Seperti selalu zahero daniel akan menjalankan rutin hariannya iaitu meronda kawasan SMK Bukit Cahaya. Dari pintu pagar hadapan hingga ke pintu pagar belakang di lihatnya. Setiap kali bertembung dengan pelajar junior pasti ada yang memberi senyuman manis kepadanya. Tapi seperti selalu hanya muka poyo kelihatan. Meluat yang teramat melihat mereka sebegitu. Tahu lah aku handsome. Ceh terpuji tanpa sengaja pulak.
"Hey der. Aku ganggu kau ke? Sorry." airul mula mengundur diri.
"Hey mana ada. Alang-alang kau kat sini. Jom tolong aku." Mata Hero masih tertacap pada buku laporan pengawas untuk tahun 2016.
"Hmm bagus. Aku datang je mesti tak sah kalau tak mintak tolong. Ha kau nak apa pulak sekarang." Airul membetulkan tali pinggang yang tersenget sedikit ke kiri.
"Ini ke yang di namakan sahabat? Hmm aku tahu lah aku ni siapa dalam hidup kau. Lepas ni, kau cari orang lain untuk kau melepaskan segala keperitan hidup kau." Hero berpura pura sedih.
"Halamak. Cakap sikit merajuk. Cakap sikit merajuk. Ni hormon mana pulak yang muncul ni. Tiba-tiba je jiwang pagi-pagi buta ni."
"Bla ah kau."
"Eleh. Ha,Hero ku sayang. Kau nak aku tolong apa?"
"Sorry aku bukan gay macam kau."
"Haiyaa lu punya mulut manyak langsi. Cepatlah kau nak aku suruh tolong apa?"
"Hari ni ramai guru yang pergi mesyuarat so,aku nak kau tolong angihkan semua pengawas ke kelas yang tiada guru. Satu kelas 2 orang. Aku tak nak lebih dan aku tak nak seorang. Kalau seorang nanti aku takut jadi lain." Hero berkata tegas.
"Bro. Sorry lah mencelah. Tapi hari ni ramai yang pergi kem dekat UM. Lagi-lagi pengawas. Hampir 35 orang pengawas ikut kem tersebut. So kau nak kutip siapa lagi? Kelas kita ni banyak. Bukan satu, dua. Tu,tak tambah lagi kelas tingkatan 3."
Hero mula menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Aduh teruk macam ni. "Kau agihkan dulu. Nanti aku tengok macam mana. Tapi bagi aku kelas 5 Damar and biar kelas ni aku sorang je jaga."
"Ok noted. So, Aku pergi agih dulu."
"Nak aku teman tak?"
"Tak payah. Kau pergi kelas 5 Damar terus. Nanti dah siap aku sendiri pergi kelas tu."
"Ni yang sayang ni." Hero memeluk bahu Airul selamba.
"Dah. Dah,nanti orang cop kita gay."
"Blah ah kau."
Hero berjalan meninggalkan Airul di belakang. 5 Damar itu tujuannya sekarang. Budak kelas pandai lah katakan. Opps! Dia masuk tingkatan 6 ini pun bukan sebab tak pandai but dia terpaksa mengikut kehendak ibu bapanya. 9A! Sepatutnya sekarang, aku dah ada dekat Universiti but aku redo dengan ketentuannya.
Sekolah ni pelik baginya. Ialah sepatutnya budak 18 tahun dah mula merindui pemakaian baju sekolah tapi sekolahnya masih mengekalkan tradisi memakai baju sekolah di waktu usia mereka mencecah 18 tahun dan juga 19. Ni yang istimewa ni.
Hero melangkah masuk ke kelas 5 Damar dengan tenang. Badan tegapnya berdiri betul betul di hadapan papan putih.
"Ok. Korang boleh buat kerja sendiri but senyap. Kalau boleh study lah. Spm dah nak dekat kan? Kelas pandai tunjukkan akhlak yang baik. Jangan bising. Nak buat study group boleh but jangan terlampau ramai. Siapa bising pusing padang 5 kali. Belari! Bukan berjalan." tegasnya.Dia menarik kerusi plastik lalu duduk di sebelah kerusi guru. Baginya, teramatlah biadap apabila kita duduk diatas kerusi orang yang memberi kita ilmu pengetahuan.
Senyap. Bagus. Kerja aku dah beres. Sekarang kena tulis tugasan buat pengawas pula. Aduh ni yang penat ni. Kerja ni kena dua orang. Kalau aku sorang je buat, alamatnya huru hara lah jadinya. Siapa aku nak pickup ni eh?
YOU ARE READING
Mr Poyo, Miss Happiness
Romance❤ Bercinta pun tidak apantah lagi di suruh berkahwin. Berkahwin di waktu usia 18 tahun? Kahwin muda? Tidak pernah terlintas walaupun sesaat hendak berkahwin muda. ❤ Cinta boleh di pupuk. Bercinta selepas nikah kan lebih indah? Itu kata mereka. Teta...