Makan malam telah tiba. Kruk, kruk perut Zara sudah mengeluarkan bunyi meminta untuk di isi.
"Sabar ye perut, kejap lagi kita makan" Zara mengusap perut yang mengempis umpama ada nyawa di dalamnya. Ceceh.
Ikan kembung masam manis, Tomyam beserta telur dadar sedikit sebanyak membuat air liur Aku mahu keluar dari mulut.
"Assalamualikum" Bergema satu rumah mendengar salam siapa lagi kalau tak bukan mak ngah.
"Ni ha, Ria ada masak Pulut panggang confirm Hero terliur punya" Mak ngah meletakkan Pulut di hadapan meja.
"Ni Ria buat ke beli" Hero tersenyum sinis.
"Ofcourse lah Ria buat" Ria tersenyum gatal. Macam mana aku tahu dia tersenyum gatal? Sebab aku perempuan dan aku tahu bila perempuan gatal.
"Dah, jom makan perut saya dah berbunyi" Papa mengambil tempat duduk di tepi mama. Aku duduk di tepi Hero manakala nenek duduk di hadapan. Anak beranak tu duduk bersebelahan.
Bagus lah tu, mak mulut macam longkang, anak mengatal dengan suami orang. Sesuai.
Selepas doa di baca, pulut di hulurkan di hadapan muka Hero.
Hero memandang aku. Why? Muka aku ni ada muka marah ke? Yes, memang aku marah tapi terpancar sangat ke?Aku hanya tersenyum. Hero mengambilnya lalu sedikit demi sedikit pulut itu di ratahnya.
"Sedap?" mak ngah bertanya. Hero sekadar mengangguk.
"Ha, kan bagus dari dulu kau kahwin dengan anak aku. Setiap hari boleh makan benda sedap-sedap" Mak ngah sekali lagi berkata sinis bersama senyumannya.
Ketika itu pinggan nasi di hulurkan di hadapanku. Sakit hati! Aku menuangkan nasi di pinggan Hero lalu menunang sedikit sahaja nasi di pinggan aku. Ni kalau makan tak sampai 5 minit confirm dah lapar. Tapi nak buat macam mana, dah sakit hati kan?
"Sikit nya nasi" Papa menegur aku. Sebenarnya dia pun kesian melihat Zara yang di layan sebegitu rupa oleh kakak iparnya tetapi jikalau di lawan di katakan adik ipar tak kenang budi so kita senyap je lah.
"Kenyang lah pa" Zara tayang senyum. Dia mula mencampurkan nasi dan kuah di dalam pinggan. Sedap jugak aku masak ni! Ececeh puji lak kan. Well kalau orang tu dah pandai nak buat macam mana?
Selepas nasi sudah habis aku berangkat pergi. Hero di tepi terdiam, terkaku. "Sayang nak pergi mana?"
Sayang? Bagus lakonan kau Hero. Bravoo!
"Nak pergi hati Hubby lah" aku tersenyum seraya mengenyitkan mata.
"Taratarataratiyatiya" Hero berkata lalu tertawa. Ada-ada je isteri aku ni.
"Nak pergi basuh pinggan lepastu nak call ibu, dah lama tak call. Hubby Habis kan makan tu jangan membazir" Zara berlalu pergi ke singki untuk membasuh pinggan dan terus ke biliknya. Mukanya di tekup menggunakan bantal, "ahhhh!" Jeritnya geram. Bantal itu di tumbuk-tumbuk oleh Zara. Mungkin terbayang wajah Mak ngah dan Anaknya itu. Apa salah bantal? Kesian dia.
"Seronok dapat hancurkan hati orang?" Nenek menjeling tajam ke arah dua beranak itu.
"Betul apa yang Ngah cakap tadi. Dia tu tak patut di jadikan menantu. Tak layak. Only Ria yang layak untuk Hero" Mak ngah mendengus kasar. Tak habis-habis nak bela perempuan tu.
"Ngah, aku ni penat lah tengok kau ni! Aku tahu aku ni adik dan patut hormati kakak tapi kau pernah nak hormat orang lain? Takkan so please, anggap Ria dan Hero tak ada jodoh. Aku suka tengok anak aku bahagia sekarang so kau nak buat apa lagi?" mama pula membalas kata-kata kakaknya itu. Menantu umpama anak. Kalau menantu kena hina takkan mak mentua nak tengok je? Tak boleh. I must protect her.
YOU ARE READING
Mr Poyo, Miss Happiness
Romance❤ Bercinta pun tidak apantah lagi di suruh berkahwin. Berkahwin di waktu usia 18 tahun? Kahwin muda? Tidak pernah terlintas walaupun sesaat hendak berkahwin muda. ❤ Cinta boleh di pupuk. Bercinta selepas nikah kan lebih indah? Itu kata mereka. Teta...