Solat Istikharah

859 59 0
                                    

Mata Zara terkebil kebil memandang jam di dinding. Huwaa sudah pukul 1 pagi namun dia masih lagi terjaga. Sekejap-sekejap dia berpaling ke kiri, sekejap-sekejap dia berpaling ke kanan. Semua posisi tidur sudah dia cuba. Namun tiada satu pun yang mampu buat dia terlena.

"Arghh!" Zara meraup wajahnya. Kusut! Itu sahaja gambaran tentang dirinya sekarang.

Nak kata panas, air cond sudah di pasang sampai 16°c. Sejuk tu. Zara memandang siling rumahnya. Ha bagus lah tu. Aku pandang kau, kau pandang aku. Hahaha.

Zara duduk di biraj katil. Rambut yang terurai panjang, di ikatnya kemas. Pantas sahaja, kakinya melangkah untuk mengambil tudung sarung.

"Nak pakai ke tak nak? Ye lah kalau aku pakai, ada ke orang berjaga jam 1 pagi? Ishh hantu je yang ada. Ermm tak payah lah. Eh, jap. Kalau bilik mamat terjah tu menghadap bilik aku macam mana? Tak ke parah tu?!Dah tak semena-mena dia ternampak aurat aku. Nak pakai ke tak nak ni? Ishh pakai je lah untuk tujuan keselamatan. Hehe."Akhirnya Zara memilih untuk memakai tudung sarung itu.

Langkahnya kemas di atur ke arah sliding door. Niatnya mahu melihat dada langit yang membiru di waktu malam. Bintang-bintang setia menemani langit di kala hujan tidak membasahi bumi. Cantik! Itu sahaja yang dapat di gambarkan. Bulan yang memberikan cahaya di tenungnya. Lalu satu keluhan berat di lepaskan. Adakah benar apa yang dia lakukan? Untuk menjadikan Hero imamnya? Hmm. Bukan mudah untuk membina istana bahagia, jika dua hati tidak terikat antara satu sama lain. Cinta? Entahlah dia sendiri tidak tahu.

Lamunannya terhenti secara tiba-tiba apabila lagu perfect yang di dendangkan oleh kumpulan One Direction kedengaran.

"Siapa pulak yang call aku malam malam ni?" Zara mengatur langkah ke katilnya.

"016-........, unknow people? Nak angkat ke tak nak? Mana tahu emergensy ke kan. Tawakal lah nak.."
Zara mengomel keseorangan.

"Oi! Tak tidur lagi ke?!" Mata Zara membulat. What the.. mamat ni tak tidur lagi ke?

"Assalamualaikum and apahal call saya memalam ni?" Tak ada salam, tiba tiba oi. Apa dia ingat telinga aku ni tak ada insurans ke? Cakap macam aku ni jauh sangat je. Sakit telinga I...huhu.

"Waalaikumussalam Cik Zara Arysha. Saja nak call kau." Suaranya semakin perlahan dan lembut. Huwaa boleh terbuai ni. Hehe.

"Ish, awak ni tak bosan ke ha? Siang tadi, jumpa. Lepastu sekarang call pulak."

Hero tersengih. 'Jujur aku kata. Aku tak bosan.' Mulut tidak berkata sebegitu. Tetapi cukuplah hanya hatinya dan tuhan sahaja yang tahu.

"Of course lah bosan! Asyik muka kau je sepanjang hari. So boring." Serentak itu di temani dengan ketawa Hero.

"Dah tu, kenapa call saya? Pergi tidur sana lah." Marah Zara.

"Saja. Dari tengok kau berangan. Baik aku tegur. Alang alang aku tak tidur kan?"

Zara membulatkan matanya. Dia mencari-cari kelibat Hero. Hmm dah sah. Bilik mamat tu bertentangan dengan aku. Nasib aku pakai tudung. Kalau tak, matilah nak..

"Suka hati saya lah nak berangan ke, nak termenung ke. Ada masaalah dengan awak ke? Tak ada kan? So. Bye bye" Zara mahu mematikan talian. Namun Hero lantas bersuara.

"Pergi buat solat istikharah. Mohon ketenangan dari-Nya."

Grr. Mamat ni tertelan mikrofon waktu kecik rasanya.

"Saya tak tahu lah. Lagipun saya mana pernah buat solat tu sebelum ni."

"Haih, google kan ada. Search ah. Takkan lah, itu pun aku nak ajar lembap!" Suara Hero dalam not meninggi.

"Biadap nya."

Ni ke nak nak jadi imam aku? Ada ke patut panggil aku lembap. Karang aku lembap betul betul, menyesal tak sudah dia sebab dapat isteri lembap. Kalau aku lembap, ni gara-gara mulut masin mamat tu ah ish!.

"Apa kau cakap?" Suara Hero sedikit lantang berbanding percakapannya sebentar tadi.

"Tak ada apa apa lah."

"Dah Bram. Aku nak tidur."

Talian di putuskan. Cis tak sweet langsung. 'Dah bram'. Grrr. Kau yang call aku lepastu suruh aku brambus. What the ... perangai tu tak boleh elok sikit ke ha?#sentap.

Dengan perasaan marah,dia menghempaskan telefon bimbit nya di atas katil. Geram!!!!

*********************************

Zara mula mengambil wuduk dan menunaikan solat.

"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan perkahwinan aku dengan Zahero Daniel adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan perkahwinan aku dengan Zahero Daniel mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

Setelah doa di aminkan. Zara mula menarik selimut dan menutup tubuhnya. Tidur zara. Esok adalah hari yang penting buat keluarga kau.

Mr Poyo, Miss HappinessWhere stories live. Discover now