Rahsia Terbongkar (I)

464 57 0
                                    

"Hubby! Lambat lagi ker?" Zara menyandarkan badannya di dinding. Haih, suami aku ni bersiap mengalahkan perempuan betul!

"Ok. Dah. Jom-jom nanti kita lambat pulak" Hero menarik tangan Zara yang sedang menguap tanpa menutup mulut. Hish masuk syaitan baru tahu.

"Eh, jap kasut belum pakai lagi!"

"Bawak masuk kereta je. Kita dah lambat ni!" Hero membuka pintu kereta Ferarri yang sudah sedia untuk membelahi jalan.

"What the? Dia lambat aku kena marah? Grrr.." Zara mengulingkan matanya lalu memasuki perut kereta ferrari berwarna merah itu.

***************************
"Lari laju-laju, biar tahun ni merentas desa kita punya!" Sir Hairi berkata dengan penuh semangat buat pasukannya.

Zara menjeling Hero di sebelah. Kalau dah nama jodoh rumah sukan pun sama-sama. Ye dok?

"Di minta, semua pelajar perempuan tingkatan berada di garisan permulaan!" Cikgu Roslinda membuat pengumuman menggunakan microfon. Tingkatan 1-5 perempuan sudah lama di lepaskan, sekarang cuma tinggal pelajar tingkatan 6 perempuan dan pelajar lelaki sahaja sad life.

"Lari elok-elok ye korang" Hero berbisik ke arah, Zara dan Jihan.

"Orek" Jihan tersenyum manis.

"Hati-hati" Airul berkata sedikit tinggi kepada Zara dan Jihan.

"Ok" Mereka berdua hanya mengangguk dan berlalu pergi.

Di garisan permulaan, Zara merasakan seseorang sedang memanggilnya. Dengan segera kepalanya di tolehkan ke suara tersebut.

Hero tersenyum. Akhirnya dengar jugak bini dia seorang ini.
'Love you' Dia menggerakkan bibirnya.
Zara tertawa kecil. Faham benar maksud suaminya itu. 'Love you to'.

"Ke garisan, 1,2,3 Pritttttt!!!" Wisel sudah kedengaran. Maka perlumbaan tingkatan 6 pelajar perempuan pun bermula. Zara dan Jihan masing-masing memahukan kemenangan buat pasukan. Mereka juga tidak berpisah dan kedua-duannya mempunyai kaki yang sangat elok. Maknanya: elok untuk menjadi juara pertandingan larian. Ha gitu....

Sewaktu mereka hendak sampai ke garisan penamat, dan sewaktu mereka melihat peluang di hadapan mata teramat cerah untuk memenangi tempat di pertandingan merentas desa tersebut. Zara tersepak batu yang agak besar sehingga membuatkan dia terjatuh ke tanah. Jihan di sebelah turut terkejut akan perkara itu dan dia sebagai sahabat yang baik lagi pemurah terus memberhentikan larian.

"Are you okey?" Soal Jihan.

"I'm okey. Jihan, kau pergi lah dulu. Tinggalkan aku dekat sini. Garisan penamat dah dekat tu. Orang pun dah ramai dekat belakang." Zara menoleh ke belakang. Zara terpaksa membatalkan niatnya untuk memenangi pertandingan merentas desa itu tahun ini.

"No. Kita pergi sama-sama" Jihan menyokong badan Zara supaya dapat berdiri. Mereka bersama-sama berjalan hingga ke garisan penamat.

***************************
"Juara bagi kategori pelajar perempuan tingkatan 6 di menangi oleh Zara Arisya dan Jihan Nadirah!" Bergema tepukkan di dewan Iskandaria, SMK Bukit Bintang apabila juara di umumkan.

Hero dan Airul turut bersama-sama mengikuti Zara dan Jihan ke atas pentas sambil membawa bendera pasukan biru. Uishh bukan beshe beshe nih.

'Tahun ini, tahun paling gemilang buat pasukan biru kerana menjadi juara Merentas desa tahun ini. Uishh bangga kit

'Click' gambar Hero di ambil secara candid (seperti gambar di atas).Waduhh candid-candid pun handsome meh. Gambar itu di set kan menjadi wallpaper hp nya.

"Dah habiskan? Jom balik" Hero tersenyum leret.

"Ok jom" Zara berjalan dengan perlahan. Kakinya yang luka di endahkannya. Setelah di sapu ubat nanti baik lah tu.

"Sakit lagi?" Hero memberhentikan langkahnya lalu menghadap ke arah Zara.

"Sikit lah" Zara tersenyum kecil.

"Balik rumah hubby urut ok?" Hero memeluk Zara lalu dahi isterinya di kucupnya dengan penuh kasih wal sayang.

"Hero, Zara masuk bilik saya sekarang!" Cikgu Zana berkata dengan muka kemerahan. Mungkin marah.

Hero dan Zara memandang sesama sendiri. Ooo. Mati.

**************************

"Kamu berdua tahu apa hukumnya berkucupan dengan orang yang bukan mahram?"
Cikgu Zana cuba mengawal suarannya dari menjerit.

"Kalau kamu berdua kalau couple pun mana boleh berpegang tangan! Haram hukumnya!"

"Ta..tapi cikgu, kami berdua dah kahwin" Hero berkata dengan intonasi yang perlahan.

"Dan kamu tahu tak.... Apa?"

"Kami berdua dah kahwin" Hero mengulangi ayatnya semula.

Bulat mata Cikgu Zana mendengarnya.

"Betul cikgu. Saya ada bawa kad kahwin. Cikgu nak tengok?" Zara yang dari tadinya menunduk segera memandang wajah cikgu Zana.

"Sorry. Saya tak tahu." Cikgu Zana menunduk.

"Tak apa. Kami balik dulu ye?"Hero masih dengan senyuman.
"Ok. Take care" Tangan cikgu di kucup lembut oleh Zara sebelum mereka berdua melangkah keluar dari bilik tersebut.

"Haish, tak boleh jadi ni. Anak murid yang umur 18 tu pun dah kahwin. Aku yang 26 ni belum kahwin. Kena cari calon dah ni." Cikgu Zana tertawa sendirian mengenangkan nasibnya.





Mr Poyo, Miss HappinessWhere stories live. Discover now