Jiran Sebelah?

440 61 0
                                    

Jauh mana pun kau,
Kalau dah jodoh,
Tak kemana juga

*******************************

Jam di dinding, menunjukkan jam 8:00 pagi. Suasana di ruang makan Dato Zahiri, hanya di temani bunyi sudu dan garfu. Senyuman terukir apabila memandang wajah anak kesayangannya.

"Why pa?" satu soalan tercetus apabila Zara tersedar akan renungan Dato Zahiri.

"Zara,kamu ok ke?" soalnya.

Hanya senyuman dan anggukan di berikan. Entah kenapa hari ini, dia tiada mood untuk bercakap.

"Ehem,ehem" satu suara berdehem sebelum menyambung ayatnya.

"Zara, nanti ikut ibu pergi rumah jiran sebelah ye?" 

"Rumah sebelah? For what?"

"Jiran kita ni, kawan baik ibu dengan papa. Mereka tidak kenal  kamu lagi. Jadi ini lah masanya kita mengeratkan hubungan silaturrahim. Memandangkan hari ini kamu cuti. " terang puan Arien panjang lebar

Zara tercengang seketika. Nak, tak nak dia terpaksa pergi juga. Perasaan malas mula bertandang. Hari ini, aktiviti yang patut dia lakukan adalah

Tidur.

******************************
Zara ralit melilit shawl berwarna hitam di kepalanya. Sesekali dia menjeling ke arah ibunya. 'Siapakah jiran sebelahnya? Kenapa aku tak pernah kenal?' aih soalan bodoh apa kau tanya ni Zara? Dah tentulah hari ni, kau nak kenal jiran kau grr.'

"Dah siap?"

Satu soalan di tujukan kepada Zara.

"Dah bu." jawabnya ringkas.

*******************************

Puan Arien dan Zara melangkah masuk ke perkerangan rumah agam yang sama bentuk dengan rumah mereka. Rumah banglo di town villa adalah rumah yang jenis club house. Jadi, tidak mustahil jika seni binaan banglo-banglo di sini adalah dalam bentuk yang sama.

"Asaalamualikum Airen, jemput masuk" Pelawa isteri kepada tuan rumah.

"Waalaikumussalam Aleeya. Terima kasih ye" ucap ibu dengan bibir menunjukkan segaris senyuman.

Aku mencium tangan isteri kepada tuan rumah yang aku tidak tahu namanya.

"Airen. Kau tak nak kenal kan dekat aku ke,siapa budak comel ni?" soalnya.

"Oh, ini anak aku. Zara Airsya." ibu tersenyum.

"Lah ye ke?Dah besar dah. Dulu kecik je auntie tengok. Makin cantik pulak tu." puji auntie Aleeya.

"Zara. Ni lah auntie Aleeya yang ibu selalu cakap tu." ibu tersenyum melihatku yang sedang menahan malu apabila di puji.

'Haish kerja ibu asyik senyum je. Mana tak awek muda.' desis hati Zara."Hai, auntie" aku cuba beramah mesra dengannya.

"Hai Zara" jawabnya seraya tersenyum.

"Minum lah dulu, auntie nak panggil anak auntie kejap!" pelawa Auntie Aleeya, selepas seorang bibik menghidangkan empat gelas orange juice di hadapan kami.

Mr Poyo, Miss HappinessWhere stories live. Discover now