ALASAN

128 6 0
                                    

Bismillahirrahmanirrahim..

Alasan❗Alasan❗Alasan❗

why people always give a reason?

" Syaitan sentiasa menjanjikan mereka ( dengan janji janji indah) serta memperdayakan mereka dengan angan angan kosong; dan apa yang dijanjikan oleh syaitan itu tidak lain hanya tipu daya semata- mata".

(4 : 20)

Alasan adalah alat memenangkan dan menenangkan nafsu. Hidup penuh alasan membuatkan hati sering menjadi tidak keruan. Rasa ingin menang  dan sentiasa rasa diri betul bermaharajalela, lalu menguasai diri.

Alasan adalah tiupan  syaitan yang amat halus.

Berilah seberapa banyak pun alasan yang kita mahu.
Yakinkanlah hati sendiri.
Sedapkanlah nafsu. Nyatakan hukum logik bersama dalil-dalil dan bukti kukuh bahawa solat kita layak diterima meski solat di akhiiiiir waktu.

Fahami betul betul ayat di atas 👆

Alasannya, bukan ustaz, bukan tok guru, bukan orang alim, malah jauh lagi kita, yang mengetahui sama ada amalan solat kita diterima dan mendapat pahala ataupun tidak.

Setiap peringatan yang datang, harus kita jadikan pengajaran dan pedoman. Perkara akhir yang kita kejar ialah syurga Allah. Jadi, kenapa kita tidak berpegang kepada peringagan yang memberi manfaat yang baik❓

Berlapang dada ❤menangani perselisihan.
Terbuka menerima teguran dan pandangan.
Hindari hujah mengikut emosi.
Orang beriman akan menerima perselisihan dengan tenang dan menghormati perbezaan dengan berhemah.☺

Penilai sebenar bukan diri kita🙅🏼, tapi Allah yang Maha  Menilai. Tidak perlu beri alasan kepada sesiapa kerana tiada siapa yang mampu mempertikaikan alasan kita. Amalan kita nanti bakal dinilai oleh Allah.

Pasti sudah ramai yang memacak azam dan cita cita untuk kembali ke "sana" dan terpilih sebagai * puak * paling sedikit iaitu PUAK MUQARRABIN, atau setidak tidaknya dalam golongan puak kanan.

Firman Allah swt

" Kesudahannya, jika ia (yang mati itu) dari orang orang 'Muqarabbin', maka ia akan beroleh rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta syurga kenikmatannya. Dan jika ia dari puak kanan, maka akan di katakan kepadanya " Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan. Dan jika ia dari puak kiri yang mendustakan (RASULNYA). Lagi sesat maka dia akan di sambut dengan air panas yang menggelegak, serta bakaran api neraka. Sesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang di yakini. Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhan mu yang Maha Besar.""

(56;88-96)

Sesungguhnya, setiap insan pasti mahu berada dalam puak Muqarabbin. Puak itu milik insan yang benar benar dipilih Allah.

Puak yang sangat sediikit atau puak kanan.
Puak yang akan sentiada mendengar ucapan salam dari Allah dalam syurga Firdaus Nya.

Surah Al Waqiah menceritakan keindahan dan nikmat menjadi puak puak yang terpilih itu.

Betapa hati💕 teringin untuk dipilih ke dalam golongan yang sedikit ini, meskipun akur diri masih tidak layak. Mustahil diri yang hina lagi kotor dengan daki dosa dan  khilaf serta punya keaiban yang banyak ini layak ke syurga Nya.

Jadi perlu bersungguh mengharapkan rahmat dan redha Allah. Redha dan izin Allah memungkinkan segala yang mustahil.

Wallahualam.. Maaf ringkas je update kali ni 👆

Usrah LegendWhere stories live. Discover now