Assalamualaikum 😃
Dah lama dah tak update 😀 hehe
Aassif semua ..
2 hari lagi nak puasa kan² ??
Haa ni saya update sal puasa 😊😊-------
Bulan Ramadhan?
Bulan yang penuh dengan barakah
cukup dengan pelbagai dugaan
panas, lapar, dahaga, tekanan dan seumpamanya.Dugaan-dugaan tersebutlah yang akan memantapkan lagi tahap kesabaran kita
sama ada untuk terus bersabar atau melepaskannya menerusi cara yang tak betulMencarut, marah dan lain-lain lagi
Ambil lah kesempatan di bulan mulia ni untuk melakukan sebanyak kebaikan yang mungkin..
Bulan ni jela paling sesuai untuk kita menjadi lebih baik sebab kurang gangguan mentaliti bahkan hati.Bukan nak hikpokrit tetapi memang lumrah manusia pandai tersasar.
So, masa inilah untuk kita melatih diri menjadi lebih mahmudah dan moga istiqomah di bulan-bulan lainnya.Saya cuma nak kongsi apa yang terdetik terlintas dihati
Kalau nak suruh awak² semua lakukan itu ini memang tak sebab saya sendiri pun tak seberapa bahkan mungkin lebih teruk
😌Bulan ramadan inilah bulan yang terdiri daripada 1001 manfaat dan kelebihan buat kita semua..
Antara bukti yang paling kukuh lagi utuh adalah malam lailatul qadar yang hanya terdapat dalam bulan ramadan.Lain daripada itu, bersempena ramadan inilah kita mampu meningkatkan taraf kesihatan kita.
Kenapa?
Sebab melalui berpuasa kita dapat mengurangkan fungsi sistem penghadaman dalam badan kita.
Tapi pelik kan?
Pelik sebab masa ramadan ni la nafsu makan membuak-buak bagai nak rak..
Sedangkan syaitan iblis masa ni dah diikat ketat..
Nampak tak siapa yang kawal nafsu sekarang?Kita dah tewas dengan iblis syaitan sepanjang 11 bulan ni dan mereka tak kisah dikurung sepanjang ramadan ni sebab mereka dah tahu yang kita akan meneruskan tabiat mereka tanpa sebarang kompromi.
Amalan boros dan nafsu yang tak terkawal yang dah mereka lazimkan terhadap kita sepanjang 11 bulan lamanya
Susah kan masa nak iftar dengan ala kadar..
Sebabnya,
dah biasa dengan aneka juadah yang akhirnya masuk ke dalam tong sampah sebab tak dapat nak dihabiskan.Jom sama-sama lawan
Sepatutnya sistem penghadaman berehat lebih pada bulan ramadan ni.
Tetapi,
terpaksa overtime sebab nak hadam segala makanan akibat nafsu nafsu kita yang menguasai diri.Kesian pada mereka yang fakir miskin.
kesian pada palestin, syria dan negara-negara islam yang masih bergolak
sebab makan ala kadar,
makan bila betul-betul lapar
Kadang,
sampah sebagai santapan.
Tapi masih mampu bertahan,
masih dapat meneruskan ibadah puasa dengan cekal tanpa sebarang gentar.Bukan nak suruh antum makan sampah lepas ni , bukan..
Cuma nak awak² semua ambil ibrah
betapa makanan bukan suatu yang begitu penting melainkan hanya menghilangkan lapar buat seketika
Tetapi,
ibadah ukhrawi lebih didahului pada mata hati mereka
Cuba intai palestin,
banyak masjid musnah angkara rejim zionis .
Tetapi,
masjid musnah bukan alasan untuk mereka meninggalkan ibadah biarpun di tempat yang penuh dengan huru hara saat ini.
Tanda lebih takut tuhan daripada manusia yang hanya secebis pada sisi Maha PenciptaKita?
Baru aircond rosak kat masjid dah jadi asbab tak nak solat berjemaah.
Nampak sangat,
perkara kecil sudah mampu merobohkan tauhid kita.Kadang masyarakat kita salah tafsir
Memang sunat berbuka dengan benda-benda yang manis.
Tetapi kalau dah berbuka dengan 10 jenis air ditambah dengan aneka makanan yang serba pelbagai rasaItu bukan lagi dikira sebagai suatu ibadah tetapi sebuah pemborosan yang penuh sia-sia.
Nak selit sikit,
Berlapar itu banyak membawa kebaikan berbanding berkenyang. Contohnya apabila menghafaz dan belajar, sebaiknya berlapar supaya kita dapat fokus kepada apa yang kita hafaz itu.
Berubahlah..
Ambil ibrah...
Sebelum nak beli itu ini, ingat mereka yang lebih bawah dari kita.
Kadang kita perlu rasa apa yang mereka rasa .
Bahkan antara objektif ramadan adalah khas buat kita untuk rasa apa yang fakir miskin rasa.Lapar dan dahaga serta sabar dalam mengharungi setiap pancaroba yang penuh dengan jalan cerita.
Akhir kalam, moga ramadan kali ini lebih bermakna buat kita semua dan konsistenlah dengan segala amalan mahmudah.
wallahualam 🌼
YOU ARE READING
Usrah Legend
RandomJika kita tunggu nak jadi alim baru nak sampaikan dakwah, sampai bila² lah akan ramai orang yang tersasar jauh dari ajaran islam. kita semua adalah pendakwah. tidak kira sama ada amalan kita baik atau tidak. itu urusan Allah! tak penting siapa kita...