Kahwin

702 58 5
                                    

"Zara! Ya Allah bertuah punya anak. Cepat lah bangun! Dah pukul berapa dah ni" Puan Airen memulakan celotehnya di pagi hari demi anak tersayang.

"5 minit, 5 minit" Zara masih menutup mukanya dengan bantal.

"Awat liat sangat hang ni nak bangun tidur? Ketegaq sangat! Bangun!!" Puan Airen menarik bantal menutupi muka Zara.

"Ibu!!" Aduh ibu ni bukan nak kejut elok elok. Pagi-pagi buta dah bagi tazkirah huhu.

"Bangun, kalau tak ibu simbah dengan air sebaldi." arah Puan Airen

"Ye, Zara bangun ni. Ngantuk lah ibu!" Zara menguap beberapa ketika.

"Cepat mandi. Pukul 8:30 nanti mak andam datang."

"Mak andam? 8:30? Hari ni ada apa ibu?" zara mengerutkan dahinya.

"Hari ni, hari perkahwinan kamu dengan Hero wahai anak ku."

Mata yang tadi mengecil terus di besarkan. Macam mana dia boleh lupa adududu.

"Dah, 10 minit je ibu bagi kamu mandi" Puan Airen menarik tangan Zara ke bilik mandi.

"Ingat 10 minit je!" puan airen sempat berpesan sebelum keluar.

Zara menutup matanya apabila Air mengalir ke seluruh badan. Rasa damai dan tenang sahaja. Sabun dan shampoo di capainya. Sedar tak sedar, hari ini dia bakal berkahwin dengan Hero. Cepatnya masa berlalu. Hantaran, ibu dan papa yang sediakan. Baju kahwin sudah lama diorang mencuba. Kahwin cowboy namanya ni. Hero dengan nya masih tidak bertemu. Selepas ni statusnya isteri orang bukan single lagi. Huhu.

Pintu bilik air di kuak dari dalam. Zara pantas memakai baju perkahwinan mereka. Biru menjadi pilihan kedua belah keluarga. Cantik! Inai di jari ditenungnya. Baru semalam dia memakainya. Dia hanya memakai inai di jari. Takut tak hilang waktu sekolah.

Pintu di ketuk bertalu talu membuatkan zara kembali ke dunia sebenar. Zara bingkas bangun dari katil untuk membuka pintu. Kelihatan ibu bersama seseorang yang tidak di kenalinya. Mungkin mak andam.

"Ini ke anak you Airen? Cantik nya."

"Ha ah. Zara ini aunty Siti a.k.a mak andam yang akan make up kamu. Siti, ini Zara. So saya tinggalkan kamu berdua di sini lah ye." Ibu pantas menutup pintu bilik.

"So, sila duduk." Aunty Siti mempelawa ku duduk di atas kerusi berhadapan dengan cermin. Ok ni terbalik, sepatutnya aku yang kena pelawa dia duduk, ni dia yang pelawa. Hehe.

"Aunty, make up neutral sudah lah ye" kataku.

"Baik lah. Lagi pun muka kamu sudah cantik buat apa nak make up tebal- tebal." Aunty siti menilik wajahku.

"Ni first time ke pakai make up?" tangan Aunty Siti ligat menyapu foundation di wajahku (ejaan tu kalau salah betulkan ye)

"Yup" jawabku sepatah

"Umur kamu berapa ye?" soal Aunty siti.

"18 tahun"

"Bagus lah kahwin muda muda. Nanti anak kamu dapat ibu muda"

Tak bagus namanya ni aunty. Lagi-lagi kahwin dengan mamat terjah tu. Merana jiwa dan raga.

Setelah 1 jam aku terperap di dalam bilik akhirnya aku sudah turun ke ruang tamu. Aunty tu boleh di buat kawan, sekepala dengan aku tu hehe.

Aku duduk di atas pelamin ala-ala puteri kayangan gitu. Ketibaan yang tidak di tunggu-tunggu telah tiba. Rombongan pengantin lelaki memasuki rumahku. Mataku meliau mencari kelibat seseorang. Ok dah jumpa. Oh my Allah handsomenya. Wait wait. What did I said? Handsome? Ya Allah tarik balik kata-kataku ini.

Aku menjeling ke arah Hero. Aku yang gementar ni boleh pula dia berlawak dengan papa. Ok walaupun ni kahwin cowboy tapi gementar dia mengalahkan kahwin sebab cinta je.

"AKU TERIMA NIKAHNYA ZARA ARISYA BT ZAHIRI ADAM DENGAN MAS KAHWIN SEBANYAK RM 1000.00 TUNAI." Dengan sekali nafas tanggungjawab ayah telah berubah ke bahu Hero. Ibu mengelap air mataku. Ok aku tak menangis pun. Tapi sepatutnya aku menangis selepas akad di ucapkan. Entahlah air mata tak nak keluar nak buat macam mana. Takkan nak ambik bawang tenyeh dekat mata aku or titik ubat mata atas mata aku kot.

