aturan keluarga

549 61 0
                                    

Sudah sebulan Zara menetap di Kuala Lumpur. Kota yang penuh dengan kesibukkan. Papa dan ibu kerap kali termenung. Aku semakin musykil. Kadang kadang ibu tersentak apabila aku menegurnya. Mesti ada sesuatu yang tak kena. Selama 18 tahun aku hidup di dunia ni, ibu dan papa mana pernah termenung. Kalau ada pun takkan lah setiap kali aku tegur, mereka tersentak, baru lepas termenung. Kadang kadang bila aku berbual, fikiran mereka ke arah lain. Apa sebenarnya yang berlaku? Jawapan aku akhirnya terjawab juga.

Flashback~

"Papa, ibu kenapa ni? Ada yang tak kena ke? Kenapa kerap termenung? Fikirkan sesuatu ke? Bagitahu lah Zara, jangan simpan." Zara mengusap lembut kedua tangan orang tuanya.

"Tak ada apa apa lah sayang, kami ok." balas ibu seraya mengukir senyuman.

"Tak. Ibu tipu. Kenapa?Zara ada buat salah ke? Please jangan sorokkan sesuatu daripada Zara" Rayu Zara.

"Tak ada apa..."

Belum sempat ibu menghabiskan ayatnya, Papa mencelah.

"Mungkin sudah tiba masanya, kita beritahu perkara sebenar Airen." papa mengusap bahu ibu lembut.

Ibu tidak membantah. Jika itu yang terbaik buat keluarga mereka, dia hanya menuruti.

"Papa, kena selesaikan satu kerja di London.."

"Wah ye ke?! bestnya!! Kita akan pindah London horayy!!!" zara bersorak. Serupa budak berumur 6 tahun. Kalau papa ada kerja di sana, sudah pasti kami anak beranak akan ke sana juga.

"Sabar Zara, tunggu papa habis bercakap. Papa akan pergi bersama ibu."

Riak di wajah Zara berubah serta merta. Jadi sekarang, aku kena tinggal seorang lah? Tanpa ibu dan papa di sisi? Tanpa jagaan sesiapa?. Oh no!!

"Papa tak nak bawa Zara sekali ke?" suara Zara tersekat sekat.

"Bukan papa tak nak bawa kamu sayang, kami ke sana untuk kerja bukan bercuti. Lagipun kami mahu menstabilkan ekonomi syarikat." terang Dato' Zahiri panjang lebar.

"Siapa nak jaga Zara kalau papa dan ibu pergi london? I'm alone without papa and ibu" Zara menundukkan wajahnya. Air mata mula berlindangan.

"No! Zara tak keseorangan! Kami dah jumpa penjaga yang sesuai untuk Zara." Pujuk ibu yang dari tadi berdiam diri.

"Who?!" soal Zara.

"Zahero Daniel" satu ayat sahaja telah membuatkan Zara sedikit terkejut.

"What?! Why must him pa?" soalku kembali. Berbagai persoalan sedang berlegar di fikiranku.

"Sebab dia insan yang terbaik untuk Zara. Kami kenal dia. Dia baik orangnya, walaupun kasar sedikit." Ibu memeluk bahuku erat, cuba untuk menenangkan hatiku yang gusar.

"Kalau dia bukan orangnya?" soal Zara.

"Ya, dia orangnya. Ini juga wasiat datuk kamu." Kata papa.

"Huh? Wasiat Datuk? Za..Zara tak faham." Zara mula kebingunan. Apa kena mengena datuk aku dengan Hero?

"Datuk kamu kenal Dato Arsyad Kusyairi. Sewaktu datuk kamu masih hidup, Dato Arsyad yang telah banyak membantunya dalam menstabilkan ekonomi syarikat. Zahero Daniel di lahirkan pada tahun yang sama dengan Zara. 'Hero' nama ini datuk yang berikan. Harapanya, mahu Hero menjadi Hero kepada
Zara satu hari nanti. Arsyad dan Aleeya tidak menolak. Mereka seronok. Mereka tidak terputus putus berdoa supaya kamu dan Hero bersatu. Setiap hari Hero di hantar ke rumah Tengku Zainuddin untuk bermain dengan kamu. Tetapi perpisahan telah berlaku di usia kamu mencecah 3 tahun. Kita terpaksa ke Pulau Pinang kerana Papa ada kerja di sana. Selepas perpisahan itu, kamu demam panas. Setiap hari kamu menyebut nama Hero. Kami buntu. Setelah beberapa bulan di sana, kamu mula menyesuaikan diri. Benarlah apa yang Datuk kamu harapkan, dia mahu Hero menjadi superhero kepada kamu Zara. Dan ini wasiatnya yang terakhir, terima ye sayang" terang papa panjang lebar.

Aku tercengang. Biar benar semua ni? Aku pernah demam sebab si mamat terjah tu? Dia ke lelaki yang selalu ada dalam gambar family aku? Ishh busy body betul mamat tu.

"Kamu setuju ke nak kahwin dengan Hero?" soal papa.

'Ok. Ini tak lawak. Kahwin? Kahwin dengan mamat terjah tu? Jadi ketua keluarga? Jadi imam buat aku?Aku ingat jadi penjaga je' desis hati Zara.

"Dia yang terbaik Zara." ibu tersenyum.

Kalau ibu dan papa merestui, mungkin kami akan mengecapi kebahagiaan sebab restu ke dua ibu bapa itu penting. So nak, ke tak nak? Habis siapa nak jaga aku lagi? Pak ngah? Ah, si kaki judi tu? Silap-silap aku yang di jualnya. Tinggal dengan nenek? Kesian lah pula. Nenek sudah tua. Nak tak nak aku kena juga terima. Mungkin 'bercinta lepas kahwin' lebih indah. Rasanya.

Bissmilahirahmanirahim

"Zara terima."

Senyuman di wajah mereka tersayang, sudah cukup membuatkan hati Zara tenang.
Ok, zara selamat datang ke fasa menjadi isteri termuda. 'Macam mana kau kat sana eh Hero? Hahaha mesti dah berkerut macam orang tua dek fikirkan benda alah ni' ketawa Zara di dalam hati.

Kahwin? Sekejap je kan. Tiba-tiba kena kahwin. Author harap readers suka dengan part ni. Hehe harapan je tinggi😂. Vote and comment ye:) bye

Mr Poyo, Miss HappinessWhere stories live. Discover now