#Chapter 45#

199 14 0
                                    

"Pergi mana tu?"

"Jumpa pompuan tulah, mana lagi?"

Jimin yang baru ingin membuka pintu rumah terhenti gerakannya. Dia kaku disitu, mendengar adik-adik dan ibunya berbual tentangnya. Mereka tahu dia dengar, dia juga tahu mereka sedar hal itu.

Memang disengajakan. Memang mereka mahu memerli Jimin. Memang mereka nak Jimin sedar apa yang dia buat sekarang salah.

"Tak sedar ke esok dia nak kahwin?"

"Haih omma pun tak faham, dik. Abang kau tu tak reti-reti. Cakap omma tak pernah nak dengar"

Suara Jaemi dan ibunya kedengaran lagi. Tangan Jimin di tombol pintu jatuh ke sisinya. Kepalanya ditundukkan.

"Omma, satu ni je omma, please bagi satu kali ni je. Saya janji lepas ni akan ikut semua kata omma" lembut tapi kuat dia bersuara. Memandangkan jarak antara dia dengan mereka bertiga agak jauh.

Dia berpaling ke belakang. Memandang ibunya yang sibuk menonton TV. Namun pandangannya dibalas tajam.

"Maksud Jimin, nak batalkan perkahwinan tu?"

Pantas Jimin mengangguk. Itu yang dia mahukan. Sejak dia dan Hyemi bertunang lagi. Sudah hampir dua tahun, tapi dia masih mahukan perkahwinan itu dibatalkan.

"GILA KE APA?!"

Jimin tersentak. Seisi rumah juga terdiam. Sehinggakan, Tuan Park yang membuat kerja di bilik kerjanya juga membuka sedikit pintu. Kepala lelaki itu dijengahkan ke luar.

"Kenapa, yang?" soalnya pada isterinya. Kuat betul wanita itu bertempik tadi. Dia yang duduk dalam bilik bertutup ni pun boleh dengar dengan jelas.

"Anak sulung abang ni ha, buat hal!" adu Puan Park. Tapi matanya masih setia memanah ke arah Jimin yang mulai menundukkan kepalanya takut.
"Buat hal?" Tuan Park keluar dari bilik kerjanya.

"Dia nak batalkan wedding dia esok, appa" Jaemi menyampuk. Dia yang memang tak suka cara Jimin layan Hyemi makin mengapi-apikan keadaan.

Kepala lelaki tua itu tergeleng-geleng. Anak sulungnya dipandang lembut. "Jimin, jangan buat kerja gila. Esok tau, esok. Kalau tahun-tahun lepas cakap macam tu boleh tahan lagi"

Puan Park terkedu. Dia lantas menundukkan kepalanya. Hanya dia yang tahu tentang Jimin ingin batalkan perkahwinan ini sejak lama dahulu. Orang lain hanya tahu Jimin dipaksa. Puan Park lah yang selama ini berkeras supaya tidak membatalkan pertunangan. Ayat suaminya membuatkan dia berasa serba-salah pula.

Memang Jimin sudah lama mahu batalkan majlis esok, tapi dia yang berkeras.

"Entah. Gila apa harini baru nak mintak batalkan" Jihyun turut menyampuk. Bahu adik perempuannya disenggol sedikit, meminta gadis itu berkata sesuatu.

"Kalau lama-lama dulu ok lah jugak kan?" sokong Jaemi.

"Ni tak. Lepas duit semua habis, baru fikir nak batal" marah Jihyun lagi.

"Hyemi unnie dah baik kut. Apa lagi dia nak pun tak tahulah" Jaemi menyambung lagi.

Jimin pula hanya terdiam. Dia malas nak pertahankan diri sendiri. Akhirnya, dia juga yang salah.

Without You ◆pjm◆ ||Completed||Where stories live. Discover now