Sekarang tiba masanya, sesi pembatalan air wuduk. Cicin berlian telah tersarung pada jariku. Aku mencium tangan Hero. Air mata telah mencurah-curah keluar dari tubir mata. Aih tadi tak nak keluar, sekarang gedik nak keluar pula. Hero mencium dahi ku ZUPP!! lagi lah air mata nak keluar laju. Status puan bukan lagi cik lepasni huhu.

"Asal kau menangis?" soalnya dengan cara membisik.

"Tak ada apa apa lah" dengan mudah aku menjawab.

Hero tersenyum nakal memandang gadis di hadapannya. Jujur dia kata, zara sangat cantik pada hari ini. Pandai Aunty Siti make up, tak rugi mama nya menempah pakej tersebut. Sebut pasal mama...

"Hai cantik sungguh menantu mama ni" Mama mencium dahiku lembut.

Click, click. Kamera tidak berbayar mengambil gambar kami.

"Sofia, ambik gambar tu cantik-cantik" laung mama.

"Ilek aunty, Sofia kan ambik kos photography so, aunty jangan risau. Confirm cantik punya." sofia berkata dengan bangganya.

"Hah elok lah tu. Cepat-cepat" arah mama.

Sofia a.k.a sepupu Hero yang tua 5 tahun darinya. Mengambil gambar dengan penuh khusyuknya.

"Tahniah Hero, jaga anak papa ni elok-elok. Zara ni bukan nakal cuma manja." papa mengusap lembut kepalaku.

"Zahiri, diorang dah kahwin, tanggungjawab ringan sikit." Papa Arsyad berkata.

"Jaga anak ibu baik baik ye. Zara jaga makan minum Hero. Jangan lepaskan tanggungjawab kamu bila ibu dan papa dan tak ada."

Apahal ibu ni,cakap macam nak pergi selama lamanya pula. Ibu jangan tinggalkan Zara!!

"Ok hari ini, esok dan lusa kamu berdua tidur rumah ibu, kulat nanti tidur rumah mama pula. Waktu tu baru boleh bermanja dengan menantu kesayangan." mama memeluk bahuku.

Hanya anggukan dan senyuman di berikan. Lusa ibu dan papa ke London. Sedih? Orang gila otak tercabut je cakap tak sedih. London tu jauh bukan dekat. Hujan hujan muka sedih.

Aku dan Hero menyambut tetamu yang baru hadir. Tangan Hero dari tadi asyik memegang tanganku. Jujur aku kata, aku suka. Aipp Zara hang jangan nak gatai sangat.

*****************************
Jantungku laju seperti kereta lumba di litar F1. Hero memasuki biliku dengan baju t-shirt dan seluar tracsuit. Sudahku tahu yang dia dah mandi dekat bilik tetamu. Dia lantas naik ke katilku dengan muka poyonya. Cis suka hati mak bapak dia je.

"Asal pandang aku macam tu?" soalnya.

"Awak nak tidur atas ni ke?" soalku pula.

"Ye lah. Eh kau jangan nak buat cerita sinetron malam malam ni, nak suruh aku tidur atas sofa pulak. Dah lah aku penat nak mampus ni" Hero mengurut pinggangnya.

"Erkk tak ada lah."

"Jap jap. Sebelum kau tidur, aku ada benda nak cakap."

"Hmm apa dia?" soalku dengan muka toya.

"1) aku nak kau panggil aku sayang dekat depan keluarga kita
2) Kau dan aku tak boleh ada perasaan suka sama suka
3) Dekat sekolah kita kawan. Jangan bagitahu sesiapa pasal status kita.
Faham?"

Mak aih banyaknya syarat. Aku hanya menganggukan kepalaku. Tapi lantas menggeleng.

"Eh jap. Yang no 2 tu tak setuju. Ye lah awak dengan saya suami isteri dalam satu rumah. So perasaan tu akan hadir juga walaupun tanpa kita sedar." lagaku seperti Doktor Cinta.

"Betul jugak. So kalau dah suka tu bagitahu je lah. Ok bye aku nak tidur." Hero menarik selimut sehingga menutupi pinggangnya.

Aku meletakkan bangal peluk di tengah tengah sebagai penghadang dari terapat. First night? Tiada bagiku. Hanya penat yang melanda.

Goodnight dunia.

Sorry kalau ada typo or kesalahan ayat. Vote and comment 😘

Mr Poyo, Miss HappinessWhere stories live. Discover now