#Chapter 42#

177 17 0
                                    

"Amendelah dia ni" Mirae menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tergelak kecil. Telefonnya dipandang ceria. Ade sahaja cara Jimin untuk menceriakan harinya. Telefon bimbit diletakkan ditepi kepalanya yang sedang berbaring di atas bantal.

Jam dinding dijeling sekilas. Mahu tidur, dia belum mengantuk. Nak kacau Jimin, lelaki itu awal-awal lagi kata dia nak tidur. Mirae memuncungkan bibirnya. Dia tidak minat sangat main game tapi ade satu game didalam telefonnya. Itu pun dimuat turun oleh Jimin.

Dia bergolek kearah kanan. Kini dia sedang meniarap di atas katil. Aplikasi game itu dia buka. Dia pernah main sekali je sebenarnya, tu pun sebab Jimin suruh. Lepas tu dia tak nak main dah sebab Jimin asyik gelakkan dia. Asyik kalah je memanjang, memang teruklah kena gelak dengan lelaki tu.

Tanpa sedar, Mirae mula leka dalam permainan tersebut. Best jugak ek? , getusnya didalam hati. Baru dia mula mahir dalam selok belok permainan tersebut, telefonnya tiba-tiba terpadam. Mirae ternganga.

"What?!" Jeritnya tak puas hati. Telefon bimbitnya dibaling kesebelah lalu jatuh ke atas karpet gebu disebelah katilnya. Geram betul dia. Tadi rasanya bateri dia banyak lagi. Dia mula bertekad untuk membuang aplikasi itu. Tak naklah guna aplikasi yang cepat habiskan bateri.

Bosan, Mirae mula memikirkan perkara yang boleh dia buat. Dia memandang jam dindingnya lagi.

"Esok kerja. Tidur tidur" katanya sendirian. Dia mula membetulkan kedudukannya supaya berada di dalam comforter dengan selesa. Telefonnya yang satu lagi dia ambil lalu mengunci jam loceng di dalam telefon itu.

Mirae mendengus apabila lampu biliknya masih menyala. Malasnya nak bangun! Haih nak tak nak kenalah dia turun dari katil juga. Comforternya ditendang-tendang. Kakinya kemudian diseret ke pintu bilik memandangkan suis terdapat disitu.

Telinganya tiba-tiba menangkap bunyi bising dari bawah. Dahi Mirae berkerut. Pakciknya belum tidur lagi ke? Dia memulas tombol pintu sambil tangannya yang sebelah lagi menutup suis lampu dan kipas. Kalau pakciknya belum tidur, bolehlah dia pergi menempel sekejap sampai dia rasa mengantuk.

Perlahan-lahan dia menuruni anak tangga. Dari situ, dia mengintai sikit. Kang bukan Pakcik Jungyoung kang naya. Apabila memastikan yang memang pakciknya yang menonton bola dari tadi, dia melajukan langkah.

"Pakcik!" Tegurnya riang. Pakcik Jungyoung yang tersengguk-sengguk dari tadi terus segar bugar matanya. Mirae yang tersengih dipandang dengan wajah terkejut. Terkebil-kebil dia memandang anak saudaranya sambil mengurut dada. Terperanjat dia tadi. Ade ke budak ini main sergah aje dia?

Mirae terkekek. Dia kemudiannya melabuhkan punggungnya disebelah Pakcik Jungyoung. Remote TV diambil lalu siaran ditukar. Pakcik Jungyoung yang baru tersedar dari mamai menepuk kuat bahu Mirae.

"Ish dia ni! Ade ke main sergah macam tu?" Marahnya. Dia menenyeh sedikit matanya sebelum menggeliat. "Pukul berapa dah ni?"

Mirae tidak menjawab. Sebaliknya dia memandang jam dinding di ruang tamu itu. Jungyoung turut memandang ke arah itu.

"Woish dah pukul 1 ni. Esok kerja. Tidur tidur"

Baru Jungyoung mahu berdiri dan menuju ke biliknya, Mirae memanggil. "Pakcik!" . Jungyoung menoleh . Keningnya diangkat.

"Nak tanya sikit boleh?" Pinta Mirae. Dia menepuk sedikit tempat disebelahmya untuk mengarahkan Jungyoung duduk di situ.

"Sikit je ek" , macam dia tak kenal anak saudaranya seorang ni. Sekali tanya macam keretapi tak putus-putus soalannya.

"Pakcik dah lama kenal Hyemi unnie?" Soalnya terus, tanpa ada mukadimah atau apa-apa ajelah. Dia memang dah lama nak tanya tapi entah halangan apa sampai dia asyik terlupa.

Without You ◆pjm◆ ||Completed||Where stories live. Discover now