Hari ini tidak seperti selalu. Awan mendung bergerak begitu perlahan. Mungkin tiada angin yang setia menemaninya. Ah siapa kesah! Sekarang aku perlu tumpukan kepada sekeping hati yang dari tadi berasa ada sesuatu yang tidak kena. Tetapi apa? Ataupun Hero benar itu sekadar perasaanku sahaja.
Kusut aku memikirkan perkara ini! Tiada angin tiada ribut manakan pokok hendak bergoyang? Ah kenapa author terlampau sastera pulak ni! Maybe sebab takut markah bm yang akan dapat tidak lama lagi dan author telah membuat kesalahan paling besar dalam paper tu! Ya Allah kenapa cerita pasal diri author pula ni? Ah marilah kembali ke cerita MPMH
Masuk sahaja ke dalam kereta, aku tidak seperti selalu. Hari ini, aku lebih banyak berdiam diri. Entah kenapa, insaf kot!Hero sedikit pelik akan perubahan diriku yang amat mendadak. Tengah hari tadi aku tidak mahu menjamu selera walau seketul sosej. Selalunya aku lah paling semangat bila masa rehat tiba.
Air mata mengalir tanpaku pinta. Hero yang memandu terus memberhentikan kereta secara tiba-tiba. Fuh! Nasib tak ada kereta dekat belakang.
Badanku di peluk erat olehnya. Habis basah bajunya dek tangisanku. "Keluarkan. Keluarkan apa yang ada dalam hati tu! Jangan di simpan" seperti memahami keadaanku sekarang dia mengizinkan untuk aku menangis semahu-mahunya di dada bidangnya.
Ah tenang rasanya di buat begitu. Dia mengusap tubir mataku menggunakan jarinya. Katanya, "Baby don't cry.." hampa ingat ni lagu kpop kah?
Katanya,"Be strong okey? Dah tak mau nangis-nangis nanti Hubby cair macam ice-cream tau. Even you crying you beautiful to." Terselit pulak lagu all of me.
Aku mengangguk seperti burung berlatuk. Kereta Audi berwarna putih itu terus membelah jalan. Sayang awak sayang awak!
************************
Shower di buka. Pancuran air yang agak panas mendamaikan badanku. Selesai sahaja mandi, aku keluar. Takkan nak terperap pula dalam bilik air.Buka sahaja pintu. Aku terkejut+beruk. Hero berada betul-betul berada di hadapan mataku. Dia tersengih seraya menggaru kepalanya. Aduh comel! Nasib aku dah pakai baju kalau tak.. Malu eden..
"Ehem.. Ermm hari ni tak dengar pun suara merdu tu!" Hero menyandarkan tubuhnya di tepi dinding.
"Kenapa rindu ke?"
"Rindu sangat" Zara tertawa kecil. Ada-ada je mamat terjah ni. Eh lama jugak aku tak panggil Hero ni mamat terjah. Rindu pulek.
Selepas solat kami membuat kerja sekolah yang agak bertimbun di mata kami. Ceh padahal tak lah banyak mana. Cuma nak sedapkan ayat je😂
Kring2× ringtone handphone Zara berbunyi. Dengan malas dia mencapainya "unknown?" wajib ke dia angkat. Ntah siapa-siapa ntah.
Telefon itu tidak berhenti berbunyi membuatkan hati Zara bergerak laju. Perasaan takutnya kembali. Tetapi dia sendiri tidak tahu perkara apa yang bakal berlaku.
Hero yang baru tiba dengan dua gelas milo terus kebingungan. "Kenapa tak angkat fon?" soalnya.
"Malas lah, ntah siapa-siapa ntah yang call" Zara menjuih bibir. Cermin matanya di buka bagi merehatkan mindanya.
"Angkat lah mana tahu emergensy" Hero berkata tegas tetapi masih dengan nada yang lembut. Faham tak? Faham-faham kan je lah.
"Ok" Zara menggulingkan bebola matanya namun tidak sempat dia mengangkat, telefon sudah berhenti berdering. Fine!
Tidak sampai beberapa minit, telefon Zara berbunyi sekali lagi. "Damn" Zara mengangkatnya dengan malas.
"Hello?"
"Ini Zara ke?" Tanya pemanggil.
"Ya.. Saya kenapa eh?"
"Erm..."
Tiada sahutan di sana membuatkan Zara tidak senang duduk. Apa ni?
"Ini Uncle Azim"
"Ye uncle.. Kenapa call Zara?" Zara cuba mengawal suaranya. Hero di tepi di kerlingnya.. Dia juga mempunyai perasaan yang sama. Dua-dua tidak mengetahui hal sebenar.
"Papa dengan ibu Zara dah..."
Ish orang tua ni aku hempuk jakgi! Ayat tu jangan jadi ayat tergantung boleh? Ya Allah ayat.. Awat teruk sangat?
"Dah apa uncle?" Zara memahukan kepastian. Ya Allah tolong lah..
"Papa dengan ibu Zara dah Tak Ada!" Lancar sahaja percakapan Uncle Azim. Mungkin takut akan suara lantang Zara.
Bum! Telefon sudah jatuh ke atas meja. Air mata telah mengalir laju membasahi muka. Hero yang kebingungan terus meraih telefon Zara.
"Hello?"
"Hello ini suami Zara ke?"
"Ye.. Kenapa?"
"Papa dan Ibu kamu telah telibat dalam satu kemalangan di London. Mereka sedang berada di rumah mayat di Hospital jadi.."
Hero beristifar beberapa kali. Adakah ini benar? Ya Allah.. Zara di tepi di dakapnya. Niatnya hanya mahu menenangkan isterinya sahaja.
Pintu bilik di buka secara tiba-tiba. Mata mama sudah kemerahan tanda menangis. Zara berjalan ke arah mama dan dia ingin memeluk tubuh tua itu. Tidak sampai beberapa saat.. Dia sudah jatuh tersungkur.
YOU ARE READING
Mr Poyo, Miss Happiness
Romance❤ Bercinta pun tidak apantah lagi di suruh berkahwin. Berkahwin di waktu usia 18 tahun? Kahwin muda? Tidak pernah terlintas walaupun sesaat hendak berkahwin muda. ❤ Cinta boleh di pupuk. Bercinta selepas nikah kan lebih indah? Itu kata mereka. Teta...