Bismillahirrahmanirrahim..
Kita renung sekitar kita.
Kalau sekarang kita kenyang, rezeki itu dari siapa?
Kalau sekarang kita sedang melihat, mata itu yang beri siapa?
Kalau sekarang kita sedang pegang phone, tangan yang punya otot dan tulang ini pemberian siapa?Tanya.
Dah dapat jawapan?
Ya! Semuanya Allah yang punya.
Mungkin kita anggap, hasil yang kita dapat ni atas usaha kita. Tapi, Allah yang sudah aturkan hasil kita tu. Kalau Allah aturkan yang kita tak dapat hasil, maka kita kosong pada mata manusia.Standard sekarang. Yang tak punya harta, pandang sebelah mata je
Padahal harta itu sendiri daripada Allah yang Maha Esa, semua benda hendak diukur mengikut paras kekayaan
Semua yang miskin diletak ketepi, yang kaya himpun beramai duduk lepak sekali. Habiskan duit, maklumlah punya harta.
Solat tidak,
Amal ibadah dilupakan,
Fikir mereka kekayaan itu dari titik peluh mereka, tak berusaha macam tu tak dapat kaya macam ni. Solat takpe, letak tepi. Karang tak kerja duit tak masyukkk.Manusia manusia manusiaa
Sedarlah semua milik Allah, kalau Allah kata kamu berusaha takkan berjaya, memang kamu takkan membangun.Mana rasa syukur? Mana mana?
Sedarlah semua, kita manusia punya tanggungjawab lagi, selain berusaha untuk berjaya, kewajipan solat jangan dilupa. Semua harta Allah punya mahu diguna namun syukur langsung tiada apakah begitu kamu hidup wahai manusia?
Ucap Alhamdulillah berapa kali sehari?
Ke tak ucap lansung?😨Awak, oksigen yang kita sedut ini pun pemberianNya. Takkan 24 jam tu kita lansung lupa pada Pemberi Nafas?😞
Ni syukur pun tidak. Bila dapat ujian terus pertikai. Allah bagi ujian tu pun, dah kira beruntung. Allah masih sayang. Nak jugak kita berubah :).
Tapi kita? Berapa kali kita buat maksiat?
Kita buat dosa tanpa henti, tapi taubat terus terhenti beberapa belas yang lalu. Tu pun masa nak ambik exam😓Yang dok dengar kata syaitan tu kenapa? Mereka tu suka sangat sesatkan kita. Takkan kita suka sesat.
Macam masuk hutan, sesat. Makanan takda, ayaq sungai jaa, suka? Itupun Allah kasi air dekat sungai tu. Nampak pinjaman Allah kat situ? Ke tak nampak lagi? 😐
Ehem
Mana satu milik kita sebenarnya? Takde kan? ☺
Semua datang daripada Allah. Jadi takkan taknak balas yang Allah kasi tu. Macam mana? Dekatkan diri dengan Dia. Solat, zikir, qiamullail. Banyak awak banyak sangat. Solat tu pun tanda kita dah bersyukur kepada Allah.Ini tidak, dah la Allah kasi, kita nak angkuh pulak. Angkuh ni tak tunggu kutuk manusia, tak solat pon dah angkuh sebenarnya. Sebab apa? Sebab kita taknak bersyukur. Cuba jadi orang yang sentiasa bersyukur, jangan jadi angkuh
Macam mana nak ingat bersyukur kepada Allah? 😅
Start from muhasabah diri. Bila kita muhasabah diri, kita sempat fikir semua, fikir hidup ni tak lama, fikir bila-bila masa je Allah boleh tarik nyawa, fikir yang semua benda bukan hak kita, fikir pasal termaki ibu bapa.
Semua start from muhasabah diri. Tak susah muhasabah diri. Tengah makan lolipop pon boleh muhasabah diri 😋
Kesimpulannya :
Mana satu milik kita? Tiada.
Semua milik Allah, tak perlu riak, bangga diri, bongkak, hidung tinggi.Jangan kerana kurniaanNya buat kita rasa kita ni lagi up dari orang lain. Kurniaan Allah juga satu ujian, ingat benda tu, kalau awak dah bongkak ertinya awak dah kalah dalam ujian Allah. Jom la sukses sama-sama dalam ujian ni 😍
Bersyukurlah dengan segala rezeki.Kita kat dunia ni tak lama, jangan asyik nak buat hidung tu tinggi je. Nanti meninggal masa hidung tinggi haaa sudah.
From Allah to Allah 💞
YOU ARE READING
Usrah Legend
RandomJika kita tunggu nak jadi alim baru nak sampaikan dakwah, sampai bila² lah akan ramai orang yang tersasar jauh dari ajaran islam. kita semua adalah pendakwah. tidak kira sama ada amalan kita baik atau tidak. itu urusan Allah! tak penting siapa kita...