I always be there 4 you

307 50 13
                                    

*update because....
My Final Exams Dah HABIS!!!!!!!!! BANGGA JAP!
Lol perangai elok kit*

So enjoy this chapter orek?
*********

Hari ini, aku telah kehilangan orang yang paling penting di dalam hidupku. Selepas ini, tiada lagi gelak, ketawa yang tercipta di antara kami anak beranak.

Kenapa ini semua berlaku kepadaku? Bagaimana kehidupan aku selepas ini tanpa ibu dan papa? Astaghfirullahazim.. Ini semua kehendak tuhan Zara.

"Walaupun ibu dah tak ada dengan Zara, tapi ingatlah yang ibu sayang sangat Zara. Sangat sangat. Jadi isteri yang patuh arahan suami ye."

"Papa always sayang Zara. Kalau rindu.. Doa ye supaya kita boleh bertemu lagi"

Masih terngiang-ngiang di telingaku ayat yang di ungkap oleh papa dan ibu tempoh hari.

Adakah ini semua hanya mimpi buruk?

Hero dan papa arsyad sedang menolong orang-orang masjid untuk mengebumikan kedua orang tuaku. Aku tiada sesiapa. Hanya dengan keluarga ini aku menumpang kasih.

'Siapa tuhan kamu?'
Setiap umat manusia pasti akan melalui saat ini dan aku harap ibu dan papa terlepas dari azab kubur.

Papa dan ibu di tanam di dalam satu liang lahad. Aku tidak mampu untuk ungkapkan sebarang ayat lagi. Debunga-debunga harum yang menusuk rongga hidung di tabur perlahan.

Hero yang berada di sampingku turut melakukan perkara yang sama. Semua orang yang telah menghadirkan diri di tanah perkuburan islam di Bukit Bintang (reka jerps) telah balik ke rumah masing-maing.

Sang suami memelukku dari tepi. "I know you're the strong girl. Jom kita balik awan dah mendung" Dia berkata perlahan.

"No, tak nak!" aku membantah. Tanah perkuburan itu dicengkam olehku tanda tidak mahu pulang ke rumah.

"Sayang.. Jangan macam ni.. Ibu dengan papa tak nak tengok Zara macam ni.. Please" Dia merayu. Aku memandang kubur ibu dan papa.. Hanya seorang sahaja yang mampu membahagiakan aku.. Tapi mampukah dia?

Aku terpaksa akur demi si dia.
"Ibu, papa Zara balik dulu ye. Nanti Zara melawat lagi. Assalamualikum" Hero menyokong bahu isterinya untuk ke kereta. Mama pula memeluk Zara di sebelah kanan lalu mencium kepalaku lembut. Papa Arsyad sudah menghidupkan enjin kereta. Walaupun ini terjadi, aku tetap bersyukur ke hadrat ilahi kerana mengurniakan aku satu keluarga yang amat penyayang.

**************************
Sudah 2 hari aku tiada untuk menjamu selera. Tetapi Hero tetap memaksa. Bukan makanan itu tidak enak tetapi emosi aku tidak stabil tika ini.

Seseorang mengambil tempat di tepiku lalu merendamkan kakinya ke dalam kolam berenang yang jernih airnya.

"Zara, dalam hidup ni kita kena percaya bahawa setiap yang hidup pasti akan mati." Dia memeluk bahuku.

"Semua orang akan merasai bahagianya pertemuan dan sakitnya perpisahan. Hubby juga akan pergi dari dunia ni. Tetapi jangka masanya kita tidak tahu. Jadi yang hidup harus meneruskan kehidupannya. Yang telah pergi, kita doakannya masuk ke dalam syurga"

"Hubby akan jaga Zara sampai akhir hayat hubby. Percayalah.." Dia mencium umbun-umbunku dengan penuh kasih.

"Zara masih tak percaya yang ini semua berlaku jer." Aku menyandarkan badanku di dada bidangnya. Ya, dan aku tak bersedia lagi untuk menghadapi situasi ini.

"Its okey. I always be there 4 you" Dia mengusap tubir mataku menggunakan jarinya. "Pinky promise?"

Hero memandang Zara pelik namun di layan sahaja karenah Zara. "Ya. Pinky promise" Dia mengangguk seraya tersenyum manis.

*************
Hero membersihkan meja kerja biliknya dan Zara. Sejak kejadian 3 hari lepas, meja itu tampak berselerak sekali.

Sedang dia mengemas, satu buku terjatuh dari atas meja. Berkerut-kerut dahinya memikirkan buku itu. Pertama kali dia memandang, perlu ke dia membacanya? Nampak privasy sahaja. Dia meletak semula di tempat asalnya.

Tetapi... Kali kedua dia berfikir, boleh kot... Kalau nak baca. Pantas sahaja dia membukanya.

Satu persatu muka surat di selak. Di dalam buku itu hanya ada cerita dia dan isterinya sahaja.
Dia menggeleng seraya tersenyum.

20/2/20××

Aku pandang langit tiada apa yang dapat aku gambarkan. Pastinya cahaya gemerlapan bintang-bintang dan bulan.

Sedikit demi sedikit air mata aku jatuh. Ingin sahaja aku memohon pada tuhan supaya Dia memulangkan ibu bapaku semula.

Tetapi kata dia..

Aku harus tabah kerana dia akan setia bersama aku. Aku harus tersenyum kerana setiap yang berlaku pasti Allah akan gantikan kepada yang lebih baik. Aku harus gembira kerana pastinya setiap tawaku akan membuatkannya juga tersenyum gembira.

Aku harus kuat kerana dia akan bersama aku untuk mengharungi liku-liku kehidupan.

Sedikit demi sedikit aku tersenyum. Dia suamiku, dia imamku, Dia bakal kepada anak-anakku dan dengan izin tuhan dia juga akan menjadi peneman aku di syurga nanti.

Aku bersyukur kerana aku ada dia. Aku bersyukur kerana setiap butir katanya membuatku tersenyum, setiap peluknya buatku tenang, setiap kucupan dia buat aku jatuh cinta.

Jika di beri pilihan berjuta jejaka di luar sana.. pastinya AKU PILIH DIA.


Mr Poyo, Miss HappinessWhere stories live. Discover now