Zahero Daniel sedang menunggu seseorang di pintu pagar sekolahnya. Lama dia menunggu, tetapi kelibat orang yang di nantinya tidak kelihatan. Perasaan resah mula menyelebungi diri. Dia semakin pelik akan dirinya. Kenapa dia harus menunggu seseorang yang tiada pertalian darah dengannya? Kenapa dia harus menunggu seseorang yang bergelar perempuan? Kenapa dia harus menunggu manusia yang bernama Zara Arisya?
Jam di pergelangan tangan di kerlingnya. Sudah 3 minggu dia bersekolah di sini dan ini kali pertama dia lewat hadir ke sekolah. Doa di dalam hati tidak terhenti henti di baca agar dia tidak di denda. Akhirnya, dia tiba di hadapan pintu pagar sekolah. Kelihatan seseorang sedang memandangnya dengan pandangan yang tajam. Siapa lagi kalau bukan
"Zahero Daniel"
Jantung Zara bergerak kencang secara tiba tiba. Entah kenapa perasaan ini mula bertandang di dalam hati.
"Zara Arisya. Kenapa kau lambat hari ni?"
"Sa.. Saya" haish masa ni lah nak gagap.
"Saya saya, saya apa?!" Hero meninggikan sedikit suaranya.
"Saya kena jaga ibu saya semalam. Dia demam. Papa tak ada dekat rumah dia out station." Zara mula menundukkan pandangannya.
Timbul perasaan sayu di hati Hero. Mungkin dia harus melepaskan Zara untuk hari ini sahaja.
"Dah kau pergi masuk kelas dulu. Aku nak pergi check kawasan sekolah before masuk ke kelas. Kata dengan cikgu, aku masuk lambat sedikit." Arah Hero dan terus melangkah pergi.
Sombong! Itu je ayat yang kian terucap di bibir Zara. Zara mengatur langkah ke kelasnya yang berada di blok Delima.
Seorang remaja lelaki sedang menghampiri Zara. Zara hanya buat endah tidak endah sahaja.
"Hai adik manis, mari sini teman abang" Murid bernama Jamal menepuk nepuk kerusi di sebelahnya.
Zara mengatur langkahnya dengan lebih laju, namun Jamal bertindak dengan lebih pantas. Dia mencapai kedua tangan Zara dan memerangkapnya di dinding.
"Le.. Lepaskan saya!!!" Zara sedikit menjerit.
"Kalau abang kata tak nak?"
"Siapa abang kau?!" panggilan saya dan awak tidak lagi di gunakan.
"Ala garangnya" Jamal mengusap pipi lembut milik Zara.
Air mata Zara mula gugur. ' Ya Allah tolong aku'.
"Shhh jangan nangis, sayang you will be mine" kata Jamal dengan cara menggoda.
"Tolong!! Tolong!!" Zara meminta tolong namun suaranya yang perlahan tidak kedengaran.
"Alahai lembutnya" Jamal ingin menyentuh pipi Zara buat kali ke dua namun satu tangan telah menghadang.
"Don't ever you touch her!" Hero sedikit menengking.
***********************
Hero berjalan mengelilingi sekolah. Tiba tiba langkahnya terhenti apabila terdengar suara seseorang meminta tolong. Pantas sekali dia belari ke arah suara itu.
Terkejutnya dia apabila terlihat seorang remaja perempuan yang sangat di kenalinya sedang menangis, badannya yang terkurung di dinding membuatkanya tidak mampu untuk melarikan diri. Hero semakin marah. Langkahnya di atur dengan kemas ke sana dan segera meraih tangan Jamal dari sempat menyentuh pipi gebu milik Zara.
*******************************
"Yo ketua pengawas sedia menyelamatkan mangsa dalam kesusahan Horayy!!" Jamal menepuk tangan."Kau kenapa ha Jamal? Nak kena buang sekolah ke?!"
YOU ARE READING
Mr Poyo, Miss Happiness
Romansa❤ Bercinta pun tidak apantah lagi di suruh berkahwin. Berkahwin di waktu usia 18 tahun? Kahwin muda? Tidak pernah terlintas walaupun sesaat hendak berkahwin muda. ❤ Cinta boleh di pupuk. Bercinta selepas nikah kan lebih indah? Itu kata mereka. Teta...