Balik kampung (IV)

398 55 0
                                    

Nasi goreng kampung sudah tersedia di atas meja. Slurpp! I can't wait to taste it! Ye lah, semalam aku bukan makan banyak pun, berzanji perut aku tau!
Mama dan nenek yang baru tiba turut menolong aku menyediakan pinggan dan air.

"Good morning dear" Hero meletakkan kepalanya di atas bahu Zara. "Morning hubby"
Pipi Hero di cubit oleh Zara. Comel!

"Auch! Sakit ler." Hero mencebik manja. Ehem-ehem hang kona sodar umur hang 18 bukan 8 tahun lagi.

"Jom makan!" Laung Ria dari jauh sambil belari lari anak ke meja makan.

"Ni dah mandi belum?" Soal Mama yang sedang membancuh air.

"Dah" bohongnya. Macam mana aku tahu dia bohong? Air liur basi pun ada lagi.

"Mandi pun masih ada air liur basi? Tu tahi mata pun tak buang" Mama menyindir. Zara dan Hero sudah mahu ketawa tetapi cepat cepat di covernya.

"Ala nanti lah mandi. Orang lapar ni" Ria berdecit sebelum nasi goreng itu di senduknya ke atas pinggan.

Mama sekadar menggeleng. Cakap lebih pun tak boleh nanti dia yang kena marah dengan kakaknya pula. So kita just shut up.

"Ehem ehem" mak ngah berdehem sebelum mengambil tempat duduk. Zara hanya menjeling, apa dia pikir dia tu vvip nak berdehem dulu baru duduk? Eeee.

"Hubby" aku menepuk tempat duduk di sebelah aku. Hero tersenyum lalu terus duduk. Faham tak? Tak faham tak apa sebab ayat memang macam berputar belit, well style zaman sekarang.

"Nice" satu ayat terpancar di mulut Hero tatkala satu sudu nasi di masukkan ke dalam mulut.

"Isteri kamu yang masak memang lah sedap" Nenek mencelah sambil membawa cili api bersamanya.

Kepala Zara di usap lembut oleh Hero. "Isteri perfect 10"

Zara tergelak kecil. "Dah makan, kalau nak tambah lagi cakap ye" Pipi Hero di usap oleh Zara. Kenapa aku suka main pipi dia? Sebab pipi dia licin, lembut. Kalah perempuan tau!

"Ma, papa mana? Tak nampak pun" Zara bertanya sambil kepalanya mencari-cari seseorang.

"Papa kamu tu pergi beli surat khabar. Nanti dia balik lah tu" Puan Aleeya sekadar bermain kening. Faham benar akan perangai suaminya yang suka membeli surat khabar.

"Semalam, mak dengar orang baca al quran. Merdu sangat" suara nenek menerjah sepi. Riak mukanya menunjukkan yang dia benar-benar teruja.

Hero memandang Zara. Dia tahu siapa yang membaca ayat suci itu tetapi hanya dia hanya mengunci mulut sahaja.

"Ria yang baca semalam" Ria berkata dengan riak bangga. Sapi buat lembu dapat nama ke lembu buat sapi dapat nama? Ke sama je? Ke entah lah author pun dah lupa peribahasa tu.

"Kamu baca?" Nenek tertawa berdekah-dekah.

"Ye lah, apa yang lawaknya nek?" Ria bertanya tidak puas hati.

"Kamu, al quran pun tak habis lagi ada hati nak baca al quran semerdu tu" Nenek masih dengan tawanya. Pecah tembelang sudah. Hahaha tu lah, lain kali jangan menipu ye sayang.

"Apa mak ni? Kalau dah betul anak ngah baca semerdu tu mak nak cakap apa? Ni mesti mak harapkan perempuan tu kan? Dia tu macam lah pandai baca al quran entah- entah iqra' pun tak lepas lagi" Mak ngah berkata seraya mengetuk meja. Hahaha mak kena tipu dengan anak sendiri.

Zara mengetap bibir. Mahu aja dia bangun dan berkata "memang aku yang baca kenapa? Kau pikir aku ni tak habis iqra' lagi ke ha? Aku dah 7 kali khatam al quran so kau nak cakap apa? Dasar orang tua bengkeng". Tetapi apa kan daya dia hanya berdiam diri sahaja.

"Hoi! Kau pikir aku tak tahu ke yang anak kau ni kencing aku? Si Ria ni mana pernah baca Al quran dah sekarang. Mak dengar ayat tu datangnya dari sebelah bilik mak. Tak gitu Zara?" Nenek memandang Zara. Dari muka ketat terus berubah ke senyuman.

Zara hanya membalas senyuman nenek. Tiada anggukkan tiada bantahan. Biarlah pahalanya di pandang tuhan bukan di pandang pada mata manusia.

***************************

Mr Poyo, Miss HappinessWhere stories live. Discover now