis. Bagaikan ada maksud di sebalik muka tenangnya.

"Kalau aku tak nak pun aku kena datang jugak kan?" Wanita itu menjawab berani. Hilang sekejap rasa takutnya melihat lelaki itu dalam mood baik.

Lelaki itu tergelak besar,sinis sungguh bunyinya. "Right! Kalau kau tak datang, aku akan buat kau datang jugak" dia tersenyum sinis.

Wanita itu, Puan Kim atau nama penuhnya Kim Miyun membalas senyuman sinis lelaki itu. " kau nak apa weh? Dahlah kacau aku, aku dah penat." Miyun mengeluh.

"Penat? Wow ni bukan Kim Miyun yang aku kenal" sekali lagi dia tergelak sinis. Dia mula bangkit, meletakkan kedua-dua tangannya dibelakang sebelum berjalan ke tingkap bilik itu.

"Jangan cakap macam kau kenal aku" Miyun meramas jari-jemarinya. Risau juga dia melihat perubahan mood si dia.

"Aku kenal kau Kim Miyun. I know you well , very very well "

Miyun meneguk air liurnya payah. Suara lelaki itu begitu menyeramkan. Dia mula berjalan kearah Miyun dengan perlahan.

"Kita membesar sama-sama dari kecik. Aku tua tiga tahun dari kau. Dah berabad kita rapat, kau rasa aku masih lagi tak kenal kau?" Suaranya mengejek, membuatkan rasa marah pula muncul dihati Miyun. Tapi dia hanya diamkan diri.

"Omma dan appa pernah cakap, kita adik beradik yang paling rapat antara kita lima beradik." Dia menyambung sambil mula melangkah perlahan-lahan mengelilingi Miyun.

"Aku kenak kau sangat-sangat , dik, sangat-sangat kenal kau. " dia berhenti dibelakang Miyun dan menunduk untuk berbisik di tepi telinga adiknya.

"Kau sanggup buat apa sahaja untuk duit. Kau sayang keluarga kau sekarang? Huh bullshit" dia tegakkan badan dan meneruskan langkahnya mengelilingi Miyun.

Miyun menggenggam tangannya. "Tak aku betul betul sayang dorang!" Dia membidas.

Si abang tergelak sinis. " baru sekarang nak sayang? Sedarlah weh lepas apa yang kau dah buat, kau ingat dorang boleh terima kau lagi?" Dia cuba merasuk fikiran Miyun.

Miyun bagaikan tersedar. Lepas apa yang dia buat, layakkah dia dimaafkan? Layakkah dia diterima semula dalam keluarga tu?

"Takde sape akan maafkan kau. Apa yang kau buat sangat teruk. Kalau kau berhenti sekarang, apa yang kau dapat? Semua orang akan tinggalkan kau. Kau sorang-sorang."

"Tapi..."

Miyun menanti penuh debar.

"...kalau kau teruskan, kau akan dapat semua harta dorang. Antara dapat semua dengan tak dapat papr, mana kau pilih?"

Minda Miyun mula berfikir. Ada betulnya juga apa yang diberitahu abangnya. Jika dia berhenti, sudah pasti dia akan ditendang dari keluarga tapi jika diteruskan, sekurang-kurangnya dia boleh hidup mewah.

Dia mula berbelah bahagi. Sementara hati si abang melonjak gembira. Dia tahu kelemahana adiknya. Baru cakap sikit dah tumbang. Lembik . Bisik hatinya.

Keputusan telah dibuat. Miyun sudah bertekad

"Aku akan teruskan rancangan kita"

🔪🔪🔪

Sedang sibuk aku menulis, meja aku diketuk beberapa kali. Aku mendongak

"Balik nanti ada kelas tambahan. Takde bantahan." Cikgu Jeon bersuara dingin. Dia berlalu ke meja guru, meninggalkan aku terpinga-pinga. Satu kelas mula memandang aku.

Aku angkat bahu. Biarlah kelas tambahan je tak mati pon. Aku menyambung membuat latihan yang Cikgu Jeon bagi.

Tapi bila fikir balik, kenapa aku sorang je ada kelas tambahan?

Hmm pelik ni

Author's POV

'Jangan gagalkan rancangan kami'

Jungkook mula berdebar-debar memandang mesej itu. Dia memandang sekeliling. Dia mula tak senang duduk.

Dia sengaja kenakan kelas tambahan untuk Mirae. Dia diarahkan untuk membiarkan Mirae kene langgar dengan salah seorang orang upahan mereka. Dia perlu sedaya upaya buat Mirae berdiri di tengah jalan tepat pukul 3.00 . Dia tak nak. Dia tak sanggup. Jadi dia ambil keputusan untuk membuat kelas tambahan untuk Mirae sahaja

Tepat pukul tiga, Jungkook melangkah kembali ke kelas untuk so-called kelas tambahannya dengan Mirae. Kelihatan Mirae seorang diri, as expected, buat kerja sekolah. Jungkook mengetuk pintu dua kali untuk menarik perhatian Mirae sebelum melangkah masuk. Mirae mendongak dan terus berdiri.

"Emm selamat teng-tengahari cikgu" Dia tergagap sedikit.

Jungkook tersenyum. Dia membuat isyarat duduk dengan tangan. "Buat kerja sendiri ya?"

Mirae terkebil-kebil. Buat kerja sendiri? "Dahtu kenapa cikgu buat kelas tambahan ni kat saya? Dahlah saya sorang je?" Dia menggaru sedikir kepala dia sebelum duduk.

"Saje, nak pastikan keselamatan awak" Jungkook menjawab selamba. Dia menarik kerusi di depan Mirae dan memusing kerusi itu menghada anak muridnya sebelum melabuhkan punggungnya disitu.

Sekali lagi Mirae terkebil-kebil. Tapi dia abaikan dan sambung buat latihannya tadi.

Jungkook merenung Mirae. Dia mengukirkan senyuman kecil melihat kecomelan Mirae

"Sorry" hampir berbisik Jungkook bersuara.

"Kenapa?" Mirae mendongak lagi.

Jungkook tergelak kecil. Dia menggosok kepala Mirae sebelum bangun menuju ke meja guru. "Awak akan tahu nanti"

Mirae mengerutkan dahi. Pelik tapi sekali lagi dia abaikan. Malas nak fikir sangat.

"Balik pukul tiga setengah tau?"

"Ok"

Jungkook meninjau-ninjau kawasan luar sekolah melalui tingkap. Dia tersenyum menang

🔪🔪🔪

Ayoow 😂 lama tak update, sorry

Hewhew kalau nak update cepat mohon vote dan komen. Kalau tak lagi lambat aii update hehe

Byee

Without You ◆pjm◆ ||Completed||Where stories live. Discover now