Zara berjalan beriringan bersama Zahero Daniel atau nama gelarannya Mamat terjah yang di beri oleh Zara. Senyap. Tiada satu suara pun kedengaran. Hanya derapan kasut menjadi peneman. Kenapa dia harus berjalan dengan si singa? Kenapa dia tidak berjalan bersama si kucing sahaja? Entah. Kusut dia memikirkan masaalah dia sekarang. Nak kata benci tapi si dia selalu menjadi penyelamat. Nak kata sayang tapi perangai nya MasyaAlllah... Lagi bengis dari sang harimau.
Aku buntu. Kenapa dia selalu menjadi penyelamatku di waktu aku kesusahan?
Aku memberhentikan langkahku. Dengan pantas, dia juga memberhentikan langkahnya dan terus memandangku pelik.
"Kenapa kau berhenti?" Soalnya seraya menjongkitkan kening tebal miliknya.
Satu saat..dua saat.. Tiga saat. Mulut ku terkunci. Patutlah jadi kegilaan para pelajar perempuan. Hansem juga rupanya.
'Hansem? Eee Zara please jangan kata ayat tu. Ingat Zara, muka dia tak ada beza dengan tapak kasut kau.'
Kerana sifat Ego ku yang menggunung, aku menafikan fakta yang semenangnya betul.
"Kenapa tenung aku macam tu? Aku tahu lah aku hansem." Ujarnya.
"Eishh mana ada!" Nafiku.
"Bila kita boleh jalan ni? Aku dah rindu masakkan mama." soalnya dengan muka berkerut.
Aku tersengih. Agak- agaknya berapa minit kitaorang jadi tiang elektrik? Mungkin 10 minit atau 5 minit. Entah. Aku sendiri pening memikirkannya.
"Hero.. Awak tak terkesan ke dengan fitnah tu?" soalku.
"Lah, ada orang ke sebelah aku ni? Ingatkan aku jalan dengan bayang bayang je." perlinya.
Tanganku pantas mencubit lengannya yang berlapik. Kurang asam tahi kucing betul! Suka main main kan aku.
"Adoi adoi! Sakitlah ketam!" Adunya.
"Dah, awak yang main main kan saya tadi." Aku melepaskan cubitanku dan terus berpeluk tubuh. Tanda tidak puas hati.
"Ala lek lah. Aku tak terkesan pun dengan semua tu." jawabnya.
Aku terdiam. Fikiranku ligat memikirkan perkara ini.
"Kau kenapa? Asyik termenung je. Kau fikirkan masaalah tadi ke?" soalnya prihatin.
"Eh Tak lah". Aku terus menafikan perkara yang sememangnya tepat. Malas mengkusutkan kepala si dia dan juga kepala sendiri.
"Habis?"
"Tak ada apa apa."
"Baik kau cakap. Sebelum aku.." ugut Zahero Daniel.
"Sebelum apa? Awak nak tumbuk saya? Tumbuk lah!"
Uishh beraninya kau Zara. Bravo!Bravo! Ceh. Acah je. Belum sempat kau lari, dia dah smack down kau. Huhu.
Kring kring. Seorang pak cik penjual ais krim sedang memusing Taman perumahan Town Villa dengan motosikalnya. Senyuman mula terukir di bibirku. Wahh! Cuaca panas macam ni, kalau makan ais krim sedap juga!
"Apa senyum senyum?" Soal Hero.
"Awak! Belanja saya ais krim boleh?" kataku seraya memberi senyuman termanis buatnya.
"Tak! Kalau kau nak, kau pergi beli sendiri." Hero berkata lalu menggeleng
"Kedekut!"
"Siapa yang kedekut sekarang, kau ke aku?" soalnya.
"Awak!"
"Kau lah! Kau ada kaki, ada tangan kan? Tak cacat lagi kan? So pergi je lah! Kalau dah pemalas tu pemalas je lah!" marahnya.
"Kalau dah kedekut tu kedekut je lah!" Zara memuncungkan bibirnya. Aku ganti ah nanti. Bukan tak ganti! Diam! Dan jangan cakap sepatah pun dengan dia.
"Zara! Hoi kau dah pekak ke?" Hero masih dengan baki kemarahannya.
Krik krik krik
Hero melepaskan keluhan berat. Sempat juga dia beristifar di dalam hati supaya hatinya menjadi sejuk semula. Ok. Hero! Minta maaf itu je. Biarlah orang kata Zahero Daniel, jejaka idaman malaya tunduk dengan Zara Arisya yang kuat tidur ni.
"Alahai kau ni. Sentap je kerja. Dah lah, kau nak ais krim apa?" soalnya mendatar.
Senyap.
"Ye ye, aku belanja. Kau nak ais krim apa?"
"Wah!! Ye ke? Saya nak ais krim vanilla campur yam campur durian. Tu je" mata Zara mula bercahaya.
"Ish! Badan je keding tapi makannya ya Allah mengalahkan ahli sumo!" Hero menggelengkan kepala lalu tergelak kecil.
"Hey!" Zara memukul bahu Hero dengan buku di tangannya.
"Hahaha. Dah kau tunggu sini, aku belikan." katanya lembut. Ciss hilang kejantanan. Hehe.
************************
Ting tong. Loceng kedengaran. Pantas sahaja seorang wanita dalam lingkungan 40-an keluar dari rumah agam itu. Untuk membuka pintu."Assalamualikum ibu!" sergah Zara apabila ternampak susuk tubuh orang tersayang.
"Assalamualikum auntie." Hero berkata lembut.
"Waalaikumussalam. Terima kasih ye Hero, sebab teman Zara pergi dan balik sekolah."
"Itsokay auntie. Hero dah biasa dengan si kuat tidur ni." Hero tersengih.
'Cis sempat jugak nak sakat aku. Apa dia ingat dia sorang je ke, lelaki 'terbaik' dalam dunia ni? Sorry ye cik abang, berlambak lagi lelaki dekat luar sana tu yang lagi hebat dari awak.' Zara menjeling. Meluat tahu tak, meluat?
"Terima kasih ye Cik singa and bye bye" Zara melangkah masuk ke dalam rumah dengan bahagianya.
" Sorry ye Hero. Zara tu memang macam tu. Manja sikit."
"Tak apa. Manja manja lah bagus auntie. Ok lah. Hero balik dulu. Bye" Hero mencium tangan tua milik Puan Airen.
Senyuman di hadiahkan sebagai tanda terima kasih.
Assalamualaikum readers sekalian, Sorry sebab part ni agak huru hara sikit hehe. Sorry jugak kalau ada kesalahan typo or sebagainya. Vote and comment. Tq :)
YOU ARE READING
Mr Poyo, Miss Happiness
Lãng mạn❤ Bercinta pun tidak apantah lagi di suruh berkahwin. Berkahwin di waktu usia 18 tahun? Kahwin muda? Tidak pernah terlintas walaupun sesaat hendak berkahwin muda. ❤ Cinta boleh di pupuk. Bercinta selepas nikah kan lebih indah? Itu kata mereka. Teta...