IMAN

237 16 4
                                    

Macam mana iman harini?

Menaik? Menurun atau steady je?

Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa...

Ia tak dapat di jual beli,Ia tiada di tepian pantai..

Lirik lagu salah satu nasyid yg popular dan mempunga makna yg besar...

Kita boleh mengukur tahap keimanan kita. Macam mana?

Kita sendiri tahu. Dengan cara kita solat. Solat awal atau lambat. Khusyuk atau tidak. Amalan kita buat sehari-hari itu sudah cukup sebagai bayangan iman kita.

*Apa Itu Iman ?*

👉🏻Iman dari segi istilah bermaksud 'membenarkan dengan hati, mengucapkan dengan lidah dan mengamal kan dengan perbuatan'.
Baik, kita zoom satu-satu.

1. Membenarkan dengan hati

Percaya bahawa Allah itu *Wujud* Macam mana nak percaya? Ambik masa muhasabah diri, muhasabah hati. Tanya siapa yang ciptakan langit dan bumi? Macam mana diciptakan? Yep, susah untuk dapat jawapan sebab Allah Maha Mengetahui segalanya. Bukan kita.

2. Mengucapkan dengan lidah

Ucapkanlah bahawa kita ini orang beriman. Ucaplah kata-kata yang baik supaya dapat lihat iman kita tahap mana.

Orang kata, nak tahu iman dia tinggi ke rendah, cuba tengok cara dia bercakap. 😳

3. Mengamalkan dengan perbuatan

Setiap apa yang kita lakukan tu dah tunjuk dah yang kita ni beriman atau pun tidak  Solatlah. Sedekahlah. Zikirlah. Tolonglah.

Nak pastikan iman tu ada? Kena complete rukun iman.

Rukun iman ada 6 Perkara :

1. Beriman kepada Allah

Mengaku bahawa Allah taala itu ada dan hendaklah kita melaksanakan suruhan-Nya seperti menunaikan solat, bersedekah dan meninggalkan larangannya seperti berjudi,minum arak dn sebagainya

Amar makruf nahi munkar

2. Beriman kepada malaikat

Mempercayai adanya malaikat yang dijadikan daripada cahaya dan sentiasa menurut perintah Allah dalam apa jua suruhan.

Malaikat diciptakan dengan banyak dan berbagai tugas. Namun kita wajib tahu ada 10 semuanya

3. Beriman kepada kitab² Allah

Percaya bahawa Allah telah menurunkan kitab kepada rasul2nya yang mengandungi petunjuk ke jalan yg benar..

Taurat diturunkan kpd Nabi Musa
Injil diturunkan kepada Nabi Isa
Zabur diturunkan kepada Nabi Daud
Al-quran diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W

Dan kita sebagai umat akhir zaman beriman kepada kitab Al-quran.

4. Beriman kepada rasul² Allah

Percaya bahawa rasul2 adalah utusan Allah dalam mengajak seluruh manusia ke jalan yang benar.

5. Beriman kepada hari kiamat

Percaya bahawa seluruh alam akan musnah dan manusia akan mati dan akan dibangkitkan semula untuk mendapat balasan sama ada syurga atau neraka..

Kita sendiri tidak tahu bila akan berlakunya hari kiamat.. tetapi yang pastikan akan  brlaku pada akhir zaman dan pada hari JUMAAT...

Tidak perlu mempersoalkan bila berlakunya hari kiamat, persoalkan kpd diri sendiri sama ada kita sudah bersedia dengan 'amalan' kita untuk menghadapinya...!!!

6. Beriman kepada qada dan qadar

Percaya bahawa apa jua yang berlaku ialah di a atas ketentuan Allah.

Ape yg trjadi dalam hidup kita ni.. Allah da jadikan siap2.. tnggal kita je nak melalui semua ni..

Contoh: dalam hidup ni kita diberikan pilihan A dan B.. kalau pilih A Allah da aturkan jalannya siap2.. begitu juga kalau pilih B.. *Analoginya mcm tu lah...

Perkara² yang membatalkan Iman :

1) syirik
Syirik terbahagi kepada dua Syirik 'JHALI' dan syirik 'KHAFI'

Syirik jhali ialah perlakuan syirik secara terang-terangan.Contohnya menyembah berhala.

Apa yg saya nk tekankan ialah syirik bawah ni...

Syirik Khafi ialah tidak meletakkan Allah sebagai niat mutlak dalam beribadat.. Contohnya Riak dan Ujub.

*Ha sek2 ni yg selalu trjadi kat kita ni... Sebab syirik Khafi ni dia jauh tersembunyi dalam hati.. hanya diri kita dan Allah je tahu... Syirik khafi ni jugak trgolong dalam 'Penyakit Hati'

2) Nifak

Berpura2 melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah... Nifak n munafik ni x jauh beza...

Ciri munafik ada 3

Bila mereka bercakap,mereka berdusta
Bila mereka berjanji mereka,mereka memungkiri
Bila diberi amanah,mereka mengkhianatinya...

3) Khurafat

Kepercayaan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan Islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep dan syariat.

Terdapat banyak lagi benda yang boleh membatalkan iman, tali apa yg saya highlightkan kat sni adalah perkara yg selalu kita jumpa tapi x selalu kita sedar yang kita melakukannya.. mohon ambil perhatian ye para pembaca...

Cara mengelakkan terbatalnya Iman :

1) Berpegang teguh dengan ajaran Allah

Apa yg kita blajar daripada kecik itulah yang akan kita pegang sampai ke hari tua.. tak salah kalau kita mahu belajar.. pastikan gurunya ada guru bersanad... bila belajar..pastian selepas itu kita tak jadi terlalu 'liberal' dan tak jugak terlalu 'ekstremis'.. ingat islam itu syumul,harmoni dan indah..

2) Mematuhi segala suruhannya dan meninggalkan larangannya.

Kita ni orang islam jgn islam pada ic je..kene jugak islam pada diri... apa yg Allah sruh buat kita buat,dia kata jangan buat janganlah buat.. simple.. tapi tulah... benda yg dilarang tu lah kita suka.. benda yg disuruh ditinggalkan.. mencabar kekuasaan Allah betul... Syurga Allah bukan percuma, bayarannya ada
dengan berbuat baik sahaja... tetapi neraka jugalah kita sanggup pi.. hai.. umat2... tenat..

3) Menghindarkan semua perbuatan yang boleh membatalkan iman kepada Allah.

Ha part ni cek tak byk sgt nak ulas.. hangpa semua pi skrol baca balik kat atas na.... bykkan berdamping dgn alim ulama'.. hadirkan diri dalam majlis ilmu... dengan menyibukkan dalam perkara2 yg baik.. insyaAllah kita tida akan ada peluang untuk melakukan dosa2 tersebut..

Haaaa . Akhir kata kita cubalah topup iman dan tinggalkan apa yang membuatkan iman kecundang 👌

Usrah LegendWhere stories live. Discover now