Rahsia terbongkar ii?

391 44 6
                                    

Seperti selalu, Zara akan membuat lawatan ke tandas. Well, orang perempuan ofcourse nak nampak cantik dan kemas. Yang paling penting tudung tu! Kena tegak betul-betul tak nak senget walau seinci pun.

Cermin amat di perlukan apabila hal ini berlaku. Jadi ke mana kita hendak mendapatkan barang ini? Pastinya di tandas. Lain lah kalau kelas author, cermin sudah  siap pasang di pintu belakang. Even just cermin plastik. Asalkan boleh nampak muka, ok lah kan? Tetapi kalau ada cermin di dalam kelas pun menyusahkan jugak, semua asyik nak pergi situ je. Pikir handsome or cantik lah? Ceh author pun sama. Tak payah sembang lebih -_- Dan kalau pergi tandas ofcourse nak berdua. Tak gitu kaum hawa?

Ok balik ke jalan asal yang lurus lagi tegak. Bukan sama ke?

"Hey look perempuan murahan lah..." Syakira menyilangkan tangan di dadanya. Dan sempat juga dia menjeling kasar.

"Nak apa? Kitaorang tak ada masa ni nak layan kau" Teha memegang erat tangan Zara. Kalau ikut kan hati mahu sahaja dia sumbat kepala Syakira dalam lubang jamban lepastu flash. Fuhh aman dunia ni tanpa kau di sisiku. Acececeh..

"Just nak jumpa je... Tak boleh ke?" Syakira bermain dengan hujung tudung Zara. Tudung jangan main eh...

"Aku just nak cakap.. Jangan rapat dengan Hero.. Because he's mine!"

Mine? Hahhaha in your dreams only ok? Ni ha Mine yang sebenarnya. Halal lagi.. Kau hado? Setakat acah boleh pergi masjid lah.. Buat solat sunat taubat..

Mahu sahaja Zara berkata begitu namun di sebabkan rahsianya.. Dia hanya berdiam diri.

"I think he's not yours. Tak pernah-pernah pula dia bagitahu aku yang kau milik dia" Zara tersenyum sinis di hadapan gadis berambut ikal mayang itu. Aku tak pernah takut dengan perempuan macam kau.

"Or.. Ye eh? Perlu ke bagitahu kau?" Syakira berjalan setapak ke hadapan dan menolak badan kecil Zara sehingga mendorongnya kebelakang.

"Kau gila ke?" Teha bersuara lantang. Lebih lantang dari mulanya.

"Kau jangan sibuk. Ni hal aku dengan dia.. Kalau kau nak aku buat cara lembut dengan perempuan ni kau bla" Syakira memandang Teha dengan jelingan tajam.

"No. Aku takkan tinggalkan kawan aku" Teha berkata dengan nada yang marah.

"So, it sokay.. Jangan menyesal" Syakira menjengilkan biji matanya.

Teha memandang Zara di belakang. Mulut Zara terkumat kamit menyuruhnya pergi dari situ. Macam mana? Aku memang tak nak tinggalkan dia. Zara tu lembik bukannya kuat sangat.

'Panggil Hero' Teha mengangguk. Ok, ok dah faham sekarang. Lalu dengan pantas Teha melangkah pergi.

"Tahu pun takut" Syakira mengalihkan pandangannya pada Zara di hadapan.

"So kau.. Aku memang benci kau dari dulu lagi"

"So? Apa masalah aku? Ada aku kesah ke?" Zara berkata dengan beraninya.

"Jauhkan diri kau dari Hero"

"No.. Memang tak ah.. Salah ke aku nak berkawan dengan dia? Aku selesa apa.. Lagipun kitaorang tak melanggar batasan agama pun kan? Kau je nak panas apahal?!" memang lah tak langgar batasan agama sebab dah halal -_- kalau nak bercium dalam kelas pun boleh.

"You.." Syakira menolak Zara sehingga jatuh ke lantai dan kepala Zara terhentak pada pemegang tangga.

Lalu dengan perlahan semuanya kabur.

Syakira tersenyum puas seraya mencengkang muka Zara menggunakan tangannya.

"You know what.. Kau ni lembik senang nak singkirkan kau dalam dunia ni"

Mr Poyo, Miss HappinessWhere stories live. Discover now